Anwar mesti berang bila Najib cakap tentang undang-undang liwat

on Saturday, January 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa jua undang-undang di negara ini tidak perlu dipinda sekiranya ianya masih dilihat mementingkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa jua undang-undang yang dilihat masih menjaga kepentingan rakyat di negara ini perlu dikekalkan.

"Apa pun undang-undang, dibuat atas kepentingan masyarakat, kalau kepentingan masyarakat mengatakan undang-undang itu masih wajar dikekalkan, jadi kita takkan pindalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihsan Samudera, d Kuantan, Sabtu.

Bernama melaporkan, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen luar baru-baru ini berkenaan perlunya pindaan terhadap undang-undang yang dilihatnya sebagai lapuk di negara ini.

Ditanya berkenaan perlunya undang-undang berkaitan mengaibkan musuh politik, Najib berkata: "Kita ada undang-undang di bawah "defamation" (fitnah), saman malu, kalau sesiapa yang mengaibkan orang lain tanpa asas boleh disaman," katanya.

Ditanya dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya sebelum ini adalah bertujuan mengaibkan beliau, Najib berkata: "Tidak diaibkan, ini soal aduan yang dibuat oleh seorang individu, undang-undang di negara ini, semua orang ada hak, mana-mana tanpa kira kedudukan, ada hak yang sama," katanya. Najib turut menempelak parti pembangkang di negara ini yang disifatkan bersikap "double standard" (pilih kasih).

"Ada elemen "double standard", macam mereka cakap tentang demokrasi, tapi ada akhbar tertentu saja boleh hadir sidang akhbar mereka, dan ada akhbar yang disekat sama sekali.

"Walhal kalau kita percaya pada kebebasan kepada media, kenapa kita nak sekat media tertentu daripada hadir sidang akhbar, itu (sebagai) contohlah," katanya Najib.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.