Pengalaman Tony Pua & Saifuddin bila masuk MINDEF jumpa Zahid !!

on Saturday, January 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selepas bising-bising mempertikai kos pembelian kapal tempur pesisir pantai (LCS) kononnya ada penyelewengan ekoran peningkatan harga RM6 bilion kepada RM9 bilion bagi enam buah kapal berkenaan, tiga Ahli Parlimen pembangkang pada Khamis didedahkan maklumat mengenai kekeliruan tersebut.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang lantang membangkitkan perkara itu bersama ahli Parlimen PKR Machang ,Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad diberikan penjelasan kira-kira 2 jam oleh Kementerian
Pertahanan berhubung isu itu.

Turut serta menghadiri taklimat itu wakil Kelab Penyokong Kerajaan atau BNBBC diketuai timbalannya Datuk Bung Moktar Raden, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Ahmad Hamzah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan P;Kamalanathan.

Mereka diberikan taklimat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Ismail Ahmad.Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Isu tersebut mula dibangkitkan semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Parlimen, apabila Zahid menyatakan bahawa RM6 bilion diperuntukkan bagi pembelian 6 LCS.Bagaimanapun pembangkang membangkitkan perkara itu apabila Boustead dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia memetik harga siling sebanyak RM9 bilion bagi enam unit LCS tersebut.

Dana untuk RMK-10 telah diperuntukkan bagi tempoh lima tahun, dari 2011 hingga 2015.

Kementerian Pertahanan Khamis menjelaskan bahawa kos pembelian LCS telah meningkat sebanyak RM3 bilion daripada RM6 bilion kerana ia adalah jumlah sebutan sebenar untuk pembinaan kapal-kapal tersebut oleh Boustead Naval Shipyard, tetapi diperuntukkan RMK 10 dan RMK 11.

Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata, berlaku kekeliruan apabila pembangkang menganggap RM6 bilion adalah siling perolehan LCS sedangkan RM9 bilion sudah ditetapkan pada 2008 dengan menggunakan Bajet RMK 10 dan RMK 11.

"Berlaku kekeliruan apabila mereka menganggap RM6 bilion merupakan harga siling perolehan LCS tersebut walhal RM9 bilion telah ditetapkan pada 2008 dengan menggunakan bajet dalam RMK10 dan RMK11," katanya.

Justeru katanya, penjelasan yang diberikan di dalam pertemuan itu diharap dapat memuaskan hati pihak pembangkang dan tidak ada lagi isu pertahanan yang cuba dibangkitkan selepas ini.

Menurut beliau ini kali ke tiga Kementerian Pertahanan secara terbuka memberi penjelasan kepada pembangkang berhubung isu berbangkit ,pertama kehilangan enjin pesawat F5E, kedua isu kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam dan kiniLCS.

Bagaimanapun kata Zahid, pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak yang memerlukan penjelasan berhubung sebarang isu membabitkan kementeriannya.

Sementara itu, Tony Pua berkata pihaknya tidak berniat mempertikaikan perolehan aset pertahanan, tetapi mahu memastikan pembelian tersebut munasabah dan berbaloi.

Saifuddin pula berkata, menjadi tanggungjawab pembangkang untuk meneliti setiap perolehan aset yang dibuat setiap kementerian.Hasil pertemuan itu juga sebuah jawatankuasa khas bagi memantau perolehan setiap kementerian dicadang ditubuhkan bagi mengelakkan kekeliruan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk rakyat.

“Perkara ini akan dibincangkan secara teliti oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sebelum dibentangkan di Parlimen, "...jika Parlimen memutuskan jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Khas Pemantau Perolehan oleh Kementerian-kementerian itu perlu ditubuhkan, maka kami akan patuh," kata Zahid -19/1/2012.- AGENDA DAILY


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.