..

..
Archive for August 2011

default

KJ akui menonton wayang filem Cun lakonan Maya Karin & Remy

on Monday, August 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DUA figura daripada gelanggang berbeza, Remy Ishak dan Khairy Jamaluddin sebenarnya jauh berbeza sejak karier mereka bermula. Seorang pelaku dari gelanggang seni, seorang lagi ahli pencak di gelanggang politik, namun atas satu lintasan persamaan, wajah aktor Melayu jati serta pengemudi pemuda negara itu berjaya diterkam dalam warna dan nada yang bercantum likat.

Larut dan terpisah seketika dari variasi rutin seharian, secara rasminya, mereka bertemu mata dan berjabat salam buat pertama kalinya di sini, di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur (KL). Mengambil kira bisik orang, konon-kononnya Remy dan Khairy seakan seiras, sengaja paparan eksklusif ini Sensasi Bintang dihidangkan.

Indahnya, ia bukan sekadar drama tapi silaturahim antara Remy dan Khairy itu cepat terbentuk. Mereka bersembang tentang bola sepak, tentang rutin yang harus ditempuh. Borak-borak kosong orang lelaki.

Spontan kata Khairy, kalau dia bergelar artis, dia bukan jenis yang boleh berdepan bermacam kisah sensasi. Sengaja kami menyatakan bahawa para selebriti hanya dijentik manja dalam sensasi mereka. Terkejut seketika, Khairy menambah dalam jenaka:

"Kalau itu namanya jentik, memang saya tak sanggup jadi artis."

Bersambung cerita tentang iras muka yang bukan kali ini sampai di telinga mereka, Khairy melontar ramah:

"Rasanya sejak setahun lepas lagi, ada orang beritahu kononnya muka saya macam Remy Ishak. Ada juga yang SMS memberitahu perkara yang sama. Kalau kami dikatakan adik-beradik, Remy adalah 'the handsome brother'."

Mengakui ada mengikuti perkembangan dunia hiburan khususnya filem, ujarnya, dia juga salah seorang penonton filem Cun, filem berlatarkan sawah lakonan Remy bersama Maya Karin. Bukan sengaja direka-reka tetapi lelaki berkarisma 35 tahun ini memang mengikuti dunia perfileman. Kali terakhir, dia menonton siri Harry Potter di pawagam bersama isteri tersayang.

Sama juga dengan Remy, jujur ceritanya: "Dua tahun lepas lagi saya dengar ada orang kata muka saya sama dengan Khairy. Saya anggap pertemuan ini satu penghormatan besar sebab beri peluang kepada saya jumpa Khairy. Bagi saya dia mewakili generasi muda dalam politik. Daripada peribadi dan pendiriannya, nampak sifat pejuang dalam dirinya."

Kebetulan pula, jarak daerah kelahiran Khairy di Rembau, Negeri Sembilan dan Remy, Masjid Tanah, Melaka secara tidak langsung memesrakan lagi borak lokasi antara mereka.

Dari satu persepsi yang lain, dua nama itu ibarat dipinjamkan seketika sebuah kerusi bersepuhkan cahaya. Ada letaknya nama mereka di hati umum. Khairy laksana ayam yang tangkas di tengah gelanggang, tuturnya bijak berisi misi terhadap perjuangan yang didepani manakala untuk Remy, si pemain muda itu yang sedang beraja di mata banyak penerbit dan pengarah filem. Nasib dalam percaturan dan walau siapapun mereka, baik artis atau ahli politik, masing-masing dambakan restu dan sokongan ramai. Analoginya begitu, ia sekadar kiasan di sebalik kelibat sosok mereka yang disatukan ini.

Ekspresi Lebaran

Seiring langit Ramadan yang kian melabuhkan tirainya, pengertian 1 Syawal yang kebetulan jatuh dalam nafas negara sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan juga dipinta.

Kata Khairy, hari raya yang akan disambut pada 30 Ogos (Selasa ini) diharap membawa keistimewaan berganda. Ia bakal menjadi tanggal keramat buat Malaysia kerana menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana kemeriahan Aidilfitri.

"Saya cuma berharap masyarakat akan mengambil kesempatan untuk menikmati apa yang kita ada tanpa mengira agama atau bangsa. Jadi, hari raya nanti diharap akan membawa kegembiraan kepada semua, inilah saat keemasan yang jarang berlaku.

"Jadi, sekiranya ada sikit-sikit perasaan tidak puas hati, sambutlah raya ini dalam suasana aman damai," katanya yang menyifatkan patriotik cara generasi merdeka hari ini tidak sama dengan cara generasi terdahulu.



Tambah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, setiap individu mempunyai jiwa patriotik cuma cara menzahirkan semangat itu tidak sama.

"Secara peribadinya, cukuplah saya zahirkannya dengan kesyukuran kepada Allah, agama dan tanah air, bila kesemua itu bercantum, jiwa patriotik itu indah. Ia tidak boleh dipaksa terutamanya terhadap anak muda, jiwa mereka mudah memberontak.

"Orang sekarang ada macam-macam cara patriotik, boleh tonjolkan dalam karya filem, pameran foto atau lukisan. Semuanya terpulang kepada niat," hurai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi penuh mesej.

Menyambut hari raya dalam gaya pemimpin rakyat dan semenjak terpilih sebagai Ahli Parlimen Rembau, tuntutan bertemu rakyat jadi keutamaan.

"Kalau dulu raya hanya untuk diraikan bersama keluarga sendiri sekarang berbeza sedikit. Malam raya biasanya kami ahli keluarga akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk sama-sama berbuka puasa pada malam terakhir Ramadan. Esoknya, saya akan berangkat ke salah sebuah masjid di Rembau untuk solat hari raya sebelum ziarah ke mana-mana rumah penghulu terdekat di situ. Menjelang tengah hari, saya akan pulang semula ke rumah mertua di ibu negara.

"Biasanya saya akan bercuti selepas raya, tahun lepas saya sekeluarga bercuti dalam negara, jadi tahun ini akan ke luar negara pula," kata Khairy.

Disentuh sedikit emosi jantannya, lelaki penuh gaya ini mengaku tidak dapat menahan sebak setiap kali menjelang malam raya.

"Perasaan sebak itu hadir malam raya mengenangkan bapa yang sudah tiada. Tetapi pagi raya esoknya, saya lontarkan kegembiraan dan menyambut Aidilfitri dengan famili seperti biasa," akuinya tanpa segan atau selindung malu.

Emosi Remy

Saat menghitung suasana Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang berselisih hari, Remy berlainan pegangan berbanding Khairy. Hero filem seram epik Azazil arahan Khabir Bhatia yang masih dalam pembikinan itu ada hemah tersendiri.

"Bagi sesetengah orang, ia memang bagus tapi dua perayaan itu sepatutnya disambut dengan dua emosi berlainan, memanglah hari raya adalah hari kemenangan manakala hari kemerdekaan pula hari pembebasan, tapi definisinya berbeza. Dalam kes raya tahun ini, kita harus sambut ia seadanya," katanya yang boleh diresap semangat patriotik pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu Hari Kemerdekaan.

"Jujurnya setiap kali 31 Ogos, secara automatik saya boleh sebak tapi cara nak menzahirkan jiwa patriotik itu bukan dengan tindakan sebaliknya lebih kepada nilai sentimental dan dalam momen-momen tertentu. Kadang-kadang, bila jalan-jalan dan nampak bendera berkibar pun timbul semangat patriotik. Walaupun tidak naik motosikal sambil kibar bendera, tapi nilai itu ada dalam hati," luah Remy yang akan meneruskan tradisi raya di Masjid Tanah, Melaka bersama keluarga.

Hari-hari terakhir Ramadan begini, akui Remy, hatinya mudah tersentuh bahkan tuturnya:

"Momen paling seronok adalah dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum raya. Malam raya sehinggalah menjelang sesi bersalaman pada pagi hari raya. Berkat hari itu terasa lain macam padahal setiap hari kita akan bersalaman."

Penutup cerita, salam mereka 'adik-beradik' bertaut pada petang tiga Ramadan. Bukan hanya di situ, selepas bersua muka, salam bersambung di laman sosial Twitter yang rajin dilawati mereka. Sama kacak rupa dan visi, semoga pengisian pertemuan ini sama-sama dirasai khalayak yang melihat dan membaca.

default

KJ berlakon jadi tentera " Beret Hijau "

on Saturday, August 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Mungkin inilah Model Politik Baru yang depa dok sebut selalu .  Dulu jarang kita dengar pemimpin politik berlakon , tetapi kini  tembok itu telah dipecahkan di alaf baru ini . Hari ini  medium  media-baru digunakan semaksimum mungkin oleh pemimpin2 politik sebagai alat komunikasi supaya rakyat tahu apa mereka buat dan juga mungkin boleh meraih populariti .


Ketua Pemuda UMNO Malaysia , YB Khairy Jamaluddin lebih advance dengan membuat penampilan istimewa ( special appearance ) untuk drama terbaru bercirikan ketenteraan iaitu Beret Hijau . Mungkin dengan penampilan seorang pemimpin politik muda seperti KJ dapat menarik ramai anak muda sertai tentera .









default

Metro Ahad bangkar bapa durjana sanggup hantar anaknya dijaga gereja !

on Monday, August 22, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.

Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.

Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.

Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu.

Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.

Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.


“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.

Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.


“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.

“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.

“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.


Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.

Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris.


Komen GPB 


Orang sekarang ini  nak cegah gejala  murtad  ,tetapi si bapa ini punya bengong sanggup beri anak kepada gereja jaga. Tak guna punya bapa !

default

Anak Malaysia pertama akan buat MAGIC di Hollywood & Las Vegas

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli silap mata Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan mengadakan persembahan bertaraf antarabangsa di Hollywood dan Las Vegas, Amerika Syarikat atas undangan Magic Castle Club, kelab yang terkenal bagi ahli silap mata dan peminat silap mata di negara itu.

Kabir Khan, 26, akan membuat persembahan di Hollywood pada September ini, dan di Las Vegas pada Oktober.

Pemergiannya ke Amerika Syarikat ditaja oleh syarikat tempatan iaitu Menara Kuala Lumpur, Asian Kitchen Sdn Bhd, Erat Semarak Sdn Bhd, The Sartorial, Fa'iq Jewels dan K S Gills.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau akan turut mengadakan persembahan yang beridentitikan Malaysia bagi mempromosikan negara di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, beliau membuat persembahan di Emiriyah Arab Bersatu pada tahun 2009 atas jemputan Abu Dhabi Tourism Authority serta di beberapa hotel mewah di Abu Dhabi dan Dubai, katanya pada persidangan berita di sini.

Pelajar McBride School of Magic and Mystery, Las Vegas dan juga lulusan dalam bidang Manual Dexterity and Prestidigation dari Chaves Studio of Magic, Los Angeles berkata beliau berminat dalam bidang silap mata sejak berusia enam tahun selepas menonton persembahan silap mata oleh David Copperfield.

Kabir Khan turut melahirkan penghargaannya kepada segala sokongan yang diberikan oleh semua pihak untuk beliau membuat persembahan di Amerika Syarikat, dan berjanji untuk melakukan persembahan yang terbaik ketika di sana.

Beliau memulakan kariernya dalam bidang silap mata sejak di bangku sekolah dengan membuat persembahan di majlis makan malam korporat.

Kabir Khan, yang ingin melihat lebih banyak remaja Malaysia terlibat dalam bidang silap mata, bercadang membuka kelas seni tersebut untuk berkongsi ilmu yang dipelajarinya.-21/8/2011

default

Pelakon artis Melayu bela & tidur dengan Anjing

on Sunday, August 21, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments
















Seronok sangat la bela anjing itu ..Ini lah akibatnya tak mengaji agama sampai benda haram itu juga yang dibelanya . 

Lain kali bela babi sekali baru cukup kuota ...

default

Cina rasis pertikai azan di MC Donald bila masuk waktu berbuka puasa !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments


Isu Azan di bulan Ramadhan ini tak habis lagi rupanya dan masih lagi  dipertikaikan puak-puak  kafir ini . Sebelum ini kerajaan DAP P.Pinang terpalit isu larangan bacaan Al Quran guna pembesar suara di waktu Subuh kerana ganggu bukan Islam  lain .

Terkini panas isu  seorang lelaki Cina pertikaikan laungan azan di yang diperdengarkan ketika masuk waktu berbuka puasa di  Mc Donald outlet . Apa masalahnya kepada apek rasis ini hingga dikatakan ganggu dinner nya ?  Bukannya lama pun laungan azan  itu yang mana untuk menunjukkan masuk waktu berbuka puasa untuk pelanggan Muslim . 

Lagi pun ia diperdengarkan di bulan puasa ini sahaja khas untuk pelanggan Muslim berpuasa.  Di tempat makan lain termasuk hotel2 besar pun sama juga .  Tak kan itu pun puak2 kafir ini tak faham lagi . 


GPB ingat cina bernama Alex Chang ( mungkin penyokong parti rasis  DAP )   ini patut pergi dok dalam hutan lagi  senang ...  

Hidup dalam masyarakat majmuk ini tak boleh sebab beliau tak ada adab hormat langsung kepada bangsa & agama lain .  



A man has generated heated debate online after he posted comments questioning why McDonald's allowed the Muslim prayers to be played at one of its restaurants.

The debate first started after a man known as Alex Chang posted his comments on the McDonald's Facebook wall on Thursday.

He had asked why the fast food giant's outlets are playing the Muslim prayers during dinner time at its restaurants.

"Can I request to play Buddhism chant on Vesak Day? Please advice," he asked sarcastically.





While he was identified as a SingTel employee, it was uncertain how this came to light. Chang also did not state the McDonald's outlet which he was referring to.SingTel could not be reached when contacted by Yahoo! Singapore.

His remarks on the issue drew a few comments explaining that the reason could be Muslims are breaking their fast. In response, Chang said,  

"Not trying to be disrespectful. But a bit irritating during dinner time. Not respecting other religion(s) at all."

"By the way, can you tolerate if they play Buddhist chime in the restaurant?" he added.


 KLIK DI SINI SELANJUTNYA

default

Ali Setan bual hal , hina Agong & kafirkan kerajaan dalam ceramah

on Saturday, August 20, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini malam tadi.

Azmil, 59, yang dijemput menyampaikan tazkirah untuk selama 15 minit sebelum solat tarawih turut didakwa menggunakan kesempatan tersebut untuk menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong.

Namun dalam ceramah yang berlarutan selama lebih satu jam itu, Azmil juga menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa sultan lain.

Bilal Masjid An-Nur, Mohd. Sani Nasib berkata, penduduk pada awalnya ternanti-nanti pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan itu untuk menyampaikan tazkirah.

Menurutnya, Azmil bagaimanapun memberikan ceramah berbaur politik dari pukul 9.30 hingga 10.30 malam dan tindakan itu telah mengganggu waktu solat tarawih.

"Semasa Azmil mengutuk dan mengkafirkan kerajaan termasuk sistem yang digunakan, terdapat sebahagian besar jemaah meninggalkan masjid dan ketika itu juga seorang penduduk yang dikenali sebagai Keman, 70-an, bangun menyoal tindakan Azmil.

"Azmil kemudian memalukan Keman dengan mengatakan amal ibadat, zakat dan haji yang dilakukannya tidak akan diterima Allah kerana menyoalnya. Sebagai orang tua, Keman yang enggan bergaduh kemudian meninggalkan masjid," katanya.

Mohd. Sani berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, pukul 11.30 pagi ini.

Tambahnya, dalam ceramah itu, Azmil turut menjerit dengan mengatakan 'Melayu bodoh' dan 'Melayu tiada telur' beberapa kali kerana menyokong kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sebelum ini penceramah bebas yang hadir pernah menyampaikan ceramah berbaur politik namun tidak sekeras Azmil.

"Kali ini kami tidak tahan lagi dengan penceramah bebas yang hanya mahu bercakap soal politik sedangkan masjid adalah tempat menyatukan orang Islam.

"Sebab itu, laporan polis dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dan ia mungkin boleh memberikan pengajaran kepada penceramah lain," jelasnya.


Komen GPB

Ini lagi seorang artis yang  kononnya bertaubat tetapi sebenarnya menjadi ahli politik menyokong  pembangkang dengan menghentam kerajaan .  Kalau dah sampai hina YDP Agong dan kafirkan kerajaan itu sudah dikira melampau dan biadap .

Tak tahu la setan mana masuk dalam dirinya hingga boleh maki dalam masjid ... memang Ali Setan betul !

default

Pemain Olimpik Wan Zack Haikal dapat tawaran Wigan Athletic !!

on Friday, August 19, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Benar kah pemain Olimpik Wan Zack Haikal mendapat tawaran trial selama 2 minggu oleh Kelab EPL , Wigan Athletic ?   Sebelum ini Badrol Baktiar pernah berlatih di Chelsea selama 2 minggu dan jika tawaran ini benar ia tidak sepatut dilepaskan .

Selamat maju jaya untuk pemain muda negara ini !

It looks like Wigan Athletic are attempting to forge links with the Far East, following on from reporting that Baddrol bin Bakhtiar has been a linked with a trial at the Latics, Vital have been contacted about another talented young player, 20 year old striker Wan Zack Haikal from Malaysia, who has also been given the same offer of a two weeks trial from Wigan Athletic.




default

PAS patut malu ! Mesut Ozil pun pertahan agama Islam dihina David Villa .

on Thursday, August 18, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







Perlawanan El Classico memang dramatik yang berkesudahan Real Madrid tewas tipis kepada Barcelona . Tetapi perlawanan dicemari dengan insiden pergaduhan di minit akhir apabila Fabregas a.k.a The Homesick Boy diterjah keras oleh Marcelo "alleycats"

Insiden itu juga telah menyebabkan Pinto (Barcelona), David Villa (Barcelona), Marcelo (Real Madrid), and Ozil (Real Madrid) kesemuanya dilayangkan kad MERAH.





Dari sumber 101goal dan blog2  ,Insiden Ozil dan Villa dicemari oleh cemuhan racist Villa yang menghina Islam.


"I was defending my religion,because David Villa insulting Islam!"- Mesut Ozil ( 101 goal )


Apa yang boleh kita berlajar dari insiden ini , Muset Ozil seorang pemain bola sepak beragama Islam dari German pun sanggup pertahan agama Islam daripada dihina oleh kafir harbi seperti David Villa , tetapi  yang PAS haprak ini sanggup bela gereja yang dok murtadkan orang Islam .






default

PAS & Malaysiakini silap banyak serang ATM ...Panglima dah mengamuk !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi




Komen GPB

Main dengan puak-puak munafik & kaki fitnah lebai seperti PAS ini ,  ATM pun hendak diheret ke  dalam game politik mereka .  Mereka ini memang sudah gila bikin cerita fitnah hingga sanggup peralatkan bekas anggota tentera untuk burukkan sendiri majikan mereka .

GPB simpati sekali dengan Panglima ATM negara kita yang terpaksa buat sidang media khas untuk jawab isu fitnah puak2 PAS dan portal haprak Meloyakini.  Sepatutnya ini seorang Panglima ATM hanya tumpukan soal keselamatan negara & kententeraan sahaja tetapi nampaknya terpaksa jawab isu politik gara-gara perb .

Bila terpaksa jawab fitnah parti kuat fitnah ini , dituduh pulak oleh juak-juak taksub mereka sebagai pencacai baru UMNO .KLIK DI SINI 

Inilah nasib anggota tentera di negara kita ..bagaimana la agaknya kalau puak2 ini memerintah negara ini . Lingkup habis !

default

PANAS ! Adakah ini berita gembira untuk peminat Lisa Surihani ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Berita gembira kepada jejaka2 di luar sana tak kira blogger ke yang minat habis pelakon cun Lisa Surihani . GPB baru ja dapat berita  aktres cun Malaya ini tak jadi kahwin tahun depan dengan Yusri seorang duda kaya .

Mungkin Yusri duda ni  terperasan kot ...sabaq2 la . Lisa masih lagi solo dan belum fikir nak kahwin lagi .

GPB letakkan video terbaru Lisa sempena Hari Raya Aidilfitri ini ...

semakin mantop !



" Kalau raya ....saya ingat LISA je , hahaha ...memang nak sangat raya dengan Lisa "



Yusry Nafi Kahwin Lisa Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, yang dikatakan merancang untuk berkahwin dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, jika tiada aral melintang, pada tahun depan tampil menafikan perkara itu.

Walaubagaimanapun, Yusry mengakui hubungannya dengan Lisa semakin serius dan berharap hubungan tersebut akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti.

“Buat masa ini, Yusri dan Lisa masih belum berbincang tentang isu perkahwinan. Oleh yang demikian, diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan sebuah akhbar arus perdana sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang tersiar di blog zonartis.com.

Beberapa hari yang lalu, heboh di blog-blog hiburan tempatan mengenai pengakuan Yusry merancang untuk berkahwin dengan Lisa, jika tiada aral melintang, pada tahun depan.

Yusry adalah seorang duda setelah bercerai dengan pelakon popular, Erra Fazira pada tahun 2006 manakala Lisa pula adalah pelakon sedang meningkat naik dengan status bujang dan berkelulusan ijazah dalam bidang perundangan.

Mengulas lanjut, Yusry berkata, pihaknya memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal berkenaan.

“InsyaAllah, di masa akan datang, jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry dan Lisa, pihak kami akan memaklumkan kepada semua media,” katanya lagi.

default

PANAS ! Orang sahur di rumah ,tetapi warga emas sahur di kelab dangdut

on Monday, August 15, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.

Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

default

Sah ! Yusri KRU akui bercinta dengan Lisa Surihani , 2012 akan kahwin ?

on Saturday, August 13, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan




Komen GPB 


Kalau betul la artis cun  yang GPB paling suka ini tengah bercinta dan bakal kahwin tahun depan ,   terasa frust juga la . Tak sangka  Ex- duda Erra fazira  jua yang dipilihnya . 


Apapun GPB ucap tahniah lah kepada Lisa ... semoga bahagia ..

default

Syaitan masih berkeliaran di bulan Ramadhan , dah rogol pi simbah asid !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ingatkan syaitan semua sudah ditangkap di bulan posa ini , tetapi masih lagi ada syaitan bertopeng manusia yang buat keja jahat ini . Sudah la dia sedap balun semasa umat Islam lain sibuk menikmati juadah berbuka puasa,  lepas itu pi simbah asid lagi ke muka .

Ini apa jenis setan la sampai tergamak buat macam ni di bulan Ramadhan ini. GPB simpati betul dengan nasib gadis malang ini . Harap bro POLIS dapat pi tangkap perogol ini secepat mungkin , dapat je mau terajang buang teloq tu ..



KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.

Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.


“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya.

default

The Star kurang ajar ! Ajak umat Islam berbuka dengan masakan babi !

on Friday, August 12, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Supplement Ramadan Delights - an ad 'Best Rib In Town' in Page 2, 'Whipping up an appetite, Mongolian Pork Ribs' in Page 4 and 'Authentic Prime Pork Ribs' in Page 7. In The Star yesterday.



Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

default

PANAS ! Apa yang Wardina ini merepek pasal isu gereja ?

on Thursday, August 11, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 20 Comments





Ini lagi seorang  yang tak faham isu gereja DUMC  dan cuba memutarbelitkan perkara sebenar .  Elok la pi ikut cakap Ostat  liberal Malaysiakini iaitu Dr Asri a.k.a Dr MAZA  punya kenyataan yang cukup mengelirukan sekali dan bertentangan dengan ulama dan para mufti .

Ya memang pihak berkuasa agama kita bimbang orang Islam pergi ke gereja kerana  jika akidah dan tidak  kuat ilmu agama,  maka fikiran mereka   mudah dipesongkan hingga  membawa kepada murtad.  Tetapi yang hairannya , awat yang bangang sangat Wardina ini yang nak samakan  murtad DUMC  ini  dengan  isu melarang orang bukan Islam masuk ke masjid .

Sejak bila orang bukan islam dilarang masuk ke masjid ? Di  Masjid Negara , setiap hari ada pelawat dan pelancong hadir tetapi mereka memakai pakaian menutup aurat dan tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama masjid kerana dalam keadaan berhadas besar. Seperti isu ADUN DAP masuk masjid dan memberi tazkirah di ruang solat , ia jelas mencemarkan kesucian masjid malah  jelas cuba mempolitikan tempat ibadat umat Islam .

Jadi  di sini , kepada Wardina ,,,kalau tak tahu apa yang cuba pandai-pandai bercakap.Mufti sudah bercakap umat Islam wajib pertahan akidah bukannya  nak seronok lihat orang Melayu ke gereja terima bantuan oleh para paderi  .

default

Isu DUMC : Pemuda UMNO tidak kompromi soal akidah, desak MB Selangor letak jawatan !

on Wednesday, August 10, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kalau dilihat daripada awalnya, para pendokong pembangkang begitu beria untuk cuba mengelakkan diri dari bertanggungjawab dan terus menuding jari dengan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa KDYMM Sultan Selangor. Malahan, tanpa usul periksa dan semberononya, mereka juga tampil dengan dakwaan bahawa ia adalah suatu konspirasi Kerajaan Pusat.

Namun, segalanya berubah dan sepi sejurus selepas YAB Menteri Besar Selangor bersuara kerana mereka tahu bahawa pihak Kerajaan Negeri harus memikul tanggungjawab dan menjawab segala persoalan berhubung isu ini. Walau bagaimanapun, apa yang amat mengecewakan adalah adanya cubaan untuk melengah dan memerapkan isu ini dari perhatian umum dengan tiadanya sebarang tindakan susulan.

Bagi kami, helah sedemikian amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sesuatu yang amat sensitif bagi kedua-dua masyarakat Muslim dan Kristian di Malaysia, yang sedang memerhati dan mengikuti kes ini. Malangnya, disebalik kesedaran Menteri Besar tentang betapa sensitifnya kes ini, beliau telah memilih untuk berlengah dan menyorok di belakang tabir JAIS walaupun beliau sepatutnya harus segera menyiasat kes ini bagi mengambil tindakan perlu yang wajar.

Bagi masyarakat Muslim, kegusaran mereka tertumpu kepada isu murtad atau keluar agama. Ini disebabkan bukan sahaja sebarang langkah bagi mengembang kepercayaan agama lain kepada penganut Islam adalah ditegah oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, malahan penukaran agama atau murtad adalah satu dosa yang amat besar di dalam Islam. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa cubaan untuk memurtadkan penganut agama Islam di gereja tersebut adalah suatu yang amat serius.

Pada waktu ini, gambaran yang sebenar masih lagi kabur. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil masyarakat Kristian berhubung isu ini, kejadian tersebut tidak lebih daripada Majlis Makan Malam Kesyukuran (a thanks giving dinner). Namun, terdapat pula pihak yang menyangkal kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa ia bukan sekadar majlis makan malam dengan bukti borang soalan tentang agama Islam yang didakwa dikoyak dan dibuang sejurus sebelum pihak penguatkuasa JAIS menyerbu masuk.

Manakala bagi masyarakat Kristian, mereka tersinggung dengan serbuan dan menganggapnya sebagai suatu penindasan, pembulian dan tiadanya sikap toleransi. Disamping itu, sudah pastinya mereka kecewa akibat disalah tuduh sekiranya dakwaan adanya usaha-usaha bagi memurtadkan orang Islam di gereja tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Oleh itu, apa yang mustahak sekali adalah bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk tampil bagi menjelaskan isu ini, sekarang tanpa bertangguh lagi.

Dalam hal ini, sekiranya Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan Pemuda PAS telah berpuas hati dengan penjelasan JAIS, persoalannya apakah pula yang ditunggu-tunggu oleh Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan negeri berhubung isu ini?

Pada masa yang sama Dato’ Dr Hasan serta Pemuda PAS haruslah juga tampil ke mata umum untuk menjelaskan sebab dan asas bagi mereka berpuas hati dengan tindakan JAIS. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang mereka kata bulat-bulat. Masyarakat umum juga mahu tahu apa bukti yang meyakinkan mereka untuk menyokong JAIS? Oleh itu, amatlah penting kepada masyarakat Islam dan Kristian untuk mengetahui apakah bukti dan laporan yang telah mereka terima sehingga memuaskan hati mereka dengan asas serbuan pada 3 Ogos itu.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO juga ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh terus menyalah dan menolak bantuan kemanusian atau kewangan yang dihulurkan oleh sebilangan pihak gereja kepada mereka yang dhaif dan memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut sememangnya ditagih dan membantu golongan miskin di saat memerlukan.

Namun, apa yang tidak boleh diterima oleh orang Islam adalah apabila bantuan tersebut diberi dengan bermotif atau diselitkan dengan usaha untuk memurtadkan mereka yang mana bukan sahaja suatu yang salah bagi penganut agama Islam bahkan menyanggahi ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, episod sebegini merupakan suatu peringatan kepada kesemua institusi yang menyelenggarakan kutipan wang zakat untuk berusaha lebih giat di dalam mengenal pasti serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf penerima zakat, terutama yang fakir dan miskin. Sungguhpun kita tidak menolak inisiatif dan bantuan mana-mana pihak , tetapi institusi zakat haruslah bersedia dan mampu menjadi tempat pertama bagi orang Islam untuk memohon bantuan di kala memerlukan.

Disamping itu, kepada pihak yang beranggapan dan berkata “janganlah takut tak keruan, takkanlah orang Islam senang sangat nak tukar agama sebab dapat bantuan”, kami nak tegaskan kepada mereka supaya berpijak di bumi yang nyata.

Ia mungkin suatu yang lunak dan mudah diungkap oleh mereka yang hidup dengan selesa berselimutkan kehidupan kelas menengah tetapi tidak sama sekali bagi sebilangan besar golongan miskin yang begitu terdesak sehingga terpaut dengan sebarang bantuan kewangan untuk menukar agama mereka. Bahkan perkara ini bukan suatu fenomena yang asing atau baru.

Sebagai kesimpulannya, Pemuda UMNO amat serius memantau isu murtad atau pertukaran agama. Bagi kami, tiada sebarang kompromi di dalam perkara yang melibatkan aspek akidah. Oleh itu, kami mendesak agar rakyat diberikan bukti dan laporan tentang perkara ini dan pada yang sama jangalah kita mudah untuk saling tuduh menuduh.

Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri Selangor harus tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama sekarang juga, tanpa berdolak-dalih lagi.

Sebarang usaha untuk melengahkannya adalah suatu yang amat tidak bertanggungjawab dan dan hanya menempah ketidakstabilan rakyat dan negara. Sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorokkan perkara ini dari rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sahaja sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar.

default

Hero Harimau Malaya Safee Sali diintai kelab Bundesliga Jerman

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Selepas menjadi pemain negara pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali terus mengukir sejarah tersendiri selepas dikhabarkan menjadi buruan kelab Bundesliga.

Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut:"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya.

"Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi," kata Safee.

Safee turut menambah ia mungkin wujud selepas beliau berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF dan menyumbat tiga gol penting ketika perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Namun segala-galanya terletak pada pengesahan rasmi dari kelab Jerman dan kini masih belum mengetahui kelab mana yang bakal disertainya.

"Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," katanya. -D5 Sports

default

Haramkah fitnah Pemuda UMNO nak guling Najib pulak

on Tuesday, August 9, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PETALING JAYA: Pemuda Umno tidak mempunyai perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata beberapa pemimpin pergerakan itu yang dihubungi hari ini.

Mereka menolak dakwaan akhbar PAS, Harakah yang melaporkan kononnya lebih 100 ketua bahagian Pemuda Umno mengadakan mesyuarat pada 3 Ogos lalu bagi membincangkan perkara tersebut.

Harakah keluaran 8 – 11 Ogos melaporkan dari satu sumber Umno Pemuda Umno kecewa dengan sikap Najib yang mencari sokongan pelbagai pihak tetapi langsung tidak memberi muka kepada pegerakan itu.

Ketua Pemuda Umno bahagian Cheras Syed Mehdar Syed Abdullah berkata, `tidak ada pertemuan seperti dilaporkan Harakah.’

“Biasanya kalau Pemuda program saya akan tahu kerana saya orang lama. Tetapi hal ini saya tidak dengar langsung.”

`Tidak mungkin’

Beliau juga menegaskan tidak mendengar apa-apa cerita bahawa ahli pergerakan itu mahu menjatuhkan Najib dari jawatan perdana menteri.

Dalam satu sidang media beberapa hari lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa dari sumber ada pihak yang mahu Najib berhenti sebelum pilihan raya umum ke 13.

Seorang ketua lagi ketua pemuda Umno berkata, pertemuan pada 3 Ogos itu tidak ada dan tidak pernah berlaku sebelum sebagaimana dilaporkan akhbar Harakah.

“Tidak mungkin. Itu laporan yang diada-adakan kerana kalau ada perjumpaan tentu saya tahu,” kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Suhaimi Shahdan yang dihubungi hari ini.FMT


Komen GPB

Tak habis-habis lagi fitnah juak2 PAS di bulan Ramadhan ini untuk mengelirukan ahli UMNO . Terbaru beberapa Ketua Pemuda Bahagian  pulak dituduh berkomplot mahu jatuhkan PM .

Nampak jelas Haramkah dan PAS sudah kering modal untuk menghancurkan UMNO dari dalam setelah beberapa kenyataan pemimpin UMNO menafikan termasuklah Tun Mahathir sendiri .

default

Cara moden ugut orang di KL , guna ular sawa batik !!

on Monday, August 8, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pelik tapi kelakar .. Orang kalau nak ugut bagi takut ada banyak cara yang lebih baik dan senang. SMS , call , hantar peluru , surat  antara yang selalu kita baca di akhbar mengenai ugutan .  Tapi berlainan sekali flat PPR Cheras ini bilamana nak ugut guna ular sawa batik ! 

Yang bestnya kena cekup pulak di tempat kejadian kerana tak pandai main ular untuk dilepaskan ..haha


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda meletakkan seekor ular sawa batik dalam guni di hadapan rumah jirannya dengan niat menakut-nakutkan mangsa menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam.

Kejadian itu berlaku pukul 9.40 malam apabila suspek yang bekerja sebagai buruh am berusia 22 tahun membawa satu karung guni berisi ular sawa sepanjang 2.4 meter.

Namun ketika di hadapan rumah mangsa di tingkat lapan flat itu, dia mengalami kesukaran melepaskan ular itu untuk masuk ke dalam rumah sehingga disedari anak lelaki mangsa yang kemudian mengejar suspek dan menangkapnya.

Pemilik rumah, V. Rajoo, 51, mengenali suspek dan yakin dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan dirinya selaku Ketua Biro Keselamatan dan Pengaduan Awam yang sering terlibat dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan

default

Hero Nur Kasih Remy Ishak bakal masuk Pemuda UMNO !

on Saturday, August 6, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 Benarkah Hero filem Nur Kasih Remy Ishak bakal masuk Pemuda UMNO ?  Bergambar pulak dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Khairy Jamaluddin .

Tapi itu semua hanya lah spekulasi dan gosip saja . Gambar ini adalah untuk  sebuah  majalah  yang mana mungkin  keluaran  sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang .  Tak tahu pulak apa motif  wartawan ini  gandingkan seorang Hero filem  Malaya dengan pemimpin politik muda seperti KJ . 

Mana tau kalau  Remy Ishak ni join Pemuda UMNO  Rembau ka  , nanti GPB boleh jumpa dia PAU nanti di PWTC ..haha 



macam abang dan adik antara Remy - KJ

default

Awas perogol bertopeng berkeliaran di waktu sahur !

on Friday, August 5, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Seorang wanita warga Vietnam berusia 21 tahun yang bekerja di sebuah kilang di sini, membuat laporan polis di Balai Polis Kulim setelah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika sedang tidur di rumahnya, di Taman Senangin.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di mana seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau masuk ke dalam bilik mangsa lalu menutup mulutnya.

Menurutnya, suspek kemudiannya meletakkan pisau ke leher mangsa dan mengarahkannya membuka semua pakaian.

Mangsa memaklumkan, selepas lima minit dirogol, suspek sekali lagi mengacu pisau ke lehernya dan mengarahkannya keluar dari bilik dan berjalan ke sebuah rumah kosong.

Lalu, suspek telah mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol sekali lagi.

Mangsa yang ketakutan terpaksa mematuhi segala arahan,” katanya.

Dia berkata, mangsa kemudiannya meminta kebenaran dari suspek untuk pergi ke tandas.

“Peluang itu digunakan mangsa untuk melepaskan diri. Mangsa berlari ke rumah kawannya yang berdekatan dalam keadaan berbogel untuk mendapatkan pertolongan.

“Ketika kejadian, kebanyakan rakan serumah mangsa tidak ada kerana keluar bekerja,” katanya.

Katanya, lelaki bertopeng terbabit masuk ke rumah mangsa melalui pintu gerigi yang diumpil dari luar.

Polis turut menemui kesan air mani di lantai di mana mangsa dirogol. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sehingga kini polis sedang mengesan suspek terlibat.

default

Pakatan baru nak teliti , Kerajaan BN bela nasib 400 pekerja Dawama

on Thursday, August 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Rabu memberi jaminan kepada lebih 400 pekerja Dawama Sdn Bhd (Dawama) bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.

Beliau berkata, ini kerana tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Katanya Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di Putrajaya Rabu.

"Surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik. Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka.




"Di dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP," katanya.

Semalam, Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada lebih 400 kakitangan berkuatkuasa Isnin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan yang didakwa berpunca daripada kemungkiran yang dilakukan oleh DBP di bawah Perjanjian Konsesi Penswastaan bertaikh 19 Jun 2002.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.


"Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka di dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa," katanya.-3/8/2011

default

PANAS ! Wira Harimau Malaya Khairul Fahmi Apek putus tunang melalui Metro Ahad !

on Monday, August 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.


“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.


Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.


Komen GPB

GPB ingin nasihatkan kepada Hero Harimau Malaya ini   kalau nak putus tunang pun  , buat la cara elok dan teratur ikut adat kita. Jangan la buat sidang media hingga tunang sendiri pun tak tahu . Malu la jika orang kampung bercakap putus tunang  melalui berita di  akhbar .

Kepada awek-awek cun di luar sana , pintu hati Khairul Fahmi Apek sudah terbuka kembali ..cepat2 la pi himpit penjaga gol macho skuad Harimau ini . Mana tahu ada chance ke ..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.