Pakatan baru nak teliti , Kerajaan BN bela nasib 400 pekerja Dawama

on Thursday, August 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Rabu memberi jaminan kepada lebih 400 pekerja Dawama Sdn Bhd (Dawama) bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.

Beliau berkata, ini kerana tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Katanya Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di Putrajaya Rabu.

"Surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik. Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka.




"Di dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP," katanya.

Semalam, Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada lebih 400 kakitangan berkuatkuasa Isnin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan yang didakwa berpunca daripada kemungkiran yang dilakukan oleh DBP di bawah Perjanjian Konsesi Penswastaan bertaikh 19 Jun 2002.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.


"Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka di dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa," katanya.-3/8/2011


One Response

  1. Bagus... satu tindakan yg mmg ditunggu2...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.