Seorang wanita warga Vietnam berusia 21 tahun yang bekerja di sebuah kilang di sini, membuat laporan polis di Balai Polis Kulim setelah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika sedang tidur di rumahnya, di Taman Senangin.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di mana seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau masuk ke dalam bilik mangsa lalu menutup mulutnya.
Menurutnya, suspek kemudiannya meletakkan pisau ke leher mangsa dan mengarahkannya membuka semua pakaian.
“Mangsa memaklumkan, selepas lima minit dirogol, suspek sekali lagi mengacu pisau ke lehernya dan mengarahkannya keluar dari bilik dan berjalan ke sebuah rumah kosong.
“Lalu, suspek telah mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol sekali lagi.
Mangsa yang ketakutan terpaksa mematuhi segala arahan,” katanya.
Dia berkata, mangsa kemudiannya meminta kebenaran dari suspek untuk pergi ke tandas.
“Peluang itu digunakan mangsa untuk melepaskan diri. Mangsa berlari ke rumah kawannya yang berdekatan dalam keadaan berbogel untuk mendapatkan pertolongan.
“Ketika kejadian, kebanyakan rakan serumah mangsa tidak ada kerana keluar bekerja,” katanya.
Katanya, lelaki bertopeng terbabit masuk ke rumah mangsa melalui pintu gerigi yang diumpil dari luar.
Polis turut menemui kesan air mani di lantai di mana mangsa dirogol. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sehingga kini polis sedang mengesan suspek terlibat.
KULIM ? DEPA NI PANTANG ZIZAN TAK DAK. DAN DAN PI ROGOL ORANG NOO...