..

..
Archive for July 2012

default

Dayangku Intan hina negeri Johor , puji Kelantan..

on Tuesday, July 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 16 Comments




“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah.

 Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

 Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

 “Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa. 

 “Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya. 

 Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

 Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.

sumber : MPP Online 

default

Rahsia unsur konspirasi Iluminati di Sukan Olimpik 2012 didedahkan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Adakah gambar-gambar di Sukan Olimpik 2012 di London yang didedahkan ini adalah satu kebetulan atau perancangan ? Sebagai peminat teori Konspirasi Dajjal , Iluminati ,Fremason dan sewaktu dengannya , GPB yakin ia bukan kebetulan tetapi kehadiran penyembah Dajjal  telah berada di Kotal London yang menjadi tuan rumah .

sumber: Hazril Hafiz 


KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN


Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.


gala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.




Bandar London telah dipilih kerana London merupakan 


image





juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.


Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ.

Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION


simbol mata satu iluminati 

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi 
membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

PKR pun ada simbol mata iluminati 

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.


Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.
Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. ( sumber: End Justice dan 2dayblogger )
Dan berikut adalah beberapa gambar ritual Illuminati dan menghina Islam yang wujud semasa acara pembukaan Olimpik.
Penjelasan berkaitan upacara di atas boleh dibaca pada pautan berikut (KLIK)
maklumat lanjut berkaitan ritual di atas boleh anda baca dipautan berikut (KLIK)
Dan berikut pula adalah Game Card illuminati (klik pada gambar dibawah untuk membaca penerangan lanjut berkaitan permainan kad illuminati ini kerana teah terbukti sebahagian dari peristiwa yang digambarkan didalam kad ini telah terjadi walaupun kad ini dicipta pada tahun 1995.
logo
****************************
Mungkin juga semua penerangan di atas ada kaitannya dengan hadis berikut :


Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.


TETAPI, hadis di atas adalah hadis yang lemah dan dikatakan tidak sahih tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. 

Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. (sumber: Jabatan Mufti Perlis)

Sebelum ini aku ada menyediakan beberapa artikel dan entry berkaitan isu Kiamat 2012 ini, boleh baca pada entry entry berikut :

Dan diambil dari status facebook seorang ustaz aku di UiTM Kedah dulu:
image
nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dari segala keburukan dan fitnah dajjal
untuk lebih memahami perkara ini , anda boleh saksikan ketiga tiga video dibawah (sila tonton sampai habis)


default

Masuk PAS adalah langkah dekati agama- Ostazah Abby

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Abby oh Abby ....sejak masuk PAS , pandai betul di bercakap pusing sana sini .  Di dalam portal Malaysiakini , bila ditanya mengapa sertai PAS   dan jawapannya adalah untuk mendekati agama .

Tapi apa yang peminat hiburan  , pemerhati politik, rakan artis lain   melihat tindukan Abby sudah banyak ke arah politik kepartian seperti menghentam kerajaan & berdemontrasi . Malah terbaru sebuah syarikat menjual tudung telah menamatkan kontraknya sebagai duta kerana tindakan dan sikapnya menjejaskan bisnes mereka .

Sebenarnya  golongan artis  sertai PAS bukannya mencari agama pun  tetapi sebaliknya   kepada mencari sumber  duit ceramah serta publisiti /populariti untuk mereka semula .

PAS atau politik  bukan agama dan kalau nak mencari agama sebenar hendaklah ke pondok dan berguru dengan ustaz bertauliah .

default

Soalan berapi Ustaz Kazim untuk Pok Nik & juak-juak PAS !!

on Monday, July 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB selalu dengar  mereka juga  tuduh UMNO ini zalim ...zalim kepala otak hang pa.   kat mana yang zalim ??

Kerajaan yang zalim inilah yang beri duit BRIM , beri baucer pelajar RM 200 , beri bonus bila hari raya , beri tayar kat pemandu teksi ,  beri duit kat peneroka Felda lagi , beri kain untuk buat jubah , tanggung AJK Masjid pi umarah ,  beri subsidi lagi kat harga barang yang mana negara kat dunia lain tak buat ...

Apa ini zalim lagi ka ???  Kalau Guan Eng beri sikit RM 100 cakap terus kerajaan berjiwa rakyat ....


default

Kerana sikap Abby,kontrak duta tudung ditamatkan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Nampaknya Abby Abadi semakin popular apabila dia sering menjadi tumpuan media sejak kebelakangan ini.

Kali ini berbangkit pula isu berkenaan penarikan kontrak sebagai duta tudung.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu.

Bagi penulis, isu pembatalan kontrak itu tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik di Malaysia sebaliknya melibatkan sistem pengurusan perniagaan yang telah terjejas.

Jika Abby tidak terlalu lantang serta lebih bersederhana dan matang dalam memperjuangkan Islam dan PAS, mungkin perkara itu tidak mungkin terjadi.

Abby Abadi telah dilantik sebagai duta Al-Humaira Contemporary pada Mei 2012 yang lalu.

Pada masa yang sama, Abby memberi kenyataan balas yang dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.


Malah, Abby turut memohon maaf kerana terlibat dalam Pakatan Rakyat.

Penulis merasakan tindakan yang diambil oleh pengurusan Al-Humaira Contemperory itu bukanlah disebabkan oleh penglibatan Abby dalam mana-mana parti politik, sebaliknya imej/personaliti serta kredibiliti yang ditunjukkan oleh Abby kepada umum semenjak kebelakangan ini menjadi faktor utama yang memungkinkan kejadian itu.

Pasti ramai yang jelas, apabila menjadi duta, seseorang itu haruslah menampilkan personaliti yang menarik serta positif kepada umum serta tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak.

Sumber: http://mynewshub.my

default

Tragedi 13 Mei dicetuskan sentimen perkauman Kit Siang & DAP !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Dewan Rakyat
Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR. 



Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..








Berikut adalah beberapa kenyataan pemimpin pembangkang berbangsa Cina Lim Kit Siang dan DAP yang dimaksudkan sebagaimana yang dipetik dari Laporan MAGERAN  ;



1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.


2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.


3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.


4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.


5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.


6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.


7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.


8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.


9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.


10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.


Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya.






Rupa-rupanya, mereka tidak mahu niat sebenar dan isi hati mereka itu diketahui oleh generasi muda di zaman ini.

Lim Kit Siang dan DAP dipercayai masih memendam niat yang sama sehingga kini. Namun niat mereka itu telah diterjemahkan perlakuannya oleh sekutu-sekutu politik yang berjaya mereka “perkudakan”, iaitu PAS dan PKR.

Sebagaimana maklum, puak-puak PAS memang terkenal dengan sikap ekstrim menyokong dan suka bertindak membuta tuli tanpa memikirkan tentang tujuan sebenar apa yang mereka lakukan. Apa yang disuruh, maka atas dasar “wala”, mereka sanggup menjadi “hamba” DAP…




PKR pula terpaksa mengikut kehendak DAP memandangkan mereka menyedari bahawa mereka tidak segagah mana dan memerlukan pengaruh parti DAP untuk menjadi Perdana Menteri “Boneka”. “Boneka” pun tak mengapa asalkan Anwar jadi Perdana Menteri…


Ini merupakan “penjajahan millenium baru” yang dipercayai telah dirancang dan didalangi oleh DAP. Namun tak payahlah bertanyakan soal ini kepada mereka. Sampai mati pun mereka takkan mengaku! Bagaimanapun, bangsa bumiputera khususnya Melayu perlu sedar tentang muslihat dan sejarah yang menyaksikan keharmonian kaum di negara ini pernah dihancurkan oleh DAP dan Lim Kit Siang pada satu ketika dahulu.

Sedar atau tidak, perkara dan ungkapan tersebut kini berulang tanpa disedari dari mulut-mulut longkang seperti Namewee, Ambiga dan “Lim Kit Siang Junior”. Lebih menyedihkan ia ada juga terbit dari mulut orang Melayu sendiri seperti Anwar dan Nik Aziz.

Persoalannya, sedarkah bangsa Melayu tentang hakikat dan sejarah ini?

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP partiracist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polisboleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..

Sumber
http://kedahan69ers.com/?p=1355,
blog sanggahtokjanggut

default

Tegur sikit je Abby Abadi, Umi Aida dah diserang balas !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Sebelum ini Umie Aida pernah mengeluarkan kenyataan yang agak pedas terhadap Abby Abadi dengan menyifatkan Abby sebagai individu yang berfikiran cetek.


Sungguhpun begitu, teguran Umie Aida terhadap Abby Abadi ternyata mengundang perasaan marah sebilangan lelaki hidung belang yang mungkin mendambakan bakal memiliki Mak Janda tersebut.

Walaupun teguran balas yang ditujukan kepada Umie Aida ini ada asasnya, ia dilihat tidak lebih untuk mendedahkan aib Umie Aida kepada umum.

Berikut adalah sebahagian keratan teguran balas mereka;


sumber : Laman IZZ 


 Komen GPB

Lihat saja sapa cuba sentuh Abby , ada je pencacai kat belakang backup plan  ..  biasa lah juak-juak pencacai PAS ini . Sapa yang ajar mengata orang ??..tak ke Ostat depa .

Tapi bila kena je balik puak depa macam Abby Abadi ini ditegur sikit je , mula lah meroyan macam kena sawan .


default

Diana Amir sekolahkan artis PAS bahawa politik bukan agama !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

 “Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

 Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

 “Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

 Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

 “Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

 “Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

default

Usah la menipu & konar baring 360 Rais Yatim

on Sunday, July 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Dalam masa 3 hari je ,  Pak Menteri KPKK  DSU Rais Yatim telah melakukan konar baring 360  di selekoh   terakhir dalam isu logo   dengan   menyatakan tiada Logo Rasmi untuk Hari Kemerdekaan 2012 dan yang dipaparkan sekarang ini adalah selingan ..

Rais Yatim pun nampaknya dah kena penyakit Flip flop seperti pemimpin Pakatan yang suka mengubah kenyataan dan menipu  jika sudah kantoi .  Apa masalahnya jika memohon maaf dan perbetulkan balik logo dan tak perlu menipu seperti ini .

Adakah ini petanda  Rais Yatim sedang berada di penghujung perjalanan   karier politiknya sebagai Menteri  ?



default

Video: Bila pemain asing mewakili skuad Harimau Malaya !

on Saturday, July 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB sudah lama ingin lihat pemain asing menyarung jersi  skuad Harimau Malaya dan ia berlaku semasa perlawanan persahabatan  skuad Pilihan Malaysia  skuad B22 Indonesia dengan keputusan menang besar 6 -0 .

Antara pemain asing yang beraksi bersama-sama skuad negara ini ialah Michel Kubala ( Perak ) Ramez Dayoub ( Selangor ) . Selain itu skuad ini juga diperkuatkan dengan kehadiran pemain berpengalaman Amri Yahya , Shahrulnizam Mustafa dan Shukor Adan .

Ternyata kedua-dua pemain import terbaik di Liga Super ini  berjaya menyesuaikan diri dengan cepat bersama pemain Harimau Muda . Itu baru 2 orang je yang bermain ..kalau menentang Singapura sudah tentu kena belasah je ..haha



default

Kempen umat Islam boikot The Store !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengirim sekitar 600 ribu email kepada ahli-ahli dan rakan-rakan sekutunya sebagai tanda protes The Store yang mempromosi arak secara terbuka bersempena dengan bulan Ramadhan.Satu kiriman email dan poster boikot turut dihantar kepada pengurusan The Store. 

“Untuk makluman Puan,kami telah mula menyebarkan Poster yang dilampirkan. Untuk permulaan akan dihantar melalui emel kepada senarai yang dilampirkan sebelum ini.Turut akan dihantar kepada ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta sekutu-sekutu kami.

Anggaran jumlah emel yang akan dihantar sekitar 600 ribu.Langkah seterusnya adalah menghantar poster tersebut kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia bermula jumaat ini bagi diedarkan kepada para jemaah terutamanya pada hari Jumaat, ” kata Muhammad Zharif,



 UMAT ISLAM    BOIKOT THE STORE !!

default

Logo Merdeka 55 recycle, Rais sudah kering idea ke ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Hari ini seluruh media sosial facebook  termasuk blogger Pro BN mempertikaikan logo untuk Hari Kemerdekaan ke 55  . Ini berikutan logo berkenaan adalah untuk sticker kereta untuk Merdeka ke 52 tahun.

Entah di mana silapnya atau pun Rais Yatim & kakitangan di kementeriannya   sudah kering idea untuk cari logo terbaik  .  Memalukan guna logo recycle untuk satu hari yang membanggakan rakyat Malaysia ..

Masih lagi belum terlambat untuk tukar ......... kepada yang rapat dengan PM Office , tolong habaq la kat PM yang kita sayangi ini , jangan memalukan kerajaan !



default

Panas ! Artis masuk PAS dah jadi tukang kutip derma ceramah !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Biar betul bekas pelakon Leftenan Adnan Hairie Othman dah  menjadi tukang kutip derma ceramah ??  Awat yang teruk sangat puak PAS buat bagi ...hahaha ...

Hairan juga yang artis lain masuk dulu parti sesat ini seperti Bob Lokman tak pulak kena usung kantung hijau minta duit .

Mungkin tahap ilmu Bob lebih tinggi darjatnya ..itu yang dia dok di pentas je bukannya tukang kutip derma . Bob hanya terima duit ceramah dia je ..itu yang mampu la ni pakai Alphard ..

SAMM yang CEO nya Chegurbard pun perkuda juga 
Hairie Othaman ?? hahaha ..nasib hang la ...


sebab Hairie kutip ..mungkin byk sikit ke sekali masuk ....

default

KL akan jammed seperti ini jika ikut janji populis Rafizi !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Sekiranya harga kereta diturunkan, ia juga akan memberi kesan kepada pengangkutan awam dan menambahkan lagi kesesakan di jalan raya.

 “Dari segi pengangkutan awam, hari ini dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ada satu usaha untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam sama ada dari segi LRT, MRT, komuter dan perkhidmatan bas dan saya ingin melihat ramai lagi yang akan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

 “Perkara ini tidak dikaji oleh pihak pakatan kerana mereka hanya membuat janji populis untuk turunkan harga kereta tetapi tidak fikirkan kepada kesesakan dan juga penggunaan pengangkutan awam yang telah kerajaan buat komitmen melalui pembinaan MRT dan sebagainya.”

Tegasnya, cadangan ini walaupun dari segi beban kepada rakyat mungkin baik tetapi tidak difikirkan implikasinya dari segi kewangan dan pengangkutan awam. “Ini adalah janji yang dibuat secara spontan untuk pancing undi dan tidak bertanggungjawab.”



 

default

Awas penipuan penjualan baju kurung di internet !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima. Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.


Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

 “Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam. Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

 “Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

default

Islam sendiri suruh menepati janji , tak kan ia pun politik ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



SHAH ALAM: Tema Hari Kemerdekaan ke-55 tahunini 'Janji Ditepati' tidak perlu ditukar, kerana ia sebahagian daripada citarasa patriotisme, kata penganalisis politik, Dr. Ismail Sualman.

 Malah, menurut beliau yang dihubungi Antarapos, tema tersebut langsung tiada cacat cela, apatah lagi berunsurkan politik kerana agama Islam juga menuntut umat supaya menepati apa yang mereka janjikan. "

Dalam Islam sendiri pun menyuruh kita menepati janji. Adakan itu bersifat politik juga?

 "Dalam Islam, janji perlu ditepati. Kalau janji tak ditepati, berdosa... dan kalau seandainya meninggal dunia, segala janji dan hutang yang tidak dilunaskan maka menjadi masalah kepada jenazahnya," katanya.

 Sehubungan itu, menurut Ismail, tidak ada sebab tema hari kebangsaan itu perlu ditukar kerana ia antara perkara keutamaan kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Katanya, kerajaan tidak perlu tunduk kepada kemahuan pembangkang yang meminta agar tema pada tahun ini ditukar kepada tema yang lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan negara.

 "Janji ditepati pun sebahagian daripada citarasa patriotisme, iaitu janji perlu ditepati. sebab daripada merdeka dulu, dinyatakan bahawa apakah janji-janji yang pernah dibuat dan sejauhmanakah ia ditepati. 


 "Kebetulan, yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN).. jadi yang perlu takut adalah BN, bukan pembangkang. Kalau BN yang tak tepati janji, BN lah yang kena impaknya," katanya. 

 Pada pandangannya, jika pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju mengguna-pakai tema berkenaan, mereka bebas memperkenalkan tema masing-masing di peringkat negeri yang ditadbir.


 "Saya rasa (tema) tak perlu ditukar... perlu diteruskan saja. Tak perlu takut kepada dakwaan dan ugutan pembangkang. Dan kalau seandainya kerajaan negeri nak buat tema di peringkat negeri masing-masing, buatlah..," katanya.

 Ismail juga menyifatkan tindakan pembangkang yang 'memainkan' isu tersebut ibarat sengaja mengundang padah dan membuka pekung sendiri lantaran banyak janji kepada rakyat yang tidak dapat ditunaikan. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini menjadi kontroversi, apabila Pakatan Rakyat mendakwa ia tidak wajar digunakan kerana ia adalah slogan Barisan Nasional serta tidak mencerminkan semangat kebangsaan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada dalam sidang media minggu lalu meminta kerajaan menukar tema tersebut kepada tema yang lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan negara, selain tempoh tujuh hari bagi tujuan tersebut.

default

Hutang negara terkawal , KDNK negara berkembang berbanding Singapura !

on Friday, July 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Katanya hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.

 "Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun. 


Bagi 2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas," katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di ibu negara, Selasa. 

 Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata walau pun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus.

 "Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut," katanya.

 Bernama melaporkan Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata KDNK Malaysia 4.7 peratus pada suku pertama masih mengembang manakala KDNK Singapura hanya berkembang 1.4 peratus berikutan kemelesetan di dalam ekonomi global.

 "Ini baik...dengan lebih banyak pelaburan mengalir masuk dan petunjuk yang positif," katanya. Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermatlamat mengumpul maklum balas dari orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula bagi Pemandu.

 GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu-isu dan peluang bidang pertumbuhan baharu, yang boleh dilaksanakan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA). -24/7/2012

default

Ning Baizura sound bertudung bukan erti masuk PAS !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hanya kerana gambarnya mengenakan tudung tersiar di laman sosial Twitter miliknya, tidak semena-mena nama Ning Baizura Hamzah dikaitkan bakal menyertai parti pembangkang, PAS.

 Bukan saja hanya berpandukan gambar berkenaan, malah kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam sebuah akhbar sebelum ini seolaholah penyanyi terkenal itu memang berhasrat menyertai parti terbabit.

Kenyataan itu tentunya mengejutkan ramai pihak, termasuk Ning sendiri. Kecewa dengan pengumuman yang dianggap sebagai fitnah, Ning terpaksa bersuara di Twitter menafikan khabar itu.

 Bertemu si empunya diri pada majlis buka puasa dan pengagihan royalti oleh Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) di ibu kota, kelmarin, Ning berkata, meskipun luahan itu mendapat pelbagai reaksi negatif, dia terpaksa bertindak begitu kerana tidak mahu orang ramai keliru dengan pendirian politiknya. Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya. Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut. Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya.

 Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin memberikan penjelasan, saya menyokong pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ning yang hadir ditemani suami, Omar Dalton.

 Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung?

 Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

default

Cina DAP takut sejarah 13 Mei diketahui dalam filem Tanda Putera

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dek kerana terlibat dalam filem kontroversi terbaru Shuhaimi Baba, Tanda Putera yang merakamkan peristiwa berdarah 13 Mei, dua pelakon berbangsa cina, Alan Yun dan Douglas Lim kena hentam kaw-kaw terutama di Facebook.

Filem terbaru Shuhaimi baba terbabit dikritik ramai kerana dikatakan memainkan sentiman perkauman serta memutar belitkan fakta sejarah. Facebook milik dua pelakon cina yang terlibat dengan filem berkenaan, Alan Yun dan Douglas Lim tak putus-putus dibanjiri dengan spam dan kata-kata kesat.


Mereka digelar Anjing Pengkhianat (汉奸走狗) dan penjual maruah bangsa cina (卖华) kerana dikatakan memalukan bangsa cina dengan terlibat dalam filem kontroversi tersebut di mana bangsa cina digambarkan pencetus huru hara 13 Mei.

 Selain dimaki hamun, Mereka juga diancam akan diboikot habis-habisan, bahkan ada pengguna facebook yang menyeru supaya produk yang terkait dengan mereka juga diboikot. Ada yang mengajak mereka menyertai MCA/Gerakan, ada yang cakap diorang tak layak jadi cina.

Tak cukup dengan itu, ada yang suruh diorang "potong" dan buang nama keluarga serta ganti dengan Muhammad/Abdullah. sumber- Anak Seberang


default

Salleh Man lega dapat YDP MAIPP..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Akhirnya Salleh Man secara rasmi dilantik oleh kerajaan Dap sebagai YDP MAIPP menurut cakap Mansor.

Ini bermakna selepas 3 tahun baru puak Pas dapat jawatan yang dijanjikan semasa PRK Prmtg Pasir. Itu pun terpaksa merayu kepada PKR dan Kerajaan Dap yang mana sebelum ini dapat kepada Malik Kassim.



default

BN pejuang Islam selari maqasid syariah - Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan label Islam namun parti itu tidak akan mengabaikan amanah meletakkan perjuangan agama di tahap paling tinggi selari dengan matlamat menegakkan maqasid syariah. 

 Sambil menyelar golongan tertentu yang sanggup menyempitkan agama demi kepentingan politik, Perdana Menteri berkata, BN tetap mempertahankan asas-asas maqasid syariah termasuk dalam soal memelihara agama, akal dan keturunan. "

Itulah panduan induk kita sebagai sebuah parti. Kita berpandu kepada maqasid syariah yang berkehendakkan kita menjaga agama, soal ilmu, begitu juga akal, keturunan dan ekonomi.

 "Semua ini kehendak Islam, Islam tidak mengajar kita menyempitkan agama, tetapi orang yang menyempitkan agama ialah puak-puak tertentu yang melakukannya kerana kepentingan politik," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa yang dihadiri lebih 5,000 orang di kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini hari ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Timbalan Pengerusi Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

 Najib dalam ucapannya turut menekankan perjuangan agama perlu diletakkan melampaui kepentingan politik bagi memastikan perpaduan dan kesejagatan ummah dan masyarakat dapat dipertahankan. "Kalau kita tidak meletakkan Islam pada tempat tertinggi dan utamakan politik daripada agama, maka apa yang orang lain buat walaupun baik, semua menjadi tidak betul.

 "Sebab itu, pembangkang tuduh Felda bankrap, selepas itu nak halang pula penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.. Ini semua angkara orang yang iri hati dengan apa yang kita buat, walaupun ia baik untuk rakyat," ujarnya.

default

PANAS ! Abby Abadi dilabel cetek pemikiran oleh Umi Aida

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Jika semalam dan berlanjutan hingga ke hari ini, isu Mamat Sepah kelihatan semakin besar, kini timbul pula isu baru di Twitter apabila Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.
Dalam kenyataan Abby Abadi kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.
“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.
Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”
Kenyataannya ini telah menarik perhatian Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya. Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”
Umie Aida turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada kenyataan yang Abby keluarkan.
Dan Umie Aida turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, bukanlah melalui politik.
sumber : OHBulan

default

PANAS ! Abby terkena culture shock masuk PAS & belum matang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pelakon dan penyajak terkenal, Pyanhabib Rahman hari ini membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, kerja seniman atau artis adalah berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.

 Pyanhabib yang membintangi filem ‘Kembara Seniman Jalanan’ arahan Nasir Jani pada tahun 1980an itu juga menyoal jika PAS tidak memenangi pilihan raya umum (PRU) 13, apakah Abby akan menunggu sehingga pilihan raya seterusnya.

 “Kerja seniman adalah berkarya..., Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya. “Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?” kata Pyanhabib kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

 Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider semalam, Abby Abadi berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alihtampuk pemerintahan negara.

 Sementara itu, penyanyi Folk Meor Yusof Aziddin merasakan bahawa Abby Abadi sedang berada dalam keadaan ‘culture shock’ atau kejutan budaya kerana baru beralih arah.

 “Abby ini bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.

“Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru. “Itu bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua.

PAS sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu berhijrah ke mana-mana pun kalau setakat nak jadi seorang yang Islamik,” kata Meor.

 Tambah penyanyi Folk yang telah menerbitkan sepuluh buah album secara independen itu, kenyataan Abby memperlihatkan yang pelakon tersebut masih lagi dalam keadaan belum matang.

 “Jadi bila masuk ke suasana yang baru rasa seronok itu ada, mungkin berlebihan.

 “Jadi kenyataan (Abby) yang keluar pun kenyataan yang pra-matang, saya setuju dengan pendapat Zunar,” katanya lagi.

Sementara itu, kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli merasakan Abby Abadi terkeliru diantara Islam dan Arab.

 “Islam dan Arab adalah dua perkara berbeza. Islam sesuai untuk apa juga bangsa, tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik.

 “Nusrat Fateh Ali Khan menghasilkan karya seni kerohaniaan melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya. "Begitu juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang kulit dan permainan kanak-kanak yang sebati di dalam masyarakat Jawa – Hindu pada ketika itu,” kata Ronasina lagi. -TheMalaysianInsider

default

PANAS ! AC Mizal tegur Abby politik bukan agama !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



UMUM mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato’ AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato’ AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.

 Berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan untuk bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang timbul.

 “Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,” ujar Dato’ AC mengulas mengenai isu tersebut.

 “Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.

 “Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

 “Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. 

Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.” Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato’ AC menjawab,

 “Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya.

 Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,” ujar Dato’ AC .

sumber :www.osemm.net

Komen GPB 

Tahniah buat member blogger MPP Online ... tak sangka Datuk AC pun baca blog member gua ni dan faham pun Politik Bukan Agama ..

default

Khairy bidas janji populis Rafizi turunkan harga kereta

on Thursday, July 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Tawaran pembangkang untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti akan melumpuhkan sektor pengangkutan awam negara. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan sekaligus akan membantutkan usaha yang sedang dijalankan kerajaan bagi menaiktaraf sektor pengangkutan awam.

 "Kerajaan pada hari ini sedang berusaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam melalui proses penambahan kepada Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) serta sistem perkhidmatan komuter dan bas.

 "Perkara ini tidak dikaji oleh pembangkang. Mereka hanya beri janji populis untuk kurangkan harga kereta," katanya pada sidang media di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

 Selain itu Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, cadangan itu akan turut mengakibatkan kadar kesesakan lalulintas meningkat secara mendadak apabila rakyat tidak lagi memilih untuk menggunakan pengangkutan awam.

 "Saya ingin melihat lebih ramai yang menggunakan pengangkutan awam supaya kita dapat mengurangkan kesesakan di jalan.

 "Tetapi mereka (pembangkang) tidak fikir kepada implikasi kesesakan. Ini menunjukkan janji yang dibuat ini adalah secara spontan semata-mata untuk memancing undi dan populis yang saya yakin merupakan janji yang tidak bertanggungjawab," katanya.

 Pada Selasa, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, pembangkang akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya selepas PRU-13. Katanya, menerusi penstrukturan semula dasar itu ia akan mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.