Memang bangang la FAM sekarang ini terutamanya dibawah pentadbiran S/U nya iaitu Judin ...belum apa-apa lagi dah mengaku kalah dalam isu bantahan pemain Myanmar yang melebihi had umur .
Tak rugi apa pun buat bantahan , setakat RM 1580 hilang tu bukan satu masalah pun .Sekurang -kurang siasatan dibuat badan induk AFC . Yang dia dok kalut jaga imej FAM melebihi skuad negara apa kejadahnya ??
Pemain kita sudah berjuang habis-habisan pun di kelayakan Piala AFC B22 untuk melayakkan diri ke pusingan akhir , tetapi dek kerana tidak berapa cerdik seorang pemimpin FAM .. memang patut la geng ULTRAS MALAYA gelarkan FAM BANGSAT !!
GPB simpati dengan anak2 buah Ong Kim Swee...harap mereka tidak patah semangat untuk mewakili skuad negara walaupun ada pengurusan yang bangang !
JUDIN PATUT RESIGN DEMI FAM !!
“Sekurang-kurangnya buatlah bantahan dahulu. Tak salah kita minta lakukan siasatan jika kita mengesyaki berlaku penipuan umur oleh pasukan Myanmar.
“Tindakan itu yang patut dilakukan oleh orang terpelajar. Hanya orang jahil saja yang tak nak buat bantahan.” kata pengkritik sukan terkemuka negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas tindakan pelik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin.
FAM yang diberi masa 48 jam, akhirnya enggan membuat bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menggunakan beberapa pemain lebih umur pada Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Yangon, baru-baru ini atas alasan, tiada bukti kukuh.
“Kita semua tak tahu kenapa FAM sanggup bersikap sebegitu. Hantar sajalah bantahan, biar AFC siasat terlebih dahulu. Ini bantah pun tidak, macam mana nak tahu apa kebenarannya.
“Perkara seperti ini tak patut berlaku dalam zaman moden. Jika ada pihak langgar peraturan dan undang-undang, takkan semudah itu kita nak menerimanya,” kata Kay Kim ketika dihubungi, semalam.
Terdahulu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengadakan sidang media khas di Kelana Jaya bagi menjelaskan punca pihaknya tidak meneruskan bantahan biarpun notis awal sudah dihantar pengurus skuad B-22 negara, Datuk Afandi Hamzah selepas aksi bertemu Myanmar di Yangon, Selasa lalu.
“Kita kena bantah berserta bukti kukuh. Jika tidak, ia boleh beri implikasi terhadap imej FAM dan hubungan kita dengan negara-negara ASEAN kerana Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) juga adalah Presiden AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN).
“Saya juga sudah persembahkan kepada Presiden FAM kenapa FAM tak teruskan bantahan ini. Bukan sebab kita takut kehilangan wang bantahan AS$500 (RM1,580), tapi adalah tidak beretika untuk kita mempersoal dokumen pengenalan diri yang diperakui kerajaan Myanmar,” jelas Azzuddin.
Ditanya mengenai jurulatih kelab Myanmar, KBZ FC, P N Sivaji, mengesahkan pemainnya, Kyaw Zayar Win yang tertera umur 24 tahun dalam senarai perlawanan Piala Singapura bertemu Loyola Meralco Sparks adalah individu sama menjadi kapten skuad B-22 Myanmar, Azzuddin berkata “Saya tak meneliti sehingga tahap itu.”
“Kita tak pasti dia Zayar Win mana satu (yang berusia 21 atau 24). Ini satu input baru. Saya tak tahu pendaftaran Piala Singapura pergi ke AFC atau tidak.”
Azzuddin berkata, badan induk bola sepak Asia hanya menerima maklumat yang didaftarkan dalam sistem maklumat pemain AFC dan segala data dalam kejohanan bukan anjuran badan itu seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF, tidak diperakuinya.
"“Kita tak pasti dia Zayar Win mana satu (yang berusia 21 atau 24). Ini satu input baru. Saya tak tahu pendaftaran Piala Singapura pergi ke AFC atau tidak.”
Sebab tak pasti le kita kena buat bantahan, untuk cari kepastian, judin oh judin. Kau ni bengap atau baghal, atau bodoh siut. Semua sekali kot. Letak jawatan le judin
pemimpin yg tak berani berkorban....mengharapkan anak-anak buah je...yg terkorban......hampehhhhhhh