BN pejuang Islam selari maqasid syariah - Najib

on Friday, July 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan label Islam namun parti itu tidak akan mengabaikan amanah meletakkan perjuangan agama di tahap paling tinggi selari dengan matlamat menegakkan maqasid syariah. 

 Sambil menyelar golongan tertentu yang sanggup menyempitkan agama demi kepentingan politik, Perdana Menteri berkata, BN tetap mempertahankan asas-asas maqasid syariah termasuk dalam soal memelihara agama, akal dan keturunan. "

Itulah panduan induk kita sebagai sebuah parti. Kita berpandu kepada maqasid syariah yang berkehendakkan kita menjaga agama, soal ilmu, begitu juga akal, keturunan dan ekonomi.

 "Semua ini kehendak Islam, Islam tidak mengajar kita menyempitkan agama, tetapi orang yang menyempitkan agama ialah puak-puak tertentu yang melakukannya kerana kepentingan politik," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa yang dihadiri lebih 5,000 orang di kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini hari ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Timbalan Pengerusi Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

 Najib dalam ucapannya turut menekankan perjuangan agama perlu diletakkan melampaui kepentingan politik bagi memastikan perpaduan dan kesejagatan ummah dan masyarakat dapat dipertahankan. "Kalau kita tidak meletakkan Islam pada tempat tertinggi dan utamakan politik daripada agama, maka apa yang orang lain buat walaupun baik, semua menjadi tidak betul.

 "Sebab itu, pembangkang tuduh Felda bankrap, selepas itu nak halang pula penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.. Ini semua angkara orang yang iri hati dengan apa yang kita buat, walaupun ia baik untuk rakyat," ujarnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.