PANAS ! Abby lega sertai PAS seumur hidup , takut ditanya bukti pejuangkan Islam !!

on Friday, July 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Akhirnya sudah terjawab sudah  secara rasminya Ostazah  Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan menyertai Pas malam tadi dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi GPB  , memang elok la Ex- Janda Norman Hakim ini  sertai PAS kerana sebelum ini pun dia memang sertai pelbagai   aktiviti PAS termasuk demontrasi ISA di Kamunting .

Cuma yang GPB  tak tahan tu bila ditanya mengapa sertai PAS ialah  kerana takut nanti apabila disoal oleh Malaikat  di mana bukti kau perjuangkan Islam. KLIK DI SINI


Adakah tertulis dalam Al Quran bahawa sertai parti polis seperti PAS sudah  dikatakan pejuangkan agama Islam ??  Ini siapa yang ajar ..sudah tentunya yg terima borang itu dan sewaktu dengannya ...




 Akhir bulan lalu, beliau antara lain berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.


 Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.


 “Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.


 “Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik


Harakah Daily, hari ini. Beliau dilaporkan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.SINAR HARIAN


One Response

  1. Aku pun tumpang lega juga... tersenyum sampai meleleh2 bila dengar namanya dah tersenarai antara yang confirm masuk sorga. Selamat dah sekor lagi.

    Aku dengar Husam dah ada projek buat Makcik Abby and the gang... ‘para artis yang menyertai Pas akan ikut sama berkempen beri penjelasan kepentingan lebuh raya dan dapatkan derma dari orang ramai.’
    Jika diandaikan seorang artis berjaya kumpul derma RM50,000 di satu majlis pada 1 hari… RM50,000 x 10 artis x 30hari= RM15juta/bulan… RM180juta/tahun… RM1.8billion/10tahun.

    Alangkah hebatnya jika PAS dapat buat kerahan 100 tenaga. 1 tahun saja sudah mencukupi untuk pembiayaan lebuhraya tersebut. Harapnya ramai lagi artis yang takut masuk neraka dapat join PAS. Banyak kosong lagi! Berbaloi beb!!!

    Selain dari confirm masuk sorga, fulus pun lebat. Dengar kata Makcik Abby dapat RM2,500 semalam jual airliur saja (aku tak maksud jilat asikrim,ok!). Kalau buat roadshow Husam tadi boleh dapat RM2,500 x 30malam = RM75,000 sebulan. Memang kena kerja kuat sikit lah sebab nak capai target siap Lebuhraya ke Sorga tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.