Islam sendiri suruh menepati janji , tak kan ia pun politik ??

on Saturday, July 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



SHAH ALAM: Tema Hari Kemerdekaan ke-55 tahunini 'Janji Ditepati' tidak perlu ditukar, kerana ia sebahagian daripada citarasa patriotisme, kata penganalisis politik, Dr. Ismail Sualman.

 Malah, menurut beliau yang dihubungi Antarapos, tema tersebut langsung tiada cacat cela, apatah lagi berunsurkan politik kerana agama Islam juga menuntut umat supaya menepati apa yang mereka janjikan. "

Dalam Islam sendiri pun menyuruh kita menepati janji. Adakan itu bersifat politik juga?

 "Dalam Islam, janji perlu ditepati. Kalau janji tak ditepati, berdosa... dan kalau seandainya meninggal dunia, segala janji dan hutang yang tidak dilunaskan maka menjadi masalah kepada jenazahnya," katanya.

 Sehubungan itu, menurut Ismail, tidak ada sebab tema hari kebangsaan itu perlu ditukar kerana ia antara perkara keutamaan kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Katanya, kerajaan tidak perlu tunduk kepada kemahuan pembangkang yang meminta agar tema pada tahun ini ditukar kepada tema yang lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan negara.

 "Janji ditepati pun sebahagian daripada citarasa patriotisme, iaitu janji perlu ditepati. sebab daripada merdeka dulu, dinyatakan bahawa apakah janji-janji yang pernah dibuat dan sejauhmanakah ia ditepati. 


 "Kebetulan, yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN).. jadi yang perlu takut adalah BN, bukan pembangkang. Kalau BN yang tak tepati janji, BN lah yang kena impaknya," katanya. 

 Pada pandangannya, jika pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju mengguna-pakai tema berkenaan, mereka bebas memperkenalkan tema masing-masing di peringkat negeri yang ditadbir.


 "Saya rasa (tema) tak perlu ditukar... perlu diteruskan saja. Tak perlu takut kepada dakwaan dan ugutan pembangkang. Dan kalau seandainya kerajaan negeri nak buat tema di peringkat negeri masing-masing, buatlah..," katanya.

 Ismail juga menyifatkan tindakan pembangkang yang 'memainkan' isu tersebut ibarat sengaja mengundang padah dan membuka pekung sendiri lantaran banyak janji kepada rakyat yang tidak dapat ditunaikan. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini menjadi kontroversi, apabila Pakatan Rakyat mendakwa ia tidak wajar digunakan kerana ia adalah slogan Barisan Nasional serta tidak mencerminkan semangat kebangsaan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada dalam sidang media minggu lalu meminta kerajaan menukar tema tersebut kepada tema yang lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan negara, selain tempoh tujuh hari bagi tujuan tersebut.


One Response

  1. zack says:

    stupid excuse hahhaha

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.