Filem Tanda Putera dedahkan rahsia Tun Razak & Tun Dr Ismail menentang komunis !!

on Thursday, July 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




  :

Berlandaskan kepada tanggungjawab untuk memelihara sejarah budaya bangsa dan kecintaan terhadap negara, pengarah filem berkaliber, Datin Paduka Suhaimi Baba sekali lagi tampil mengarahkan filem epik sejarah berjudul Tanda Putera.

 Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, kata Suhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi, Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.

 "Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet.

Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat. 'Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak.

Menariknya mengenai filem ini ialah kita berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya.


 Kita bongkar mengenainya," katanya yang turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu. 

 Menyedari senario filem sedemikian bakal kurang mendapat tempat di hati khalayak filem tempatan, jelas Shumi, dia bersyukur kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) turut membantu dengan menyediakan geran pembiayaan sepenuhnya.

 "Saya tahu filem sebegini akan kurang menarik minat penonton. Tapi saya sendiri juga tak sangka apabila saya hantar proposal untuk beberapa buah filem saya kepada Finas, mereka pilih filem ini. Mereka mahu saya mengarahkan filem ini tapi saya juga memerlukan geran daripada mereka.

 'Apabila saya dapat geran daripada dua sumber tersebut, ia sudah dapat membantu saya untuk melunaskan kerja untuk filem ini. Nak guna duit sendiri memang susahlah kerana kita tahu risiko yang akan dihadapi kelak," katanya.

 Telah pun siap 95 peratus penggambaran filem tersebut, kata Shumi berkata, bakinya hanya tinggal 6 hari dan akan menjalani penggambaran di London dan Kuala Lumpur," katanya yang akan muncul dengan filem berbentuk misteri dan aksi selepas ini.

 Filem Tanda Putera menyaksikan watak bekas Perdana Menteri kedua itu digalas oleh aktor popular Rusdi Ramli, manakala watak sebagai Tun Ismail pula telah dibawakan oleh Zizan Nin.

Manakala, pelakon lain yang turut terlibat adalah Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar). Menarik lagi mengenai filem ini, buat pertama kalinya bekas suami aktres jelita, Maya Karin,Steven David Shorthose turut serta menjayakan watak sebagai doktor peribadi Tun Abdul Razak iaitu Dr. Macpherson.


One Response

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.