Video : Bill Clinton lebih berani daripada Guan Eng penakut !

on Monday, July 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta mencontohi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang tidak takut untuk tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan skandal beliau dengan Monica Lewinsky Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Guan Eng tidak perlu menjadi penakut untuk membersihkan integriti dan maruahnya yang telah tercemar. 

"Jika tidak benar, buat sahaja penafian agar tiada sebarang tafsiran oleh mana-mana pihak yang hairan dengan sikap mendiam diri beliau apabila timbul sebarang isu.

 "Saya percaya rakyat di Pulau Pinang pastinya tidak suka Ketua Menterinya dituduh seperti itu, jadi gunakanlah pendekatan yang betul dan bukannya asyik mahu menyaman dan mengugut mana- mana pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 Guan Eng dan isterinya, Betty Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana di Melaka baru-baru ini, tampil dalam sidang akhbar berhubung dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan bekas kakitangannya, Ng Phaik Kheng.

 Bagaimanapun hanya Betty Chew yang bersuara menafikan dakwaan itu manakala Guan Eng hanya berdiam diri. Dalam pada itu, Reezal Marican menggesa Guan Eng berhenti membuat sebarang pelawaan untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin, sebaliknya membuktikan beliau benar-benar membela kebajikan rakyat Pulau Pinang.

 Katanya, Guan Eng tidak perlu membuktikan debat adalah satu amalan yang bagus sedangkan beliau sendiri seorang pengecut dan bacul.

 "Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO negeri pernah menjemput beliau berdebat untuk membincangkan pelbagai isu dasar termasuk Bayan Mutiara di negeri berkenaan namun beliau diam sahaja apatah lagi hendak bersemuka.

 "Jawablah jemputan tersebut terlebih dahulu sebelum asyik menyuruh mana-mana individu atau pemimpin lain berdebat," katanya.

 Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam satu portal berita propembangkang yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelan dan dasar-dasar pembangunan negara bagi membuktikan beliau layak memimpin Malaysia. Menurut Reezal Merican, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip, bukannya cakap tak serupa bikin.

 "Debat perlu dijadikan amalan namun apabila perkara membabitkannya timbul seperti isu hubungan dengan bekas pembantunya, beliau terus tidak bersuara malah, isterinya pula yang tampil membuat penjelasan," katanya.


One Response

  1. Unknown says:

    Dasar bacul!!

    SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.