MPPP pun dah pandai putar belit fakta salahkan BN !

on Monday, July 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Barisan Nasional (BN) negeri membidas tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan senarai 37 projek di lereng bukit antara 1985 dan Mac 2008 kerana ia adalah senarai 'projek yang cacat'.

 Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, ini kerana terdapat projek di dalam senarai itu yang didapati telah bertindih selepas pihak pemaju membuat pindaan terhadap pelan pembangunan.

 Menurutnya, antara pertindihan itu ialah projek pembinaan pangsapuri mewah di lot 9024 pada tahun 2005 oleh sebuah syarikat pemaju.

 ''Pada 2006, pelan berkenaan telah dipinda dan pihak berkuasa memasukkannya sebagai satu projek baru, pada hal ia merupakan satu projek yang sama dan hanya pindaan yang dibuat.

 ''Kes kedua pula melibatkan padang golf yang dikatakan berdaftar pada 1995 tetapi pemaju memohon menukar status kepada projek perumahan pada 2005 tetapi MPPP menjadikannya sebagai dua projek,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis 'Semboyan Dibunyikan' di Parlimen Bayan Baru, Sunshine Square, Bandar Bayan Baru di sini hari ini..

 Menurut beliau, tindakan MPPP itu bukan sahaja cacat, malah ia juga mengelirukan orang ramai. Katanya, MPPP sengaja memutar belit fakta berkenaan sehingga mengelirukan orang ramai dengan tujuan untuk menyalahkan Kerajaan BN.

 Tambahnya, lebih banyak isu dan masalah kerajaan negeri akan dibongkarkan dalam setiap program BN bagi memastikan rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di negeri ini. Program 'Semboyan Dibunyikan' di Parlimen Bayan Baru bertujuan memulakan jentera BN untuk mendekati rakyat dengan menggunakan pendekatan "serang dan terang, perang dan menang" bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Komen GPB - 

 MPPP pun dah pandai menipu rakyat  & spin seperti bosnya Guan Eng untuk salahkan BN . Kalau  ya pun Patahiyah  dapat gelaran Datuk oleh kerajaan DAP kelmarin  , jangan  la bodek  Ah Beng  sampai nak menipu rakyat !


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.