Archive for November 2019

default

KEKALAHAN TERUK PRK TANJUNG PIAI , DAP KAMBINGHITAMKAN PM - NAJIB

on Sunday, November 17, 2019 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM ke-7 sebagai punca utama kekalahan PRK Tanjung Piai.
Habis Madu Sepah Dibuang.
Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas PAS semasa mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.
Perangai dan niat jahat DAP tak pernah berubah.

FB : Najib Razak

default

KEMENANGAN PRK TANJUNG PIAI ADALAH KEMENANGAN RAKYAT - NAJIB

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tanjung Piai satu medan perjuangan yang amat sukar.
Jentera dan sumber yang ada pada Pakatan Harapan begitu dahsyat sekali.
Kira-kira RM30 juta ditabur oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri dan angka ini mungkin melambung lebih jika diambil kira dana politik mereka.

Sampaikan ada iklan politik di muka depan akhbar Sinar Harian dan New Straits Times meminta rakyat mengundi Pakatan Harapan.
Naskhah-naskhah ini diedarkan secara percuma juga.
Belum ditambah lagi kad prabayar percuma, minyak masak dan macam-macam lagi "hadiah" untuk penduduk Tanjung Piai oleh Pakatan Harapan.
Malah ada Menteri-menteri yang masih berkempen pada hari mengundi sedangkan ini tidak dibenarkan.
Sama ada kesemua ini mematuhi peraturan, undang-undang dan etika kempen, hanya SPR dan BERSIH boleh jawab.
Namun sama seperti di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, atau kes-kes lain melibatkan kesalahan Pakatan Harapan, ramai masih tertanya akan tindakan lanjutan yang akan diambil.
Tiada demonstrasi yang akan dianjurkan. Tiada sesiapa yang akan bergolek di jalan raya atau bermalam di Dataran Merdeka.
Inilah realitinya hari ini.
Ya, kempen dan jentera Barisan Nasional terikat dan berhadapan dengan ketidakadilan ini.
Namun kita sedar kita tidak akan tunduk kepada mana-mana kuasa kecuali KUASA RAKYAT.
Kita tidak putus asa.
Jentera Barisan Nasional dan calon kita Wee Jeck Seng hanya berbekalkan mikrofon, ucapan dan kemesraan bersama pengundi.
Kita bawa keikhlasan dan senyuman berjumpa dengan pengundi sahaja.
Wee Jeck Seng telah lama berada di sini dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Warga pengundi Tanjung Piai, terima kasih kerana memberikan keyakinan sekali lagi kepada Wee Jeck Seng untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua.
Ini satu undi kepercayaan
..kepada Wee Jeck Seng
..kepada MCA
..kepada Barisan Nasional
..kepada MUAFAKAT NASIONAL.
Kuasa di tangan rakyat dan ini adalah kemenangan rakyat. It is the people's victory.
Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.
Kepada rakan-rakan kita dari PAS.
Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, seluruh barisan kepimpinan PAS serta ahli-ahli PAS.
Terima kasih kerana kejayaan kita di Tanjung Piai juga adalah atas sumbangan tenaga dan sokongan saudara-saudari.
Rakyat telah menghantar mesej yang jelas kepada Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan perlu sedar.
Cukuplah berjanji manis dan bercakap kosong.
Cukuplah menyusahkan rakyat.
Cukuplah dengan pembohongan dan fitnah.
Malaysia kini dalam krisis, rakyat kini menghadapi krisis.
Muafakat Nasional hari ini menjadi pilihan rakyat.
Saya dan rakan-rakan akan menggenggam erat kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kami ini.
Saya akan berdiri bahu ke bahu bersama mu semua, memperjuangkan isu-isu rakyat.
Terima kasih Tanjung Piai.
Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!


FB : Najib Razak 

default

KEJUTAN BN MENANG BESAR TANJUNG PIAI , KEKALAHAN TERBURUK PH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ramai penyelidik , pemerhati dan think thank kerajaan PH terpaku dengan kemenangan besar Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai iaitu sebanyak 15,086 undi yang mana peratusan keluar mengundi hanya 70 % sahaja . 

Tan Sri Muhyiddin Yassin   & PH  menjangkakan 50-50 sahaja dalam battle ini disebabkan kerajaan Persekutuan &  Johor  adalah di bawah  PH yang  akan memberi kelebihan untuk menjanjikan pembangunan .  Malah hasil kajian dari Terengganu & ILHAM menyatakan BN akan menang dianggap propaganda politik . 

Apakah faktor yang menyebabkan kekalahan terburuk ini ?? 

Kalau nak kalah pun seperti majoriti 3 ribu undi  mungkin boleh diterima dan anggap pengundi luar tak pulang mengundi PRK seperti selalu disebut Mat Sabu .


INILAH   REAL GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT  YANG BERI SIGNAL SOMETHING WRONG IN PH  GONVERMENT 


1  )  ISU - ISU SENTIMEN   NASIONAL  

-  Kerajaan PH dilihat defensif, respon lembab    & Menteri  sentiasa meremehkan isu  ini hingga membuatkan Rakyat tidak puas hati & marah seperti itu tulisan Jawi , ICERD , Isu Arwah Adib , Isu harga kelapa Sawit jatuh , isu bantuan Nelayan ....ini yang membuatkan Rakyat tidak nampak perubahan dibuat kerajaan PH ... 

2 )   ISU JANJI MANIFESTO TIDAK DITUNAIKAN 

-  Pengundi muda terutamanya kini sudah sedar & tertipu   bahawa janji manifesto PH pada PRU14 seperti hapus tol ,  tak perlu bayar hutang PTPTN , gaji minimum RM1500  hingga  menyebabkan mereka berani memilih PH menang tipis di  Tanjung Piai di pilihanraya umum lepas  . 

3 )  EKONOMI RAKYAT  

 -  Tiada perubahan sejak PRU14   , rakyat melihat  harga barang semakin mahal , penganguran  meningkat , harga komiditi jatuh , bantuan kepada nelayan / pekebun kecil dipotong 

4 )  MUAFAKAT NASIONAL 

 -  Rakyat dilihat semakin boleh menerima naratif   Muafakat  Nasional termasuk Bukan Melayu di Tanjung Piai 




TAHNIAH KEPADA PENGUNDI TANJUNG PIAI ....


INILAH REFERENDUM RAKYAT KALI KE 4  KEPADA PAKATAN HARAPAN  







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.