Archive for April 2010

default

PAS Kelantan bazir RM 4 juta hanya untuk menjatuhkan BN

on Friday, April 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Wang RM 4 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk bantu
rakyat miskin di Kelantan tetapi PAS sanggup bazir duit
untuk jatuh Pak Lah .


KUALA LUMPUR 29 April - Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan bukannya dibelanjakan untuk kepentingan politik Pas kerana masih terlalu ramai rakyat Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan.

"Apakah wang RM4 juta itu merupakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan bagi membantu rakyat miskin tetapi akhirnya digunakan bagi menabur fitnah untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Pada saya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi meningkatkan bekalan air bersih di negeri ini kerana masalah keperluan asas itu sehingga kini masih gagal diselesaikan walaupun Pas sudah memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu.

"Inilah pengkhianatan Pas terhadap rakyat Kelantan yang mengharapkan kesejahteraan mereka tetapi dana yang ada digunakan pula bagi tujuan lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendedahan itu membuktikan Pas hanya mempergunakan imej Islam untuk kepentingan politik.

Katanya, kesanggupan Pas Kelantan membelanjakan wang dalam jumlah yang besar untuk tujuan memburukkan pemimpin negara jelas terkeluar daripada landasan Islam.

"Selama ini, Pas memperlihatkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang bebas daripada penyebaran fitnah tetapi dengan pendedahan ini ternyata Islam hanya pada imej.

"Mereka jelas melakukan kemungkaran dan saya yakin akan lebih banyak pendedahan mengenai kepincangan Pas akan didedahkan individu yang pernah bersama parti itu sebelum ini,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut satu siasatan rapi dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti daripada mana sumber peruntukan itu diperolehi bagi menggerakkan operasi perang saraf tersebut.

default

Nizar bangsat bakal terima hukuman , laporan polis akan dibuat hari ini

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Akhirnya ada pihak yang tampil untuk membuat laporan polis terhadap Nizar Komunis.
Umno Selangor akan membuat satu laporan polis di IPD Shah Alam hari ini pukul 11 pagi dan disusuli dengan sidang media selepas itu. Malam ini jangan lupa tonton Buletin Utama TV3 yang akan membuatkan seluruh negara tahu pengkhianat sebenar yang mahu cetuskan kekacauan dan pergaduhan dalam negara bernama Nizar bangsat !!








Ucapan nizar cukup jelas membangkitkan kemarahan pelbagai pihak termasuk ahli PAS sendiri yang terkejut bila melihat video ini .klik di sini Sehingga hari ini Nizar tidak pun menunjukkan bukti Najib pernah ungkapkan perkataan sedemikian .

Mohon sesiapa yangn mempunyai masa lapang ketika ini , segera ke IPD Shah Alam pada jam 11.00 pagi ini bagi sama-sama untuk menyelamatkan Malaysia ini dari penghasut bernama Nizar bangsat dari parti PASrael !!!

default

Sultan Selangor murka , Nik Aziz tak perlu datang Selangor lagi

on Thursday, April 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

"Siapa yg makan cili , dia terasa pedasnya " itu lah perumpamaan untuk Wali selipar apabila Sultan Selangor bertitah hari ini di sebuah majlis .

Ini satu mesej yang cukup jelas untuk puak Pakatan ,walaupun Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan, ini tidak bermakna PASrael boleh mengguasai kesemua masjid di Selangor dan membuat apa saja .

Begitu juga di Kedah, jangan ingat Pasrael senang nak tukar imam2 di semua masjid di Kedah dengan cuba mempertikai kuasa Raja selaku ketua agama Islam di negeri ini.

Dua soalan yang menimbulkan kontroversi tersebut ialah sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Dalam sejarah lebih 50 tahun kita BN memerintah , tiada langsung pemimpin BN bertindak biadap dan bangkit mempersoalkan raja-raja Melayu berbanding pemimpin pakatan diterajui PASrael, mereka telah memainkan sentimen negatif dan secara terang-terang tidak menghormati raja-raja.

ikuti titah Sultan Selangor kepada pemimpin liabiliti untuk Pakatan Rakyat ini .
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini." seterusnya

default

PAS Kedah terus angkuh tidak mahu mohon maaf

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kerajaan Pakatan Rakyat terus angkuh dan sombong dengan institusi raja dan kenyataan terbaru MB Kedah Azizan Razak berkata Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah. klik di sini

Walaupun Azizan Razak cuba membela Adun Kubang Rotan ini berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama tetapi perkara pokoknya adalah tidak wajar seorang Adun mempertikai kuasa raja di dalam Sidang Dun yang sebelum tidak pernah berlaku .

Wakil rakyat PAS ini tidak wajarnya mengemukakan soalan yang menyentuh tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan sultan sebagai Ketua Agama Islam.

Malah Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, wakil rakyat sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada pihak yang lebih pakar dan mahir dalam soal undang-undang serta kuasa institusi beraja.

Katanya, adalah tidak wajar untuk mereka mengemukakan soalan seperti itu pada sidang Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

"Eloklah soal kuasa sultan ini diletakkan di tempatnya.

"Kita sudah merdeka lebih setengah abad dan sepatutnya wakil rakyat sudah tahu dan faham tentang sejauh mana kuasa raja-raja Melayu dan apa yang wakil rakyat patut dan tidak patut buat.Soalan seperti itu hanyalah berbaur politik. Jangan soal dari segi prosedur sahaja yang pentingnya kita seharusnya menghormati apa yang sudah termaktub itu,"


Bila semua pihak termasuk NGO2 dan rakyat marah kepada puak2 biadab , mereka mudah menafikan perkara itu sepertimana wali selipar menafikan mempelekehkan titah Sultan Selangor .

PB melihat tindakan Azizan Razak yang tidak mahu mohon maaf @ menarik balik soalan itu menunjukkan kerajaan PR kini sudah besar kepala . Selepas episod di Perak dan Selangor sudah mereka tunjuk kuasa , kini nampaknya ni negeri kesultanan tertua di negara ini pulak mahu dipertikaikan kuasa raja.




Persatuan Kerabat Diraja Kedah minta MB Kedah & Adun PAS mohon maaf

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdu:l Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dituntut memohon ampun daripada Sultan Kedah berikutan soalan berkaitan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Kedah.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah berhubung soalan berkaitan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri itu.

Katanya, PKDK menganggap tindakan mempersoalkan bidang kuasa Sultan pada persidangan DUN tidak sepatutnya berlaku berikutan kedudukan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri.

“Tindakan Mohd Nasir dengan sokongan rakan-rakannya meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah. Kami menyeru rakyat Kedah memahami kedudukan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun termasuk wakil rakyat,” katanya pada sidang media di sebuah dewan di Anak Bukit, di sini, semalam.

Tengku Zainol berkata, walaupun soalan lisan bernombor 3(a) dan 3(b) ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, ia masih tidak ditarik balik sepenuhnya daripada rekod dewan.

Ditanya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Tengku Zainol berkata, pihaknya masih tidak memutuskan tindakan susulan namun tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi mempertahankan kedaulatan institusi diraja Kedah.
.

default

Nizar pengkhianat bangkit isu perkauman ketika kempen di HS

on Wednesday, April 28, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Inilah kerja Nizar bangsat semasa di PRK HS ,memang sesuai sangat beliau digelar komunis, penderhaka , biadab, boneka , dan sering kali menghasut dan membangkitkan politik benci dikalangan rakyat. Pengundi Cina tidak mengundi BN kerana termakan hasutan-hasutan seperti inilah yang dimainkan oleh DAP dan PKR dan Nizar adalah salah seorang daripada gerombolan itu .

Beliau melakukan fitnah kononnya PM DS Najib dahulunya pernah berkata "basahkan keris ini dengan darah cina".Ucapan bangsat ini ketika di Kampung Baru kalumpang,hulu selangor pada 17.4.2010.

PB minta kepada pihak NGO dan Pemuda UMNO buat report polis kepada kenyataan berbaur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam ini...

default

Adun PAS kurang ajar dan biadab pertikai kuasa Raja

on Tuesday, April 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Adun PAS yang kurang ajar dan biadap !!
Anak didik Nizar Penderhaka ...



Rakyat Kedah cukup sayang Raja mereka...

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

# Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

# Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,” katanya.

utusan



Komen PB

Nampaknya penyakit kurang ajar iaitu mempertikai kuasa Raja kini merebak kepada PAS Kedah. PB menyeru semua rakyat Kedah membuat bantahan kepada Adun PAS yang biadab ini bagi menunjukkan taat setia kita kepada Tuanku Sultan Kedah .

Cuba kita bayangkan bagaimana kalau Pakatan dapat perintah negara?. Sedangkan zaman BN perintah pun mereka berani mahu menyeret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah untuk disaman kerana tidak puas hati dengan perlantikan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak,

Hari ini Kerajaan negeri Kedah sendiri melalui Adun PAS Kubang Rotan pulak pempertikai kuasa Sultan di Sidang DUN Kedah dan juga sebelum ini di PKR HS iaitu Nik Aziz mempertikai larangan ceramah politik dalam masjid oleh Sultan Selangor.

PAS kini sudah buta sejarah bangsa sendiri dek kerana terlampau gila kuasa dan mahu tawan Putrajaya sehinggakan sanggup kurang ajar dengan Tuanku Sultan Raja-Raja Melayu.
PB tahu rakyat negeri Kedah cukup sayang kesultanan Melayu Kedah kerana hingga kini gambar Almarhum Sultan Abd Hamid masih lagi terpampang di kedai2 dan dijual .

PAS dan Pakatan Rakyat harus ditolak rakyat KEDAH !!


default

76 % keluar mengundi di PRK Hulu Selangor

on Sunday, April 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah 2,779 undi berbanding dengan pilihan raya umum lalu.

Pada 2008 sejumlah 75.24 peratus atau 46,156 orang keluar mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Proses pengiraan undi sedang berlangsung di semua peti undi sebelum dibawa ke Dewan Serbaguna KKB .


default

PAS meroyan bila timbul isu PAS For ALL

on Friday, April 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ramai tahu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan adalah antara penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam isu Apco Worldwide yang dituduh pembangkang 1Malaysia ciplak 1Israel, Mahfuz antara yang lantang menyerang kerajaan dalam dan luar Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, apabila ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Pemuda UMNO, KhaIry Jamaluddin mengaitkan PAS mirip sebuah parti politik yang menganggotai pakatan 1Israel, beliau betul-betul melenting.

Malah, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan Kuala Selangor, Zulkifli Ahmad turut bangun meminta Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu.

Menurut Abdul Rahman, 1Israel adalah pakatan ketika pilihanraya Israel pada 1999.

“1Israel terdiri daripada parti Buruh, parti Meimad dan yang terakhir Gesher yang berjuang untuk agama sama seperti PAS,” kata beliau menyebabkan ahli-ahli Parlimen terlibat dalam pertikaman lidah.

Ahli-ahli Parlimen PAS mendesak agar Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu tetapi enggan berbuat demikian kerana kedua-dua parti menggunakan agama sebagai platform mereka.

Bagaimanapun Abdul Rahman akhirnya menarik balik kenyataan itu apabila kekecohan bertambah buruk.

Isu kaitkan PAS dengan Israel tidak berakhir di situ apabila Khairy sekali lagi menyentuh slogan PAS For All sama dengan Israel For All.

Mahfuz yang ditemui pemberita di luar Dewan ketika minta ulas perkara itu, cuba mengelak dengan jawaban berbolak balik.

“Israel For All itu syarikat pelancongan, tak sama dengan PAS For All. PAS parti politik. Itu berbeza dan tidak berkaitan. Itu hujah kebudak-budakkan,” katanya.

Beliau menafikan PAS ciplak slogan dan logo Israel For All.

Malah, katanya beliau tidak tahu pasal isu itu kecuali sejak timbul isu 1Israel dan !Malaysia.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa PAS mencipta sendiri logo PAS For All.

Beliau beri alas an tidak ingat bila PAS For All duujudkan.

Senang cakap cara Mahfuz jawab beliau nak elak PAS dikaitkan dengan Israel kerana bimbang dijadikan isu memakan diri pari itu. -22/4/2010 Agenda daily

default

Bukti hubungan rapat Anwar dengan Artikek Perang Israel

on Wednesday, April 21, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Dalam artikel Ezam Mohd Noor dalam akhbar Utusan pada 18 April menyatakan beliau mempunyai bukti hubungan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Pengerusi Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang pernah bertugas sebagai arkitek perang Israel dan teman wanitanya, Shaha Ali Riza.

Tetapi PB bila terjumpa satu bukti video yang disiarkan oleh Channel 4 News dalam you tube , laporan oleh media ini jelas membongkarkan skandal rakan baik Anwar di Bank Dunia ini dengan teman wanitanya . Lebih menarik lagi , terdapat salinan surat pada tahun 2006 iaitu mengandungi permintaan Anwar agar Shaha Riza ditukarkan ke Foundation for the Future di mana penasihat PKR itu menjadi pengerusinya untuk menyelamatkan imej Wolfowitz daripada skandalnya dengan wanita itu.

Foundation For the Future ini ditubuhkan mempromosikan demokrasi di Timur Tengah . Lebih misteri lagi menurut laporan Channel 4 News ini bahawa FFF ini menerima pembiayaan 56 juta US Dollar termasuk 36 juta daripada Negara AS dan 1 juta dollar daripada kerajaan Britain .
Ternyata persoalan mengenai Yayasan tanpa No telefon ini cukup misteri dan apakan tujuan ia ditubuhkan masih lagi belum jelas .

Kesimpulannya , Anwar terima duit dan fund jutaaan ringgit daripada YAHUDI tetapi dalam masa yang sama mengutuk kerajaan bekerjasama dengan Israel ekoran hubungan dengan Apco Worldwide sebuah syarikat perunding . ...


default

P94 Hulu Selangor : Zaid pernah cakap Pas sama seperti Parti Likud di Israel dan BJP di India

on Sunday, April 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Di bawah ini adalah petikan ucapan Zaid Ibrahim ketika perbahasan mewakili UMNO Kelantan di Perhimpunan Agung UMNO 2002 . Ucapan ini disiarkan oleh semua media termasuk juga Utusan Malaysia . Lihat sendiri betapa sikap sebenar Zaid Ibrahim dahulu dan kini .

Hari ini beliau dibela oleh Hadi Awang yang menjelaskan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah. klik di sini

Mungkin segala dosa Zaid Ibrahim telah diampunkan oleh ulama2 besar PAS termasuk Pok Nik sendiri ..





KUALA LUMPUR 22 Jun – Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.

Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka.

‘‘Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.

‘‘Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini. Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.

‘Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.

‘‘Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.


‘‘Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya. Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya. Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujarnya.

sumber berita utusan ini dari blog Ore oyabun

default

Kalau hendak kaitkan pihak mana rapat dengan Israel , Anwar lah orangnya yang harus ditumpukan - Ezam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


MINGGUAN: Kenapa dalam ramai calon lain yang lebih berwibawa Anwar memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon?

EZAM: Saya sendiri pun tidak berapa faham kenapa beliau memilih Zaid. Namun saya percaya ia lebih kepada perhitungan untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Anwar memerlukan seseorang yang nampak kredibel untuk dilihat bersama dengan beliau dalam berhadapan dengan pertuduhan kes liwatnya. Zaid adalah seorang peguam dan juga bekas menteri yang pernah menjaga undang-undang. Pada pandangan masyarakat dunia beliau memerlukan orang seperti Zaid yang pernah menjadi menteri untuk menunjukkan bahawa beliau mampu menarik orang seperti Zaid untuk bersama dengannya dalam saat Anwar berdepan tuduhan kes liwat. Jadi Anwar mempersiapkan persepsi rakyat dan dunia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes ini. Ini perlu untuk menunjukkan kelangsungan masa depan politik beliau.

Ini menunjukkan sekali lagi pemilihan Zaid bukan dibuat atas keperluan parti atau keperluan rakyat tetapi kerana Zaid adalah yang terbaik untuk dilihat bersama dalam membantu Anwar dalam kesnya nanti. Apa yang menjadi kebimbangan bagi Anwar adalah kes liwat yang dihadapinya. Maka Zaid dilihat bakal membantu memulihkan imej beliau. Saya percaya itu alasan sebenar kerana tidak ada alasan yang lebih munasabah. Jika dibandingkan Zaid dengan Dr. Halili yang merupakan orang tempatan. Lainlah kalau tidak ada calon tempatan tetapi beliau mahukan Zaid menjadi calon. Andai katalah Zaid menang dalam pilihan raya ini pastinya orang yang akan mempertahankan Anwar sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen dalam soal kes liwatnya nanti adalah Zaid. Pastinya gandingan antara Zaid dan Azmin yang memang terkenal sebagai orang kuat Anwar akan menjadi lebih hebat. Sekarang ini Zaid hanya berada di luar dan keupayaannya terbatas. Soal sekarang bukan kerana hendak membantu orang Melayu di Hulu Selangor atau kaum-kaum lain tetapi lebih kepada agenda peribadinya. Saya pun pasti Anwar bukannya suka sangat pada Zaid tetapi beliau melihatnya sebagai orang yang boleh digunakan untuk mempertahankannya nanti dalam kes itu.

Masalahnya ramai orang dalam PKR dan juga Pas tidak suka dengan pemilihan Zaid kerana imejnya yang terlalu liberal. Tidakkah ini menjejaskan peluang mereka sendiri?

EZAM: Bagi Anwar soal parti sendiri atau pun dalam pakatan pembangkang adalah soal nombor dua. Yang menjadi keutamaannya adalah dirinya sendiri. Kita lihat balik dalam ketika berlaku perbalahan antara Zahrain dan Lim Guan Eng jika dilihat pada logik, Zahrain adalah bekas ketua PKR Pulau Pinang yang juga kawan rapat beliau yang sanggup berkorban segala-galanya. Tetapi Anwar tidak langsung membela Zahrain tetapi menyebelahi Guan Eng. Ini kerana dalam berhadapan dengan kes liwatnya, sekutu yang paling diperlukan adalah DAP.

Ini kerana DAP tidak kisah tentang soal moral dan sebab itu Karpal Singh yang menjadi peguam belanya. Cuba bayangkan Anwar menyebelahi Zahrain maka pasti beliau cuba membuat masalah dengan DAP yang kemudian juga melibatkan Karpal Singh sebagai peguamnya. Ini akan menjejaskan kes liwat yang dihadapinya. Maka sekali lagi pertimbangannya bukan kawan atau PKR ataupun orang Melayu kerana Zahrain perjuangkan orang Melayu tetapi yang sekutu yang mampu membelanya dalam berhadapan kes liwatnya nanti. Maka kita boleh lihat pemimpin seperti Anwar yang lebih memfokus kepada masalah peribadinya dan bukan soal rakyat, orang Melayu, dan perkara-perkara lain yang lebih penting. Yang menimbulkan masalah lebih besar ialah beliau turut mengheret rakyat bersama dalam kesnya.

Apa isu yang dijangka dimainkan oleh pembangkang dalam pilihan raya di Hulu Selangor?

EZAM: Tidak ada isu besar pun. Tapi kita harus ingat tentang kebolehan Anwar kerana seperti biasa dia akan terbalikkan isu dan selama beberapa hari ini kita lihat beliau telah melakukannya dengan membawa isu Apco, rasuah dalam UMNO dengan mengatakan mereka pro kepada ahli perniagaan Cina seperti Lim Goh Tong dan Vincent Tan. Dalam bab mengaburi memang Anwar pandai melakukannya maka BN perlu membuat penjelasan. Namun BN perlu ingat apa saja isu yang cuba dibangkitkan Anwar dalam pilihan raya ini adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu Anwar cuba mengheret rakyat dalam menyelesaikan masalah peribadinya. Namun saya percaya dengan jentera penerangan yang lebih berkesan dan semangat anggota parti dalam BN yang bersungguh-sungguh BN dapat menawan kembali Hulu Selangor.

Seharusnya penduduk di Hulu Selangor sudah mendapat mesej ini kerana pilihan raya kali ini berlaku selepas PKR dilanda badai yang teruk akibat ramai anggota Parlimen mereka keluar. Saya lihat mereka sudah semakin jelas kerana satu demi satu tembelang pakatan pembangkang terbongkar. Jika dahulu hanya saya seorang yang membongkar perihal Anwar dan PKR tapi sekarang semakin ramai yang terlibat. Ahli Parlimen sahaja sudah berapa orang yang mendedahkan masalah PKR dan Anwar, belum Wakil Rakyat dan Exco Kerajaan Negeri. Maka rakyat seharusnya lebih jelas dengan apa yang telah berlaku.

Apa yang perlu dilakukan supaya pengundi di Hulu Selangor dapat mesej ini?

EZAM: Bagi saya pilihan raya ini merupakan satu tempoh bagi para pengundi membuat pilihan yang tepat. Ini kerana setelah setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri nampak jelas arah beliau mahu membawa negara ke arah masa depan. Jika dibandingkan dengan Anwar yang hanya membawa masalah peribadinya untuk dihidangkan kepada rakyat. Ini perbezaan jelas di antara BN dan pakatan pembangkang. Ditambah dengan masalah yang semakin jelas berbanding dahulu bilamana semakin ramai Ahli Parlimen mereka keluar parti dan menjadi ahli Bebas. Mereka ini bukan calang-calang orang, Datuk Seri Zahrain merupakan kawan baik Anwar selama 30 tahun, Zulkifli Nordin menjadi peguam beliau selama tujuh tahun. Mungkin orang sudah lupa seorang peguam Anwar, Zainur Zakaria yang pernah membela beliau telah meninggalkannya.

Mereka semua adalah orang yang kredibel dan semua meninggalkan Anwar. Jadi apa yang telah berlaku menampakkan siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar adalah seorang yang gemar mengheret rakyat untuk bersama dalam dua masalah iaitu pertama masalah nafsu peribadinya dan kedua masalah cita-cita peribadinya. Beliau bukan seorang pejuang sebenar, semua yang dilakukan adalah kerana kehendak peribadi dan beliau berharap supaya rakyat dapat menyelamatkan dirinya. Jadi slogan yang dibawa oleh Anwar iaitu Selamatkan Malaysia tidak betul yang sebenarnya ialah selamatkan Anwar.

Kenapa tiba-tiba Anwar memainkan isu Apco?

EZAM: Kita tahu isu Apco ini timbul kerana dia cuba mendapatkan balik undi orang Melayu serta membetulkan balik persepsi orang Melayu terhadap dirinya. Justeru beliau menyerang kerajaan tentang hubungan antara Apco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel. Ini semata-mata untuk memainkan isu supaya orang Melayu kembali mempercayainya. Padahal kerajaan bersikap telus dalam soal ini. Maknanya tidak ada yang sulit dan ia bukan sesuatu yang bermotif jahat. Kerajaan telah melantik Apco melalui proses yang biasa seperti syarikat lain dan kaitannya dengan Israel kita masih belum jelas.

Itu yang menjadi isu sebenar apatah lagi jika orang yang terlibat itu adalah seorang pemimpin. Sebab itu saya mahu bertanya apakah Anwar pernah menghebahkan hubungannya dengan Rupert Murdoch seorang Yahudi yang menguasai agensi media Fox News yang sangat antikan Islam. Anwar berhubung dengan Murdoch sejak dari awal pemecatannya melalui Wan Azizah dan Azmin Ali. Apakah beliau pernah hebahkan kepada umum malah Anwar tidak pernah cakap perkara ini kepada partinya sendiri. Itu adalah sesuatu yang layak dipersoalkan kerana ini hubungan peribadi dan secara terus dengan Israel bukan seperti Apco yang hanya melibatkan perniagaan. Perdana Menteri tidak terlibat dalam keputusan memilih Apco dan ia dilakukan secara telus bukan seperti Anwar. Begitu juga hubungan Anwar, Wan Azizah dan Azmin dengan Georga Soros pada tahun 2002 tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat parti. Saya tidak hairan kalau selepas ini Anwar akan menafikan semua perkara ini. Selain itu kita boleh lihat bagaimana rapatnya hubungan Anwar dengan bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz.

Maksudnya Anwar cuba mengalihkan isu dengan mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dalam isu Apco?

EZAM: Itulah yang cuba dilakukannya. Jika kita lihat hubungan kerajaan dalam soal Apco dan hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz adalah satu perkara yang jauh berbeza. Wolwofitz adalah arkitek yang menjahanamkan Iraq ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan salah satu sebab AS menyerang Iraq adalah untuk menjaga kepentingan Israel. Ini adalah satu fakta yang sah. Jika kita lihat balik ada tiga sebab kenapa AS mahu menjahanamkan Iraq, pertama kerana sumber minyak yang banyak di Iraq. Kedua, sumber air yang paling banyak di Tanah Arab terletak di Iraq. Jadi Israel perlu menyerang Iraq untuk menjamin sumber air mereka dan ketiga adalah kerana pertubuhan saintis yang paling hebat dan ramai di negara Arab adalah di Iraq. Semua ini dimusnahkan dan dibunuh kerana ia menjadi ancaman kepada Israel.

Maka Wolfowitz merupakan arkitek yang merancang dan melakukan tindakan yang membuat ribuan nyawa penduduk Iraq terbunuh atas kepentingan Israel. Lebih menakutkan Anwar pula menjalin hubungan yang rapat dengan Wolfowitz dan lebih dari sekadar peribadi. Saya sendiri menjadi saksi bahawa Wolfowitz sendiri melawat Anwar ketika beliau dirawat di Munich, Jerman selepas dikeluarkan dari penjara. Siap ada gambar yang satu dunia sudah tahu, malah beliau membuat kenyataan bahawa Wolfowitz adalah kawan baiknya. Malah mereka juga mempunyai hubungan rasmi dengan menubuhkan Foundation for Future yang mana Anwar adalah pengerusinya. Yayasan ini dibentuk oleh AS dengan dana yang diusahakan oleh Wolfowitz untuk menjaga kepentingan dan hegemoni AS di Tanah Arab. Itulah matlamat penubuhan Foundation for Future.

Selepas Anwar dilantik menjadi pengerusi di yayasan tersebut beliau telah menjadi tali barut kepada Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya yang juga seorang Islam bernama Shaha Ali Riza untuk bekerja di yayasan tersebut bagi menyelamatkan Wolfowitz dari diambil tindakan kerana masalah yang timbul akibat skandalnya itu.

Malah Anwar adalah orang yang bertanggungjawab menandatangani surat tersebut yang dikeluarkan pada satu Oktober 2006. Berita itu turut dikeluarkan dalam akhbar Washington Post. Jika Anwar hendak menafikan terpulanglah tetapi akhbar itu sudah menunjukkan bukti penglibatan Anwar sebagai tali barut Wolfowitz. Jika sebuah akhbar di AS telah menunjukkan penglibatan Anwar dalam hal ini kenapa saya hendak dituduh sebagai penipu. Akhbar Washington Post bukan suratkhabar UMNO pun. Saya mahu memberi penjelasan di sini Anwar menjadi tali barut untuk Wolfowitz kerana Shaha Ali Riza adalah orang paling rapat dengan Wolfowitz memandangkan dia adalah teman wanitanya. Jelaslah di sini jika dibuat perbandingan antara isu Apco dengan Anwar yang menjadi tali barut Wolfowitz adalah jauh berbeza. Hubungan Anwar dan Wolfowitz akhirnya adalah untuk kepentingan Israel, dan ini adalah sangat jelas. Hubungan kerajaan dengan Apco bukan untuk kepentingan Israel tetapi untuk kepentingan Malaysia, tidak ada kena mengena dengan Israel hanya merupakan sebuah perjanjian perniagaan. Ini menunjukkan sebenarnya tidak ada isu pun tentang Apco ini tetapi hanya diperbesarkan oleh Anwar untuk kepentingannya semata-mata dan juga memburukkan kerajaan.

Ini sebenarnya isu yang perlu diberi perhatian dimana betapa hebatnya orang Melayu berjaya membuat hubungan dengan orang Yahudi. Itulah kebolehan beliau yang cuba memusing fakta seolah-olah kerajaan pula yang salah kerana ada kaitan dengan Israel melalui Apco. Padahal Anwar yang mempunyai seorang sahabat baik dengan seorang Yahudi sehingga sanggup menjadi tali barutnya. Malah orang Yahudi ini pula menduduki jawatan tertinggi dalam kerajaan AS yang bertanggungjawab menjadi arkitek kepada kemusnahan dan kehancuran sebuah negara Islam Iraq hanya untuk memenuhi kepentingan Israel.


sumber : mingguan malaysia 18/4/2010

default

MyProcument : Kritikan Tony Pua makan diri balik ..

on Friday, April 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 15 April - Seorang penyokong kerajaan membidas tindakan pembangkang yang mengkritik kandungan portal Pusat Maklumat Perolehan Kerajaan (MyProcurement) sedangkan negeri yang diperintah pakatan pembangkang tidak pun menyalurkan maklumat mengenai perolehan negeri kepada rakyat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, portal perolehan yang dibangunkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor ternyata tidak telus manakala Kelantan dan Kedah langsung tidak mempunyai portal berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang sewenang-wenangnya menuduh MyProcurement useless atau tidak berguna ekoran sistem itu tidak menyatakan maklumat seperti kuantiti, spesifikasi dan tarikh dalam sesuatu kontrak.

''Petaling Jaya Utara kata MyProcurement tidak disediakan maklumat seperti tarikh, spesifikasi, dan nombor tender. Saya lihat Pulau Pinang juga tidak ada maklumat seperti ini. Jadi itu pun useless juga.

''Portal perolehan Selangor langsung juga tidak ada maklumat seperti itu, useless juga. Hampir-hampir bloody useless sebab Selangor lebih secretive (berahsia) dari Pulau Pinang. Berbeza dengan MyProcurement, sesiapa saja boleh tengok siapa yang dapat tender," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 di Dewan Rakyat di sini.

Khairy berkata, di Selangor hanya mereka yang berdaftar sahaja yang boleh melayari portal berkenaan.

''Jelaslah kerajaan pakatan pembangkang tidak telus dalam menyatakan perolehan negeri masing-masing kerana tidak semua kumpulan rakyat yang boleh melihat nilai perolehan di negeri-negeri terbabit," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin ketika menggulung rang undang-undang tersebut di peringkat jawatankuasa berkata, pihak kerajaan sentiasa memperbaiki MyProcurement supaya ia boleh dijadikan rujukan oleh rakyat.

''Oleh kerana sistem ini baru diperkenalkan sudah tentu ada kesilapan terlebih kosong dan sebagainya. Kerajaan keseluruhannya akan lebih teliti supaya ia tidak berlaku lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu sidang dewan bahawa kementerian telah membuat semakan mengenai dakwaan yang menyatakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempunyai saham di syarikat judi dan hasilnya ia tidak benar.

default

Ezam terus bongkar rahsia Anwar dan PKR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


TEMERLOH 15 April - Kandungan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu, kini terus menjadi misteri.

Kewujudan kotak-kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu, didedahkan sendiri bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor.

Ezam membuat pendedahan mengenai kotak-kotak yang disimpan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 11 Ogos 1998, iaitu ketika berceramah di hadapan ribuan penyokong Anwar di hadapan deretan rumah kedai di Kampung Gajah, Perak.

Apabila ucapan Ezam itu dilaporkan di muka hadapan Utusan Malaysia keesokannya, ia mencetuskan kemarahan rakyat di samping tokoh-tokoh agama dan pakar undang-undang yang mengutuk Anwar dan menyifatkannya pengkhianat negara kerana melarikan dokumen rasmi kerajaan.

Hari ini, iaitu selepas kira-kira 12 tahun kemudian, Ezam mendedahkan, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah pun melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia yang dimiliki Anwar itu.

Apa yang berlaku, jelas Ezam, beliau hanya menurut arahan Anwar supaya 'menjaja' isu enam kotak itu yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan BN.

Kata Ezam, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Beban sebenar untuk mendedahkan kandungan rasuah dalam enam kotak tersebut terletak di bahu Anwar sendiri. Saya sebenarnya tidak tahu isu kandungan yang terdapat dalam kotak-kotak tersebut.

"Anwar sendiri yang tunjuk enam kotak itu kepada saya. Dia kata, 'Ezam, itu enam kotak yang mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan kerajaan, I nak you hebahkan kepada rakyat di seluruh negara'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pidato umum bertajuk 'Membongkar Rahsia PKR' di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini malam tadi.

Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Anwar hairan kerana sehingga kini bekas bosnya itu tidak mendedahkan kandungan kotak-kotak tersebut.

default

Tian Chua cuba bohong Obama pernah lawat Indonesia tetapi kantoi !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR 14 April - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi bahan jenaka di Dewan Rakyat hari ini apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Barack Obama pernah melawat Indonesia sebanyak dua kali selepas terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Tian Chua mengeluarkan kenyataan itu ketika memohon penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung tindakan kerajaan melantik syarikat Apco Worldwide (Apco) sebagai pelobi pihak kerajaan untuk meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan AS.

"Presiden Obama melawat Indonesia dua kali dan kerap berhubungan dengan China dan Jepun tanpa memerlukan Apco," kata Tian Chua yang mencelah ketika Mohamed Nazri menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2010) 2010.

Sejurus Tian Chua mengeluarkan kenyataan tersebut, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit dan meminta Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjelaskan fakta bilakah Obama melawat Indonesia sebanyak dua kali.

"Peraturan Tuan Speaker. Batu mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Saya minta Batu beri penjelasan bila Obama melawat Indonesia sejak menjadi Presiden?," soalnya.

Suasana di Parlimen kemudian riuh dengan hilai ketawa ahli Parlimen apabila Tian Chua menukar kenyataannya mengenai lawatan Obama itu kepada mempunyai hubungan dengan Indonesia.



Komen PB

Ini lah kepala putar belit PKR yang cuba bohong dan spin kononnya Obama pernah lawat ke Indonesia ..tetapi nampaknya tidak menjadi malah menjadi bahan lawak di Parlimen semalam .

Jadi , kalau setakat fakta2 bohong seperti ini PKR cuba putar belit dan spin dalam Parlimen , inikan pulak di dalam ceramah-ceramah mereka . Ceramah hanya menggunakan kaedah komunikasi sehala sahaja iaitu seorang sahaja yang bercakap dan orang di bawah hanya mendengar sahaja.

Ia berlainan di Parlimen kerana bila seorang itu bercakap/berbahas , maka orang lain yang mendengar itu boleh mencelah untuk menyoal balik pihak yang bercakap itu . PB cadangkan kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor agarkan jangan mudah sangat percaya cakap2 pemimpin Pakatan ini semua kerana benda tak jadi pun depa boleh buat jadi . Contoh macam ini lah Obama tak pi Indonesia lagipun sudah cakap sudah pergi 2 kali ..hahahaha

default

Anwar kantoi !! Tiada pun perisik Israel dalam PDRM

on Wednesday, April 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

" Saya dengan Yahudi kawan saja , bukan macam UMNO lantik APCO
jadi perunding malah saya ada maklumat ada perisik Israel dalam PDRM


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan dua anggota perisik Israel dalam projek "Police Reporting System" (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata siasatan dalaman yang dilakukan PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

"Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon dan sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam fasa keempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 pada peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan.

Anwar, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Selasa lepas, mendakwa beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Abu Seman berkata fasa pertama dan kedua projek itu dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) dan fasa ketiga pula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS, di mana saham syarikat itu 70 peratus daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.

"Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga tempatan dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd," katanya.

Bagaimanapun selepas Ogos 2007, Abu Seman berkata 100 peratus saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.

Beliau berkata saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong sebanyak 49 peratus, manakala bakinya dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

"Kebimbangan kehadiran perisik Israel ini mula timbul bila ada peralihan saham itu, tetapi projek fasa tiga telah disiapkan pada Oktober 2006 iaitu sebelum penstrukturan semula pada Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.

"Melalui siasatan dalaman PDRM juga, MPC telah memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd pada 31 Dis 2008," katanya.

Beliau berkata dakwaan Anwar bahawa projek RMPnet iaitu projek sistem komunikasi radio dua hala yang dibangunkan oleh Motorola Technology Sdn Bhd (MTSB) dengan kerjasama MPC ada kaitan dengan Apco Worldwide, juga tidak benar.

"RMPnet adalah projek menaik taraf sistem komunikasi analog konvensional PDRM kepada sistem komunikasi taktikal digital yang dapat menjamin keselamatan maklumat dan peningkatan keberkesanan PDRM.

"MTSB melaksanakannya berdasarkan piawaian Apco P25 yang dibangunkan oleh 'Association of Public Safety Communications Officials' yang dikenali dengan nama ringkas Apco International.

"Apco International tiada kaitan langsung dengan Apco Worldwide yang merupakan syarikat perunding perhubungan awam manakala RMPnet dan PRS merupakan dua projek berasingan dan tiada kaitan sama sekali," katanya.

Abu Seman juga menafikan dakwaan kos projek RMPnet meningkat kepada RM999 juta kerana kos projek berkenaan kekal pada kos asal iaitu sebanyak RM980 juta.

Persidangan dewan juga kemudiannya telah meluluskan kesemua rang undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa yang mula dibahaskan sejak minggu lepas.

default

200 ahli PKR keluar parti !! Adun Kulim cakap tak serupa bikin ..

on Tuesday, April 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hampir 200 anggota PKR cawangan Taman Tunku Putra Kulim keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru BN iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu. Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

ADUN PR kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai BN kepada Pengerusi Barisan Nasional Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra hari ini.




"Cakap tak serupa bikin " .. itu lah ungkapan terbaik untuk Adun Kulim Lim Soo Nee yang selalu mengkritik pemimpin lain tidak turun padang tetapi kawasannya sendiri pun tak dijaga. Dulu beliau lah antara geng PKR yang menambah cerita untuk melakukan " Character murder " terhadap YB Bebas Zulkifli Nordin dengan menunjukan bukti SMS yang disimpan selama 2 tahun . Malah Lim Soo Nee juga lah yang orang PKR yang kuat dan lantang mengkritik YB Zulkifli tidak pernah turun padang ke kawasannya selepas keluarnya beliau dari PKR ke BEBAS.


Hari ini dalam sinar harian pun , beliau juga turut mengkritik Adun BN Kuala Nerang kononnya main politik kerana berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi meminta kenaikan gaji kepada majikan mereka iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Kedah Sdn Bhd berikut harga getah kini mencecah RM 4.70 sekilogram .


Artikel di atas ini mendedahkan cerita sebenar siapa Lim Soo Nee dan pendedahan didedahkan sendiri oleh ahli PKR seramai 200 di Tmn Tuanku Putra yang telah keluar parti beramai-ramai. Alasan utama mereka keluar adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR dan Adun PKR Kulim yang tidak pernah turun padang ke kawasan mereka selepas 2 tahun menang.


Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, Lim Soo Nee yang suka sangat mengkritik orang lain akhirnya dimalukan sendiri oleh ahli-ahli PKR sendiri . Baru saja dilantik menjadi Exco Negeri tetapi rupanya

pemalas turun padang ....




default

MEB miliki roh Dasar Ekonomi Baru

on Monday, April 12, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 11 April - Kebimbangan dan rasa cemas kaum Melayu dan bumiputera terhadap Model Ekonomi Baru (MEB) sebenarnya tidak berasas kerana ia masih memiliki 'roh' Dasar Ekonomi Baru.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin (gambar) berkata, MEB masih lagi meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat di Malaysia, cuma cara pelaksanaannya sahaja yang baharu.

Katanya, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) sedar kaum Melayu dan bumiputera cemas dan skeptikal tentang MEB kerana model ekonomi itu tidak menyatakan kuota 30 peratus dalam pemilikan ekonomi, sebaliknya memperkenalkan meritokrasi dan ketelusan.

Jelas beliau, kebimbangan itu lahir kerana kaum Melayu berasa masih tidak selamat dalam ekonomi kerana sasaran ekuiti 30 peratus masih belum tercapai walaupun sudah 40 tahun.

Dr. Mahani berkata, kebanyakan orang Melayu dan bumiputera sangat bimbang dengan tindakan memperkukuhkan (affirmative action) yang diperkenalkan dalam MEB kerana ia berdasarkan merit.

"Pada pandangan mereka, merit berdasarkan persaingan antara kaum Melayu dan bukan Melayu sedangkan di kalangan kaum Melayu itu sendiri perlu bersaing di atas tiket merit untuk mewujudkan kaum Melayu yang lebih baik,'' tambah beliau.

''Rasa cemas itu timbul kerana mereka belum memahami pengisian dan maksud yang terkandung dalam MEB. Mereka anggap MEB sebagai ekonomi terbuka dan sama rata.

''Mereka lupa, rangka MEB ini sebenarnya masih berlandaskan kepada Artikel 153 Perlembagaan

''Saya sendiri secara peribadi melihat rangka MEB ini sebagai dokumen politikal ekonomi dan pelaksanaannya perlu ada penerimaan politikal ekonomi,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Dr. Mahani menambah, MPEN merangka MEB dengan tujuan untuk melakukan transformasi dalam ekonomi termasuk mewujudkan pertumbuhan yang tinggi, mampan dan terangkum.

Ini bermakna, pertumbuhan ekonomi bukan sekadar melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Tegas beliau, draf MEB dirangka dengan pendekatan baru yang lebih luas untuk memartabatkan kaum Melayu dan bumiputera yang masih berpendapatan rendah.

''Kita tidak menafikan DEB telah mencapai banyak kejayaan khususnya di bidang pendidikan. DEB berjaya melahirkan kelas profesional Melayu, kelas Melayu pertengahan dan usahawan.

''Tetapi kalau kita lihat daripada aspek keadaan ekonomi Melayu, masih ramai kaum ini bergaji kecil meskipun kerajaan berjaya membasmi kemiskinan mutlak, tetapi masih wujud kemiskinan relatif.

''Masih ada orang Melayu yang kais pagi makan pagi, masih ramai yang makan gaji kurang RM1,500 sebulan. Golongan inilah yang patut kita bantu, tingkatkan taraf mereka supaya boleh beralih kepada golongan pertengahan,'' katanya.

Menurutnya, draf MEB memberi fokus untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli di kalangan 40 peratus masyarakat Malaysia yang masih miskin, majoritinya kaum Melayu dan bumiputera.

''Jadi, sudah sampai masanya kita melihat penstrukturan, bukan lagi kuota ekuiti, kontrak kerajaan tetapi pegangan dari segi hartanah, jawatan pengurusan, pembabitan dalam sektor swasta dan harta intelek,'' tambah beliau.

Menjelaskan perkara itu, Dr. Mahani berkata, dalam DEB, kerajaan memberi penumpuan kepada pegangan ekuiti kepada golongan usahawan dengan harapan limpahan akan diagihkan kepada kaum Melayu yang lain.

Bagaimanapun, katanya, sedar atau tidak, kesan gandaan yang diharapkan selama 40 tahun itu tidak meluas dan kurang berjaya.

''Sebab itu dalam MEB kita mahu meningkatkan pendapatan bumiputera dalam skop lebih luas, tidak hanya melalui perniagaan tetapi perlu menumpukan kepada golongan makan gaji yang majoritinya golongan Melayu dan bumiputera,'' tambah beliau.

Ditanya mengapa penerimaan MEB yang dingin di kalangan kaum Melayu dan bumiputera, Dr. Mahani berkata: ''Ini kerana, minda mereka telah terarah kepada pemilikan ekuiti, kontrak kerajaan dan bantuan kewangan''.

''Melalui MEB, kita mahu mengubah konsep untuk meningkatkan kehidupan kaum Melayu dan bumiputera melalui cara yang lebih baik selain amalan sebelum ini,'' kata beliau.

Menurut beliau, orang Melayu dan bumiputera perlu sedar, kaum itu kini sudah mempunyai pelbagai kategori.

''Ada kaum Melayu dan bumiputera yang kaya, profesional, dalam kelas menengah, usahawan berjaya dan ada yang masih terkial-kial, yang pendapatan rendah dan miskin.

''Golongan Melayu yang global pula mahukan dasar baru kerana mereka sudah tidak memerlukan tongkat, yang bawah pula perlukan pertolongan bentuk lain.

''Profil orang Melayu sudah jauh berubah berbanding pada zaman 1970an. Tetapi sayangnya perkara itu tidak fahami oleh orang Melayu sendiri,'' jelas Dr. Mahani.

Tambahnya lagi, Malaysia tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama seperti 40 tahun lalu dan perlu mencari jalan keluar yang lebih berkesan.

''Kalau 40 tahun tidak berjaya, sekiranya kita meneruskannya juga, sudah pasti kejayaan memang sukar dicapai. Sebab itu kita perlu mencari cara baharu,'' ujarnya.

Berikutan itu, katanya, MPEN menggunakan pendekatan pendidikan yang dilaksanakan dalam DEB dengan memberi fokus lebih luas kerana ia telah terbukti berjaya.

Mengulas mengenai hasil kejayaan MEB, Dr. Mahani berkata, ia bukan boleh dilihat dalam jangka pendek kerana kek ekonomi Malaysia semakin membesar dan rakyat perlu meningkatkan usaha dan keupayaan untuk merealisasikannya.

default

Nik Aziz dan perjanjian syaitan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







Di petik dari blog KICKDEFELLA

SILA KLIK DI SINI


“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.


Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

Tok Guru Haji Lah Geting


‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.

Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.
Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. “Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,

“Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP. “Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI. Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan kemusnahan PAS).

Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.
Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.
Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.

Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,

“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.

Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…

Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,

“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,

“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.

Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam…
Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.

Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku Shit, Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’ adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.

Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia.

Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,

Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. “Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

default

Cerita orang UMNO tak ikut cara Islam dan PAS 2 X 5

on Sunday, April 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


oleh spy leman

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Spy sewaktu spy dan beberapa orang sahabat sedang asyik pekena nasik ayam di traffic light Sg Choh,

"Orang UMNO ni bolehkah diterima dan dikategorikan sebagai seorang Islam?".

Terkejut jugak Spy..., apa motif dia ni sebenarnya bila tanya macam tu?

Spy tanya dia balik, "Orang UMNO ni, di mana yang syeikh nampak tak Islam?" Selamba saja dia jawab, "kerana orang UMNO tak ikut apa yang Islam suruh!"

Aduhhh. Hilang selera makan spy macam ni. Kenapa lah mamat ni time makan pun nak bercakap soal politik jugak? Dah tu..., soalan bertaraf gampang pulak tu yang ditanyanya.

Nasib baiklah muka dia ala-ala Po'e yang menjadi artis pujaan spy dulu, kalau tak maunya spy sumbat je dengan tulang ayam mulut longkang dia tu.

Spy kata kat hamba Allah ni, "didalam negara ni, siapa yang ikut macam Islam suruh? Contoh yang paling kecil ialah, Islam telah menetapkan hukuman bagi pencuri ialah potong tangan.

Mengapa kerajaan negeri Kelantan yang mengaku Islam itupun masih tak berani nak laksanakan hukuman Islam walau ulama-ulama Pas disitu mengaku mereka merupakan pengamal Islam yang terbaik?".

Nak tau apa yang syeikh ni jawab? Dia kata, "Kerajaan negeri Kelantan tak buat hukuman potong tangan pasal Kerajaan Pusat tak bagi".

MasyaAllah !! Spy terus kata kat dia, "syeikhhhh..., apa kata lepas ni semua orang Pas tambah lagi satu didalam rukun iman iaitu PERCAYA KEPADA KERAJAAN PUSAT ! Ulama-ulama Pas ni takut kepada Allah ataupun takut kepada Kerajaan pusat?"

Sepatutnya, Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan hukuman "hudud" yang sebelum ini mereka war-warkan semasa Pilihanraya.

Potong saja tangan orang yang mencuri di Kelantan dan sebat atau rejam sahaja mereka yang berzina di negeri tersebut jika ulama-ulama Pas yang mentadbir Kelantan benar-benar ikut apa yang Islam suruh.

Buat apa nak takut kat Kerajaan Pusat. Siapa lagi besar, Suruhan tuhan atau Kerajaan Pusat? Kerajaan Pusat bukannya boleh tentukan sama ada kita ke syurga ataupun neraka.

Pas di Kelantan sepatutnya tunjukkan kepada negeri-negeri lain bahawa mereka telah berjaya melaksanakan pemerintahan mengikut apa yang Islam suruh. Barulah mereka boleh mengaku bahawa mereka itu lebih Islam dari yang lain.

Kat sini saja sudah nampak bahawa semua manifesto Islam didalam Pas hanya janji-janji politik semata-mata. Semua nya bukan kerana ugama pun. Kalau betul-betul kerana ugama, lama dah dilaksanakan undang-undang Islam di negeri-negeri yang dikuasai Pas."

Hari ni, pusat hiburan di Kelantan tak ada pun yang ditutup. Kedai nombor dan kedai jual arak tetap dibuka macam biasa. Untuk bukan Islam kononnya. Jadi apa bezanya Kerajaan UMNO dan juga kerajaan negeri Pas?

Bahagian rasuah pun sama jugak. Tuan Guru Nik Aziz pi buat Haji langsung tak guna duit poket dia sendiri. Dia sendiri mengaku ditaja oleh tokey-tokey di Kelantan. Tokey balak atau tokey lain, tak tahulah spy tapi rasuah tetap rasuah jugak.

Cuma nak bagi sedap dengar, Tuan Guru ubah sikit panggilan rasuah tu menjadi "TAJAAN". Jadi semuanya sama sajaaa..., tak payahlah nak kata orang lain bukan Islam tulen hanya kerana kita berbeza melalui serban dan janggut.

Kalau dikata orang UMNO suka judi..., orang Pas pun sama sajaa.

Kalau kata orang UMNO suka rasuah..., orang Pas pun 2 kali 5 jugak laa.

Kalau nak kata orang UMNO ada kroni..., orang Pas pun apa kurangnya. Habis dengan anak menantu sekali melingkup sama.

Dulu di Selangor kata Kerajaan UMNO bela kilang arak sampai ada cubaan nak BOM kilang tu. Tapi kenapa sekarang bila Pas dan Pakatan perintah Selangor, tak pula nak tutup kilang arak?

Sebab apa tak tutup? Sebab mahsyukkkk. Rugi baii kalau tak sambung lesen.

Bila Kerajaan UMNO perintah negeri, tuduh UMNO rasuah, judi, maksiat dan macam-macam. Tapi bila Pas perintah, sama sajaaaa baiii.

Di Kelantan, apa yang Pas buat? Di Kedah, di Selangor, di Penang....., lebih kurang laa dengan UMNO.

Bezanya UMNO dengan Pas ialah...., UMNO tak HIPOKRIT..., sedangkan Pas berpura-pura baik dan berimej Islam walhal kebanyakannya perangai lebih kurang sama saja.

Wahhh..., melompat dia sampai terkeluar loghat nogori. Mentang-mentanglah Nogori menang bola semalam. "Ekau ni geng UMNO ko apo? Nampok rupo eh macam Pas yo tapi marah bona ekau kek Pas ni apo hal jang?"

Sikit je spy jawab kat mamat ni...,"Den ni geng Pas Reform".

Terkedu hamba Allah ni. Confirm lepas ni dia akan benci dengar nama Pas Reform sebab kebanyakan penyokong taksub Pas adalah dari jenis yang tak boleh terima kenyataan.

default

P94 Hulu Selangor : Pengundi Hulu Selangor bakal terima durian runtuh

on Saturday, April 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Maklumat terbaru perkembangan semasa di Hulu Selangor ini diperolehi dari blogger Spy Leman hasil risikan dan tinjauan beliau ke sana . Terdapat 2 isu menarik perhatian PB dalam artikel terbarunya ini iaitu pergaduhan perebutan calon PKR dalam kem PKR dan juga pemberian wang ehsan warga emas sebanyak RM 1000 di kawasan Felda.

Syabas spy leman di atas maklumat terbaru dari Hulu Selangor ini ..

oleh spy leman


" Semalam apabila spy jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan Kuala Kubu Baru dan juga Bukit Sentosa, spy dikejutkan pula dengan perkhabaran ada dua pergaduhan yang membabitkan Angkatan Muda Keadilan.

Hasil siasatan spy, punca pergaduhan ini juga kerana perebutan calon. Satu pihak mengatakan Ketua AMK Pusat, si Shamsul Iskandar yang layak bertanding di situ. Satu lagi pula mengatakan Ketua AMK Negeri merupakan orang yang paling layak.

Ada pulak lagi satu puak AMK disitu yang menyokong Zaid Ibrahim. Puak-puak ni percaya bahawa Zaid mempunyai tokoh kepimpinan yang lebih hebat dari MB Selangor sekarang iaitu si Khalid Ibrahim.

Spy ingatkan, di kem BN saja yang sibuk berebut calon. Rupa-rupanya didalam kem PKR sendiri lagi meroyan sampaikan bertumbuk macam budak-budak sekolah baru habis PMR. Jadi kes polis pulak tu. Haru sungguh !

Semalam juga spy telah mendapat tahu yang Anwar Ibrahim telah memperuntukkan 21 juta ringgit bagi "menawan" hati penduduk-penduduk Hulu Selangor. Hasil risikan spy, projek pertama mereka yang telah mula berjalan ialah pemberian "wang ehsan" sebanyak RM 1000 untuk setiap warga emas di kawasan Felda.

Kayalah pakcik dan makcik kita yang berada di Hulu Selangor ni nanti. Bukan setakat wang ehsan, hamper milo pun dapat jugak khabarnya.
Ini bakal diikuti dengan pemberian upah sebanyak RM 300 sehari untuk setiap orang yang menjadi jentera pasang poster dan juga juga tukang sebar risalah Pakatan Rakyat.

Budak-budak bermotor juga akan dibayar sebanyak RM 150 semalam tiap-tiap seorang. (Faham-faham sendirilah apa kerja yang patut dibuat oleh budak-budak motor ni.)

Spy dimaklumkan juga bahawa kepimpinan negeri diseluruh negara diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 500 petugas dari setiap negeri yang akan dibiayai sepenuhnya makan, tempat penginapan dan juga belanja harian tak termasuk elaun.

Wahh..., kalau satu negeri 500 petugas, kali dengan 14 negeri dan ada lebih kurang 7000 petugas PR di Hulu Selangor nanti. Dan kalau sorang ditanggung perbelanjaan minimum sebanyak RM 1000 selama 9 hari berkempen..., lu pikir sendiri lah baiii...... "

default

Aduka Taruna Blogger PAS kurang ajar menghina Islam !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




aduka taruna PAS semakin melampau dan biadap !

Syabas bro GAP di atas pendedahan kebiadapan penyokong tegar PAS ini .

Artikel terbarunya didapati telah menghina Islam dengan mengubah maksud ayat bismillah daripada maksud asal iaitu " Dengan nama Allah yang maha pemurah " kepada " dengan nama Allah yang maha Ego " klik di sini ke blog blogger laknat ini


PB mohon kepada semua pihak seperti NGO Melayu dan Islam , Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap blogger kurang ajar yang menghina Islam ini . Sumbat saja Aduka taruna ini dalam ISA !!





default

Anwar Ibrahim banyak perancangan gila ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 9 April – Datuk S. Nallakarupan menyifatkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan banyak perkara yang boleh dianggap ‘gila’ dengan salah satunya ialah rancangan 16 September.

Beliau berkata, rancangan tersebut yang turut menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh tampil dengan idea ‘gila’ dan tidak pernah dibuat orang semata-mata bagi mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

‘‘Sebab itu saya memang setuju idea menuntut kemerdekaan Sarawak memang sesuatu yang tidak masuk akal tetapi rancangan itu bukannya idea saya.

‘‘Saya hanya maklumkan kepada rakyat apa yang dirancang. Anwar melakukan banyak perkara ‘gila’ sebelum ini termasuk 16 September dengan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong di mana tidak ada sesiapapun di negara ini yang pernah buat seperti itu kecuali Anwar,’’ katanya di sini hari ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini menggelar Nallakarupan sebagai ‘gila’ ketika mengulas pendedahan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu mengenai rancangan Anwar jika pakatan pembangkang menguasai DUN Sarawak.

Sementara itu, Nallakarupan mengingatkan Azmin dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution supaya lebih cermat dalam pemilihan ayat ketika mempertahankan Anwar supaya tidak dilihat kurang bijak.

Menurut beliau, tindakan Azmin cukup menghairankan apabila boleh menggelarnya sebagai ‘gila’ demi mempertahankan Anwar sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu sepatutnya lebih tahu siapa yang gila sebenarnya.

‘‘Saya lebih terkejut dengan sikap pura-pura Azmin dengan terus mempertahankan Anwar. Azmin tahu secara mendalam siapakah Anwar. Beliau sekutu Anwar sejak lama dan lebih tahu siapa yang ‘gila’, saya atau Anwar.

‘‘Azmin juga tahu yang saya amat maklum siapa Anwar. Masihkah Azmin mahu menggelar saya begitu? Saya nak tanya Azmin apakah dia faham maksud dayus,’’ ujarnya.

Nallakarupan juga mengingatkan kedua-dua pemimpin PKR itu supaya tidak membuatkannya menjadi ‘gila’ dengan menyenaraikan satu persatu perkara yang menjadi kegilaan bekas rakan tenis beliau itu.

‘‘Kepada Saifuddin, saya nak ingatkan yang saya pernah mengenali Anwar selama 30 tahun. Saya cukup arif apa yang saya cakap (rancangan Anwar di Sarawak) ini.

‘‘Tiada siapa boleh nafikan yang matlamat utama Anwar adalah mahu jadi Perdana Menteri,’’ jelasnya.

default

Isu APCO & Perisik Israel untuk alih perhatian kes liwat

on Friday, April 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Nampaknya isu APCO masih lagi terus dicanang oleh Anwar Ibrahim dalam proses menyelamatkan karier politiknya. Penulis tidak hairan dengan tindakan Anwar ini, kerana inilah skill permainannya sejak dari dahulu lagi.

Gagal menjawab pertuduhan, mencari pertuduhan lain dan menembak kembali musuhnya dengan isu yang baru sehinggakan rakyat terlupa dengan isu utama.

Bagi penulis, hanya orang yang bijak sahaja mampu menilai permainan politik Yahudi Anwar Ibrahim, manakala yang bodoh akan terus tertipu dengan taktik biasa Anwar ini.

Walaupun Anwar kini berhadapan dengan pelbagai pertuduhan, antaranya kes liwat beliau dan Saiful Bukhari, Anwar masih mampu tersenyum kerana sehingga hari ini, perbicaraan tersebut masih terus tertangguh.

Dengan menggunakan kepakaran undang-udang dari barisan Peguam India yang tak tahu hukum ISLAM, beliau dengan bangganya terus ke sana dan kemari mencipta pelbagai kisah-kisah baru bagi melarikan tumpuan masyarakat terhadap kes beliau.

Isu hubungan Anwar dan Paul Wolfowitz, seorang pakar strategi perang Amerika Syarikat berbangsa Yahudi masih terus beliau diamkan walaupun sudah berkali-kali dipaksa memberikan penjelasan hubungannya dengan pempimpin Yahudi tersebut.

Selain itu sehingga kini Anwar tidak menjelaskan apa kaitannya dengan Foundation Of Future, sebuah yayasan yang ditubuhkan dan mendapat dana dari CIA Amerika Syarikat, yang mana di Yayasan tersebut Anwar menjadi Presiden.

Anwar juga gagal untuk memberikan jawapan jenis VISA apakah yang beliau gunakan sehingga boleh tinggal terlalu lama di Amerika Syarikat. Anwar juga gagal menjelaskan apakah kepentingan Paul Wolfowitz kepada dirinya sehinggakan Paul Wolfowitz sanggup terbang ke Jerman dari Amerika Syarikat semata-mata mahu bertanyakan mengenai isu ISLAM.

Kecilikkan Anwar dalam melarikan diri dari menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan oleh para wartawan dan barisan ahli parlimen sudah cukup membuktikan siapa Anwar yang sebenar. Jika beliau seorang anak jantan, adalah seharusnya dia menjawab segala persoalan tersebut sebelum mempersoalkan orang lain.

Namun disini menarik mengenai strategi Anwar ialah, beliau tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh bekas 'Teman Seperjuangannya' tetapi membalas serangan keatas kerajaan yang diperintah oleh BARISAN NASIONAL.

Dengan menggunakan dana yang tidak diketahui dari mana datangnya, Anwar mengupah para-para pemfitnah proffesional untuk melakukan fitnah di laman-laman maya. Para bloggers dilantik dan diberikan upah dengan mencari dan menabur fitnah mengenai pemerintah.

Tak cukup dengan itu rakyat Monggolia turut dipanggil dan dibayar untuk dijadikan modal memfitnah PERDANA MENTERI dan ISTERI. Ditambah lagi sogokkan yang diberikan kepada P.BALA agar membuat pengakuan bersumpah mengenai isu pembunuhan Altantuya. Ini belum dimasukkan dengan isu 16 September.

Dan apabila temberang Anwar dipecahkan oleh bekas peguamnya sendiri, Anwar mula menggelabah mencari isu baru. Maka terjumpalah isu APCO. Keburukan APCO dicanang semahu-mahunya sehinggakan rakyat terlupa dengan kes liwat dan permainan penipu dan putar alamnya.

Inilah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM AL-KHAWARIJ. Menuduh pemerintah bersengkongkol dengan ISRAEL sedangkan dalam masa sama beliau sendiri menjilat bontot-bontot aristokrat Yahudi di Amerika Syarikat.

Semoga ALLAH MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA KITA DALAM MENCARI SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH.

sumber : mykmu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.