Parti paling rasis dalam dunia DAP alergi perkataan " Melayu "

on Monday, April 5, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KUALA LUMPUR 4 April – Tindak tanduk pembangkang terutamanya DAP yang sering mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib bumiputera membayangkan seolah-olah parti itu alergi atau alah dengan perkataan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sedangkan setiap penerima bantuan kerajaan tidak harus dilihat pada warna kulit kerana semua rakyat yang memerlukan akan dibantu.

“DAP kata kita rasis bila menolong kaum Melayu. Namun, kerajaan menghulurkan bantuan kepada semua rakyat yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman mereka.

“Perlu difahami, lebih separuh penduduk Malaysia ialah golongan bumiputera dan ramai pula yang memerlukan bantuan dan pembelaan ialah orang Melayu.

‘‘Maka sebab itu lebih ramai kaum Melayu yang menerima bantuan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Ali menegaskan tidak perlu untuk mana-mana pihak mengungkit mengenai bangsa atau warna kulit rakyat yang menerima bantuan kerajaan.

“Jangan ada rasa dengki terhadap golongan miskin yang mendapat bantuan semata-mata kerana bangsanya berbeza dengan kita.


Komen PB

Kalau DAP alergi kepada Melayu , tak perlu lagi tinggal di Malaysia ini. Ini kerana DAP terpaksa juga berhadapan dengan orang Melayu yang majoriti di negara ini.

Tetapi DAP boleh bersekongkol dgn Melayu dalam PAS dan PKR untuk mempergunakan mereka ini sahaja bagi membantu DAP menguasai negara ini . Puak2 ni la yang bodoh dan bangang sekali kerana rela menjadi kuda tungangan parti yang jelas anti Melayu !!!




One Response

  1. Anonymous says:

    bkn nak backup dap tp dap bukannya parti yg racist seperti umno, mca, mic. dap ni seperti pkr, pas, gerakan, ppp cuma kebanyakkan ahli dan pemimpinnya dari kalangan orang cina...

    P/s: cuman nak betulkan..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.