Ezam terus bongkar rahsia Anwar dan PKR

on Friday, April 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


TEMERLOH 15 April - Kandungan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu, kini terus menjadi misteri.

Kewujudan kotak-kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu, didedahkan sendiri bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor.

Ezam membuat pendedahan mengenai kotak-kotak yang disimpan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 11 Ogos 1998, iaitu ketika berceramah di hadapan ribuan penyokong Anwar di hadapan deretan rumah kedai di Kampung Gajah, Perak.

Apabila ucapan Ezam itu dilaporkan di muka hadapan Utusan Malaysia keesokannya, ia mencetuskan kemarahan rakyat di samping tokoh-tokoh agama dan pakar undang-undang yang mengutuk Anwar dan menyifatkannya pengkhianat negara kerana melarikan dokumen rasmi kerajaan.

Hari ini, iaitu selepas kira-kira 12 tahun kemudian, Ezam mendedahkan, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah pun melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia yang dimiliki Anwar itu.

Apa yang berlaku, jelas Ezam, beliau hanya menurut arahan Anwar supaya 'menjaja' isu enam kotak itu yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan BN.

Kata Ezam, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Beban sebenar untuk mendedahkan kandungan rasuah dalam enam kotak tersebut terletak di bahu Anwar sendiri. Saya sebenarnya tidak tahu isu kandungan yang terdapat dalam kotak-kotak tersebut.

"Anwar sendiri yang tunjuk enam kotak itu kepada saya. Dia kata, 'Ezam, itu enam kotak yang mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan kerajaan, I nak you hebahkan kepada rakyat di seluruh negara'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pidato umum bertajuk 'Membongkar Rahsia PKR' di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini malam tadi.

Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Anwar hairan kerana sehingga kini bekas bosnya itu tidak mendedahkan kandungan kotak-kotak tersebut.


2 Responses

  1. kerabu j says:

    Alahai kenapa tak buka aje kotak tu, kan telah diserahkan oleh Anwar.
    Sepatutnya jangan canang kotak-kotak tu aje, cananglah isinya sekali!

  2. hehe...kalau buka kotak tu nanti bahye...pasal di dlmnya ada ezam...ada ruslan kassim, ada zahid md arip...lokman adam dan berbagai lagi spesis katak idaman...hehee

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.