UMNO - APCO propaganda jahat PAS

on Thursday, April 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

UALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen semalam tetap dengan pendirian bahawa tindakan beliau menyebut ‘Umno-APCO, APCO-Umno’ di Dewan Rakyat bukan merupakan satu kesalahan.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, perkataan Umno dan APCO bukan termasuk dalam kategori perkataan unparliamentary malah ia sering kali digunkan sewaktu perbahasan dalam dewan.

"Dua perkataan yang saya sebut ini tidak menjadi satu kesalahan. Umno dan APCO bukan perkataan unparliamentary tapi dua perkataan yang memang wujud. Bukan perkataan yang bersifat lucah atau tidak baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam dewan," katanya kepada pemberita di lobi parlimen semalam.

Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan melalui undian suara untuk merujuk beliau ke jawatankuasa berkenaan selepas berulang kali menyebut perkataan Umno-APCO, APCO-Umno.

Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz itu.

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan.

Haprak daily


Ini satu lagi propaganda jahat Mr Bean PAS ini yang menabur fitnah mengaitkan UMNO dengan syarikat perunding komunikasi APCO . Slogan UMNO - APCO jelas merupakan satu taktik untuk menanamkan kebencian rakyat terutama orang Melayu terhadap UMNO bagi mengaitkan UMNO bersekongkol dengan Zionism .

Dalam bulan ini saja , isu APCO dan Yahudi menjadi tajuk utama hampir setiap hari di haprak daily , suara keldaian dan malaysiakini. Ini merupakan strategi psy war Anwar terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadapa kes liwatnya dan 16 Sept yang didedahkan oleh Zahrain di dewan rakyat. Anwar yang memulakan spin isu di Parlimen walaupun tanpa bukti dan hujah yang konkrit tetapi ia terus dijadikan senjata utama mereka untuk memburukkan kerajaan BN .

Kepada Mahfuz , PB cabar jika anda pendukung perjuangan PAS untuk melaksanakan ajaran Islam dan menentang Zionisme .. tolong pergi tarbiyah PKR itu dulu yang menerima dana dari Yahudi itu dulu sebelum menuduh UMNO - APCO . klik di sini PKR terima dana Yahudi




2 Responses

  1. Mozas says:

    Apa yang mahfuz ni tau? sedangkan Anwar sendiri tak pernah baca pun kontrak APCO yang dijajanya itu. memperbodohkan rakyat saja kerja si anwar ni. baca di sini:

    http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/anwar-sebenarnya-tak-pernah-baca.html

  2. Anonymous says:

    haiya...gua ingat dia sudah mampus.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.