Cerita orang UMNO tak ikut cara Islam dan PAS 2 X 5

on Sunday, April 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


oleh spy leman

Ada seorang hamba Allah bertanya kepada Spy sewaktu spy dan beberapa orang sahabat sedang asyik pekena nasik ayam di traffic light Sg Choh,

"Orang UMNO ni bolehkah diterima dan dikategorikan sebagai seorang Islam?".

Terkejut jugak Spy..., apa motif dia ni sebenarnya bila tanya macam tu?

Spy tanya dia balik, "Orang UMNO ni, di mana yang syeikh nampak tak Islam?" Selamba saja dia jawab, "kerana orang UMNO tak ikut apa yang Islam suruh!"

Aduhhh. Hilang selera makan spy macam ni. Kenapa lah mamat ni time makan pun nak bercakap soal politik jugak? Dah tu..., soalan bertaraf gampang pulak tu yang ditanyanya.

Nasib baiklah muka dia ala-ala Po'e yang menjadi artis pujaan spy dulu, kalau tak maunya spy sumbat je dengan tulang ayam mulut longkang dia tu.

Spy kata kat hamba Allah ni, "didalam negara ni, siapa yang ikut macam Islam suruh? Contoh yang paling kecil ialah, Islam telah menetapkan hukuman bagi pencuri ialah potong tangan.

Mengapa kerajaan negeri Kelantan yang mengaku Islam itupun masih tak berani nak laksanakan hukuman Islam walau ulama-ulama Pas disitu mengaku mereka merupakan pengamal Islam yang terbaik?".

Nak tau apa yang syeikh ni jawab? Dia kata, "Kerajaan negeri Kelantan tak buat hukuman potong tangan pasal Kerajaan Pusat tak bagi".

MasyaAllah !! Spy terus kata kat dia, "syeikhhhh..., apa kata lepas ni semua orang Pas tambah lagi satu didalam rukun iman iaitu PERCAYA KEPADA KERAJAAN PUSAT ! Ulama-ulama Pas ni takut kepada Allah ataupun takut kepada Kerajaan pusat?"

Sepatutnya, Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan hukuman "hudud" yang sebelum ini mereka war-warkan semasa Pilihanraya.

Potong saja tangan orang yang mencuri di Kelantan dan sebat atau rejam sahaja mereka yang berzina di negeri tersebut jika ulama-ulama Pas yang mentadbir Kelantan benar-benar ikut apa yang Islam suruh.

Buat apa nak takut kat Kerajaan Pusat. Siapa lagi besar, Suruhan tuhan atau Kerajaan Pusat? Kerajaan Pusat bukannya boleh tentukan sama ada kita ke syurga ataupun neraka.

Pas di Kelantan sepatutnya tunjukkan kepada negeri-negeri lain bahawa mereka telah berjaya melaksanakan pemerintahan mengikut apa yang Islam suruh. Barulah mereka boleh mengaku bahawa mereka itu lebih Islam dari yang lain.

Kat sini saja sudah nampak bahawa semua manifesto Islam didalam Pas hanya janji-janji politik semata-mata. Semua nya bukan kerana ugama pun. Kalau betul-betul kerana ugama, lama dah dilaksanakan undang-undang Islam di negeri-negeri yang dikuasai Pas."

Hari ni, pusat hiburan di Kelantan tak ada pun yang ditutup. Kedai nombor dan kedai jual arak tetap dibuka macam biasa. Untuk bukan Islam kononnya. Jadi apa bezanya Kerajaan UMNO dan juga kerajaan negeri Pas?

Bahagian rasuah pun sama jugak. Tuan Guru Nik Aziz pi buat Haji langsung tak guna duit poket dia sendiri. Dia sendiri mengaku ditaja oleh tokey-tokey di Kelantan. Tokey balak atau tokey lain, tak tahulah spy tapi rasuah tetap rasuah jugak.

Cuma nak bagi sedap dengar, Tuan Guru ubah sikit panggilan rasuah tu menjadi "TAJAAN". Jadi semuanya sama sajaaa..., tak payahlah nak kata orang lain bukan Islam tulen hanya kerana kita berbeza melalui serban dan janggut.

Kalau dikata orang UMNO suka judi..., orang Pas pun sama sajaa.

Kalau kata orang UMNO suka rasuah..., orang Pas pun 2 kali 5 jugak laa.

Kalau nak kata orang UMNO ada kroni..., orang Pas pun apa kurangnya. Habis dengan anak menantu sekali melingkup sama.

Dulu di Selangor kata Kerajaan UMNO bela kilang arak sampai ada cubaan nak BOM kilang tu. Tapi kenapa sekarang bila Pas dan Pakatan perintah Selangor, tak pula nak tutup kilang arak?

Sebab apa tak tutup? Sebab mahsyukkkk. Rugi baii kalau tak sambung lesen.

Bila Kerajaan UMNO perintah negeri, tuduh UMNO rasuah, judi, maksiat dan macam-macam. Tapi bila Pas perintah, sama sajaaaa baiii.

Di Kelantan, apa yang Pas buat? Di Kedah, di Selangor, di Penang....., lebih kurang laa dengan UMNO.

Bezanya UMNO dengan Pas ialah...., UMNO tak HIPOKRIT..., sedangkan Pas berpura-pura baik dan berimej Islam walhal kebanyakannya perangai lebih kurang sama saja.

Wahhh..., melompat dia sampai terkeluar loghat nogori. Mentang-mentanglah Nogori menang bola semalam. "Ekau ni geng UMNO ko apo? Nampok rupo eh macam Pas yo tapi marah bona ekau kek Pas ni apo hal jang?"

Sikit je spy jawab kat mamat ni...,"Den ni geng Pas Reform".

Terkedu hamba Allah ni. Confirm lepas ni dia akan benci dengar nama Pas Reform sebab kebanyakan penyokong taksub Pas adalah dari jenis yang tak boleh terima kenyataan.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    salam,

    singgah jap kat sini sambil2 tgk awani.

  2. Anonymous says:

    PB-itulah yang dikatakan jual agama untuk kesenangan dunia.mangkok ayun yang tak dapat tempat dalam UMNO dulu larilah joint mereka tunjuklah warak dengan kopiah puteh tapi habok pun tarak.cuba tanya mereka apa bunyi/makna ayat 129 surat Taubah?.

  3. Anonymous says:

    tu la yang dikatakan...kuman seberang laut kelihatan...tp gajah depan mata tak nampak...

  4. Debian says:

    Itulah orang jahil yang taksub dengan kejahilan sendiri.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.