Cubaan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang untuk memasang perangkap berkaitan isu Melayu dan gagasan 1Malaysia akhirnya memakan diri. Soalan provokatif beliau kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat baru-baru ini dijawab dengan menyakinkan dan tegas. ''Saya tetap Melayu dahulu," demikian kata Muhyiddin. Strategi Kit Siang untuk melihat setidak-tidaknya Muhyiddin tersasul, gagal.
Muslihat Kit Siang untuk menjangkakan perbezaan pendapat antara Muhyiddin dan bosnya, Mohd. Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri, turut gagal. Malah Najib menunjukkan pendirian yang jelas. Katanya, apa yang dinyatakan Muhyiddin adalah cerminan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan tersebut tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.
Ternyata Kit Siang berniat jahat. Terdahulu, beliau mencabar Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan bahawa beliau berpendirian 'Malaysia pertama dan Melayu kedua.' Awang angkat topi kepada Muhyiddin dan lebih-lebih lagi kepada Najib. Reaksi Najib membuatkan Kit Siang terkedu. Apa yang Awang baca dari beliau, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya tidak sesekali mengorbankan Melayu sebagai kaum teras. Mesej tersebut sangat jelas.
Kepada Kit Siang, Awang ingin bertanya apakah beliau mengutamakan Malaysia dahulu, kaum Cina kemudian? Tanpa perlu menunggu, mudah diketahui jawapannya. Pemikiran, perancangan dan tindak-tanduk beliau adalah hampir Cina segala-galanya. Biarpun gagasan DAP menyebut perkataan Malaysia seperti Malaysian Malaysia dan Middle Malaysia, ia sekadar retorik. DAP adalah parti paling rasis di dunia. Mendengar loghat pertuturan bahasa Malaysia oleh Kit Siang yang masih tebal pelat Cina, sudah cukup sebagai petunjuk. Sedangkan ramai orang asing bukan warga negara seperti dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Pakistan dan Vietnam, lebih fasih menggunakan Bahasa Kebangsaan walaupun baru berada di negara ini. Itu belum menyentuh soal perjuangan tersurat dan tersirat DAP 'Cina dahulu', dalam hampir semua bidang terutama pendidikan. Keadaan tersebut tidak berlaku di negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam yang juga ramai orang Cina. Malah di Singapura, tiada sekolah awam aliran Cina.
Kalau di Indonesia, kaum Cinanya tidak hilang kecinaan walaupun sebati mengamalkan bahasa dan budaya Indonesia. Anehnya, untuk mewujudkan Sekolah Wawasan demi kepentingan nasional dan perpaduan, DAP membantah apatah lagi mewujudkan sekolah satu aliran. DAP patut mengakui hakikat parti itu terbawa-bawa polisi zaman dinosaur, yang tidak lagi sesuai. Malaysian Malaysia dan Middle Malaysia adalah ciptaan berkonsep ultra Cina sedangkan 1Malaysia jauh lebih realistik kepada kepentingan semua kaum, walaupun tidak dapat memenuhi kehendak 100 peratus setiap kaum.
Pertanyaan Kit Siang hanya menonjolkan lagi hakikat kecinaan yang tebal pada diri beliau seolah-olah negara ini mahu dijadikan seperti homogeni China mahupun Taiwan. Kaduk sudah naik junjung.
sumber : utusan- Awang Selamat
waterfall/kebun bunga makin tersempit akibat pertumbuhan hutan batu,dengan itu segala kerax muda dan tua telah melarikan diri katanah besar,kemungkinan besar kerax tua ini akan kembali bermaustautim di sini kerana sudah ada sarang baru bagi meghabiskan hayat.itu yang lantang sangat.mungkin boleh jadi presedent kera.