Archive for March 2015

default

SPAD TAMBAH LAGI SUSAH RAKYAT , PEMUDA UMNO BANTAH TAMBANG BAS NAIK @Azwanbro

on Thursday, March 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pemuda UMNO hari ini membantah  kenaikan kadar teksi dan bas ekspres yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan alasan SPAD menaikkan tambang itu adalah kerana peningkatan kos penyelenggaraan dan sara hidup selain kenaikan terakhir pada 2009 adalah lemah.

"Apa guna ada teknokogi Natural Gas Vehicle (NGV) pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yang meningkat sebenar?" soal beliau dalam satu catatan di Twitter peribadinya hari ini.

Beliau berkata Pemuda UMNO akan menyerahkan satu memo bantahan kepada SPAD hari ini melalui Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO pada jam 3 petang nanti.

Pada Khamis, SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penetapan kadar baharuitu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.

Beliau berkata harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut.

Bagi teksi, kos penyelenggaraannya meningkat ke 33 peratus, manakala bagi bas ekspres sebanyak 36 peratus.



Komen GPB

Satu je admin nak cakap SPAD BODOH  !!  TUTUP SAJA SPAD NI ..PERABIH DUIT RAKYAT untuk bayar gaji mereka ..


Di ketika GST nak dilaksanakan ... kebodohan SPAD menaikkan harga tambang cukup tinggi sekali.

Bayangkan harga tambang KL - Penang dinaikkan ke  RM47 ... lebih baik naik flight lagi murah !!

Syabas Pemuda UMNO bantah kenaikan GILA ini ..mohon panjangkan ke PM la ...




default

Mengapa saat -saat akhir KU LI serang GST ?

on Wednesday, March 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



1. Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.

2. Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja beliau mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat biasa. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.

3. Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi.

4. Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih.

5. Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

6. GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.

7. GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.

8. Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini.

9. Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?

default

PM PUJI PENGANJURAN LIMA 2015 ADALAH YANG TERBAIK @HishamuddinH20 @NajibRazak

on Tuesday, March 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji edisi Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991, yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara.

Ketika merasmikan pembukaan Lima'15, beliau berkata, bilangan penyertaan kali ini mengatasi jumlah 433 syarikat yang menyertai pameran itu, dua tahun lepas.

"Lima'15 menyaksikan banyak yang julung kali dan dengan kepelbagaian aspek dan dimensi pameran pada tahun ini, ia merupakan Lima terbaik yang kita pernah anjurkan," katanya pada majlis perasmian yang diadakan di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.



Najib berkata, Lima'15 juga mencatat sejarah berikutan kehadiran semua 10 Menteri Pertahanan Asean serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lepas.

Perdana Menteri berkata, Lima telah melalui perjalanan yang panjang sejak julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk  menganjurkannya.



Najib secara berseloroh berkata, beliau berdepan banyak kesukaran semasa menganjurkan Lima edisi pertama, berbanding Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang bertanggungjawab menganjurkan edisi terbaharu ini.

"Saya bermula dengan kosong, termasuk memastikan hotel disiapkan dalam tempoh 50 hari," katanya, mencetuskan gelak ketawa para hadirin.

Selain pameran maritim dan udara, katanya Lima'15 turut menyaksikan penganjuran pelbagai seminar termasuk Program Belia Asean, Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Laut dan Sidang Kemuncak Penerbangan Asean serta Latihan Menentang Terorisme Pelbagai Negara yang menggabungkan polis dan tentera.

Menurut Najib, Asean kekal sebagai pasaran menarik untuk konglomerat pertahanan global di sebalik pemotongan perbelanjaan oleh rantau lain.

Katanya, penerbitan terkemuka antarabangsa IHS Jane's meramalkan perbelanjaan pertahanan Asean akan meningkat kepada AS$44.5 bilion (RM164.65 bilion) pada 2018 berbanding AS$38.5 bilion (RM142.45 bilion) tahun ini.

"Rantau ini merupakan rantau penting dalam pertahanan dan sektor komersial lain. Latar belakang ini menjadikan Lima tempat terbaik bagi syarikat-syarikat," katanya sambil mengucap tahniah kepada penganjur yang memastikan acara dwitahunan ini berjaya.



Turut hadir pada majlis yang berlangsung di bawah terik matahari pagi Langkawi itu ialah, Hishamuddin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan.

Hadir sama ialah semua 10 Menteri Pertahanan Asean yang baru selesai menghadiri ADMM selama dua hari di sini.

Majlis diakhiri dengan pertunjukan udara selama 10 minit oleh jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk terbang lintas aset terbaharu, Airbus A400M 'Atlas.


Lima 2015 berlangsung sehingga 21 Mac ini. - Bernama

default

PESAWAT PENGANGKUT CANGGIH AIRBUS A400M MILIK TUDM DI #LIMA15

on Thursday, March 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



SEMASA Kementerian Pertahanan (Kementah) mengumumkan pembelian pesawat pengangkut Airbus A400M kira-kira enam tahun lalu, ada kalangan pemikir pertahanan tempatan beranggapan cadangan tersebut kurang bernas.
Alasannya, perolehan pesawat yang menelan kos berbilion ringgit itu ada risikonya kerana tempoh untuk menyiapkan pesawat dijangka memakan masa bertahun-tahun.
Ketika itu, Airbus melalui cabang firma pertahanannya, Airbus Military masih belum menghasilkan pesawat hakiki dan cuma mempamerkan visual komputer pesawat kepada negara bakal pembeli.
Namun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak melihat ia sebagai perolehan serampang dua mata.
Dimeterai pada Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi 2005 (LIMA 05), pembelian empat pesawat pengangkut bernilai RM2.8 bilion itu merupakan keputusan bijak kerajaan.
Selain bagi menggandakan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti yang dirancang, Najib sudah membayangkan bahawa perolehan tersebut menguntungkan industri hiliran tempatan khususnya teknologi mega aeroangkasa.



Ini kerana banyak syarikat tempatan yang berkelayakan bakal menerima limpahan ekonomi berganda seperti mengeluarkan bahagian tertentu pesawat. Walaupun hanya komponen kecil, ia akan digunakan di peringkat global.
Sebanyak 184 buah pesawat telah dipesan, antaranya Jerman dengan pesanan 60 buah pesawat, Perancis (50), Sepanyol (27), Britain (20) dan Turki (10).
Pengangkut
A400M diilhamkan pada tahun 1982 bagi Program Pesawat Pengangkut Masa Hadapan (FIMA) melibatkan tiga gergasi aeroangkasa Barat iaitu Aérospatiale, British Aerospace (BAe), Lockheed and Messerschmitt-Bölkow-Blohm (MBB).
Mengikut perancangan, pesawat yang dihasilkan dalam kategori sederhana nanti hendaklah lebih besar daripada Hercules C-130 tetapi lebih kecil berbanding pesawat Boeing C-17.
Malangnya, Lockheed menarik diri tujuh tahun kemudian sebelum disertai firma Alenia dan CASA dari Itali.
Hanya pada tahun 2003, pelan global pembangunan A400M dimeterai lapan negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Britain, Turki, Belgium dan Luxemborg. Itali bagaimanapun menarik diri kemudian.



Pembelian A400M menyaksikan Malaysia menjadi negara tunggal Asia menyertai program pesawat pengangkut global itu manakala Afrika Selatan pula mewakili benuanya.
Pesawat A400M yang pertama siap dibina pada Jun 2008 sebelum melakukan penerbangan sulung pada 11 Disember 2009. Kini, sebanyak lima model pesawat ujian telah dihasilkan.
Ia direka bagi operasi di kawasan pendaratan tidak tersedia, boleh menggabungkan keupayaan logistik dan taktikalnya untuk membawa beban hingga 30 tan metrik sejauh 2,450 batu nautika.
Menurut penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Nor, TUDM sememangnya memerlukan pesawat pengangkut berkeupayaan tinggi sesuai dengan peranan pelbagai misi yang perlu dilaksanakan dan bukan terhad kepada tugas ketenteraan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.