..

..
Archive for October 2012

default

35 ribu pelabur nak cepat kaya jadi mangsa penipuan Genneva Malaysia !!

on Wednesday, October 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion. Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.

 "Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.

 "(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.

 "Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).

 Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

 Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.

 Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai.- Bernama

default

2 portal web mempengaruhi rakyat Malaysia jadi pengganas !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.

 Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net. Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan pengaruh Mujahidin.

 Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam terhadap isu pemberontakan di Syria.

 Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu menegakkan demokrasi.

 Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012.

default

Johor beli penjaring terbanyak La Liga Sepanyol untul Liga Super !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Johor membuktikan kesungguhan untuk membentuk skuad yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan apabila mengikat pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza.

 Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca dan disahkan bakal menjadi milik skuad Johor. Pemain itu dijangka tiba di sini esok bersama ejennya untuk menandatangani kontrak Jumaat ini. 

Kehadiran pemain yang lebih dikenali dengan nama Daniel Guiza dan berusia 32 tahun itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam. Selain Guiza, Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak, Azmi Muslim dan Mohd. Muslim Ahmad sah menjadi milik Johor, manakala Safiq Rahim dan Mohd. Nurul Azwan Roya sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pasukan itu. Johor juga sedang menunggu keputusan daripada penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha.

 Tunku Ismail berkata, Guiza yang merupakan pemain penyerang kini beraksi untuk Getafe dalam saingan La Liga, sudah hampir 95 peratus menjadi milik Johor dan pasukan mengalu-alukan kedatangan pemain itu. 

"Nilai pemain itu di pasaran Eropah adalah 1.6 juta euro. Berapa jumlah yang PBNJ bayar untuk mendapat khidmatnya, saya tidak akan dedahkan.

Yang penting dia bakal memberi impak kepada skuad Johor dalam saingan musim depan. "Dia (Guiza) yang membantu Sepanyol muncul juara Piala Eropah 2008 sudah menyatakan persetujuan beraksi bersama Johor dan kami gembira dapat mengikat pemain bertaraf dunia," katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi di sini semalam.

 Selain Mallorca dan Getafe, Guiza juga pernah beraksi dengan kelab Turki, Fenerbah├že dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah bersama kelab tersebut. Tunku Ismail juga memberitahu, bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad bakal menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim manakala Johor FA pula akan dibimbing Azmi Mohamad.

 "Kita sedang mencari seorang lagi pemain import bagi menguatkan posisi tengah pasukan. “Untuk itu, kita akan umumkan siapa pemain itu tidak lama lagi," katanya yang mahu mengembalikan kegemilangan Johor dalam arena bola sepak negara.

default

Pizza Hut Indon guna cewek model tarik pelanggan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Di Malaysia ada ke syarat -syarat seperti ini untuk menjadi staf di restoran makanan segera seperti KFC, Mc Donalds , Pizza Hut , A&W ??   Kalau ada , confirm la tak ada sapa nak kerja nanti ..hahaha

Mungkin di Indonesia  rakyatnya ramai dan peluang kerja  agak  terhad . Jadi majikan mereka boleh memilih pekerjanya yang cantik seperti model & pelakon  bagi menarik kehadiran pelanggan .

Jadi , kalau rakyat kita yang ke sana untuk holiday & berhibur  ... nak tengok cewek bertaraf model & pelakon sinetron , boleh je pergi makan di restoran makanan segera seperti Pizza Hut ini .

Layanan confirm la memang class !! .............hehehe

default

Syabas !! Pemuda UMNO turut bantah sistem AES @khairykj

on Tuesday, October 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Syabas Pemuda UMNO & YB Khairy Jamaluddin . Ternyata pendirian Pemuda  bertepatan sekali dengan kehendak generasi muda & rakyat  yang mana majoritinya  mendesak dikaji semula perlaksanaan AES .


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.

 Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.

 Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.

 “Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan.

Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju. “Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

 Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.

 “Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.

 “Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.

 Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

 “Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.

 “Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.

 “Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

default

Genneva Malaysia 2 X 5 Skim Cepat Kaya - Menteri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat tersebut. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, siasatan juga mendapati Genneva Malaysia mengambil deposit para pelabur baru untuk membayar pulangan pelabur lama dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu meneruskan operasinya.

 Menurutnya, BNM juga mendapati syarikat itu pada awalnya memang menjalankan urus niaga penjualan emas bagi menarik minat para pelabur, tetapi kemudiannya bertukar kepada hanya mengambil deposit dan jongkong emas yang sepatutnya diserahkan kepada pelanggan tergendala serta lambat.

 Oleh itu, beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia adalah sama seperti skim cepat kaya yang tidak sah dan skandal dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan Pas Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT). “

Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti. “Jadi bagaimana Genneva mahu bayar apabila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan puluhan juta ringgit," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

 Pada awal bulan ini, BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu syarikat Genneva di ibu kota setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis.

 Ekoran itu, pihak berkuasa tersebut juga melakukan serbuan ke atas syarikat pelaburan jongkong emas Pageantry Gold Bhd., Caesar Gold Sdn. Bhd. dan Worldwide Far East Bhd. atas dakwaan mengambil deposit haram dan melakukan pengubahan wang haram.

 Awang Adek menambah, BNM masih meneliti tindakan sewajarnya ke atas Genneva Malaysia namun bank pusat itu tidak mungkin dapat membayar nilai pelaburan kepada para pelanggan syarikat itu.


Komen GPB 

Nak cepat kaya sangat melalui jalan mudah ,  ..sekarang lihat lah dah kena tipu .

Duit pelaburan confirm dah hangus ..ingat Bank Negara nak bayar balik  ke duit kepada pelabur ???hahaha...

Masa awal-awal penubuhan , semuanya nampak ok ..tapi bila dah lama rupanya  mereka berniaga dengan  ambil wang pendeposit baru dan bayar balik kepada pulangan pelabur lama..

default

Peminat Ostazah Ebby persenda agama di twitter !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Taksub sungguh pencacai Pakatan ini terhadap Ostazah Ebby sampai follow twitter pun wajib kerana Allah. Kalau nak berjenaka pun , jangan lah babitkan hingga soal  agama.  Ada batasan juga kalau nak melawak pun .

Harap Ostazah  Ebby nasihatkan sikit pencacai  tegarnya ini agar jangan jadi taksub sangat ..Salah sama sekali ,  itu sifat hakiki puak Syiah ......

default

Awas !! Hisap Shisha membahayakan kesihatan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengharamkan penggunaan shisha yang didakwa semakin menular dalam kalangan masyarakat terutama remaja negara ini. Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, gejala menghisap shisha kian menular di Malaysia berikutan kewujudan banyak premis yang menyediakan kemudahan menghisap shisha yang menjejaskan kesihatan orang ramai itu. 

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Langkah perlu diambil memandangkan menghisap shisha merbahayakan kesihatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

 S.M. Mohamed berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan kerana penghisap shisha menyedut asap 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter asap.

 Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

 Tambahnya, penghisap shisha boleh mengalami ketagihan dan penggunaan arang dalam peralatannya boleh meningkatkan masalah paru-paru dan seterusnya memudaratkan kesihatan penggguna dalam jangka masa penjang.

default

Ostazah Abby patut sertai kelas agama disertai Heliza

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi mengalu-alukan pembabitan lebih ramai rakan artis untuk menghadiri kelas bimbingan agama Islam iaitu Usrah Fitrah yang dikhususkan untuk seluruh penggiat seni tanah air. Heliza, 26, berkata, sambutan daripada lebih 30 penggiat seni termasuk golongan artis setakat ini menunjukkan perkembangan yang baik terhadap projek cetusan Rusydi Ramli Al Jauhari itu.

 “Alhamdulillah, projek Usrah Fitrah ini mendapat sambutan yang baik daripada warga seni sejak beberapa bulan lalu namun saya mengalu-alukan lebih ramai penggiat khususnya rakan artis turut serta dalam kelas tersebut.

 “Kelas agama itu meliputi pembelajaran segenap aspek iaitu al-Quran dan tajwid, fiqah, aqidah, hadis dan motivasi diri. Ia memang bagus dan istimewa kerana bukan sahaja memberikan ilmu tetapi dicetuskan khusus untuk membimbing warga seni tanah air,” katanya ketika ditemui mStar Online.

 Finalis Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu berkata demikian selepas pelancaran bukunya yang berjudul Diari Heliza Helmi dan pengumuman sebagai duta minuman ice blended Coolblog, di sebuah hotel di sini, pada Isnin. Usrah Fitrah yang dianjurkan oleh Fine Academy Sdn Bhd dan Must Read Sdn Bhd itu terbuka kepada warga industri hiburan termasuk pelakon, penyanyi, wartawan, penggiat seni fesyen, penulis dan pemuzik.


Seramai tujuh ustaz bertauliah iaitu Rusydi Ramli Al Jauhari, Shahrizan Daud At Turabi, Ghazali Ibrahim, Syed Norhisham Tuan Padang Al Idurs, Amin Idris, Tuan Fazrul, Zul Ramli dan Halim Hafiz akan bertanggungjawab membimbing para peserta pada setiap minggu. Antara rakan artis yang aktif adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Diana Amir, Noryn Aziz, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Salima AF, Enot dan personaliti TV3, Teh Syuhada.

 Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berkata, pembabitan dalam kelas tersebut sejak setahun lalu membuatkan dia semakin seronok untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan yang baru. 

“Saya anggap pembabitan dalam Usrah Fitrah ini bukan hanya menambahkan ilmu agama, malah memberikan saya input berguna yang boleh digunakan ketika saya memberikan ceramah dan taklimat motivasi. “Kebetulan pula, pada waktu ini saya semakin aktif memenuhi undangan untuk memberikan ceramah motivasi di merata tempat, ia menjadikan saya semakin teruja untuk terus belajar pelbagai ilmu dan perkara,” katanya.

default

Pembohongan cerita Isteri muda tendang Ketua Menteri Sarawak !

on Monday, October 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Rupanya portal pro pembangkang di Sarawak iaitu Sarawak Report hanya lah pemungut sampah PKR untuk membuat cerita pembohongan mengenai Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud kononnya ditendang dikhalayak ramai oleh  isterinya Puna Sri Ragad .

Lihat laporan di bawah ini :



default

Misteri siapa yang mati kemalangan di Jambatan P.Pinang ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Bila orang dakwa anda dah mati di akhbar  , anda mesti terkejut giler punya. Itulah  yang terjadi kepada Sdr Sadisafizan Said yang didakwa mati dalam kemalangan maut di Jambatan Kedua P.Pinang kelmarin  bersama 3 orang  lagi mangsa  .

Polis yang membuat laporan sudah tentunya akan berpandukan maklumat mangsa ( No IC ,lesen memandu dll )  .Adakah  mangsa nahas ini warga asing yang  memalsukan identiti mengunakan Sadisafizan ??

 Pihak Polis harus menjelaskan perkara sebenar mengenai kekeliruan identiti ini .








Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.” Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

 Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.

 Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.

default

ATM pantau isu rakyat Malaysia jadi pengganas militan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menolak kemungkinan sebilangan rakyat Malaysia yang direkrut oleh gerakan militan antarabangsa Al-Qaeda menerima latihan di sebuah negara jiran.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa gerakan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda beroperasi di negara jiran itu, merupakan salah satu faktor ada segelintir rakyat Malaysia yang direkrut di negara itu.

 "Kita tidak boleh menyangkal perkara ini, mungkin mereka dilatih di sebuah negara jiran sebelum menyertai kumpulan militan dan kemungkinan juga mereka dilatih di negara kita... perkara ini kita perlu lakukan siasatan dan kita tidak boleh ramal terlalu awal," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

 Beliau mengulas laporan Bernama mengenai penahanan dua rakyat Malaysia, berusia 21 dan 28 tahun, oleh pihak berkuasa Lubnan dipercayai menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda oleh pihak berkuasa Lubnan.

 Zulkifeli berkata kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau aktiviti serta gerakan di Malaysia telah diwujudkan sebelum ini dan ia akan dipertingkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

 "Kita sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam perkongsian maklumat risikan dan keselamatan mengenai pergerakan militan di negara kita. Pemantauan ini perlu dipertingkat selepas perkara ini (penahanan dua rakyat Malaysia)," katanya.

 Bagaimanapun Zulkifeli berkata, pemantauan pergerakan militan itu adalah di dalam bidang kuasa polis dan tentera sentiasa membantu dalam menyediakan maklumat risikan dalam negara.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama berkata, satu laporan lengkap oleh pihak berkuasa Lubnan dan pihak kedutaan Malaysia di Lubnan sedang ditunggu oleh pihak polis bagi mengetahui punca sebenar penahanan dua lelaki berkenaan.

 "Kita sedang tunggu satu laporan lengkap dari pihak berkuasa Lubnan bagi membolehkan kita menyiasat dan memantau pergerakan militan membabitkan rakyat Malaysia," katanya.

 Menurut sumber polis Interpol, kedua lelaki itu dipercayai mendapat latihan daripada seorang lagi rakyat Malaysia, Mustapha Mansour di negara ini pada 2007 untuk dilatih oleh kumpulan militan Al-Qaeda. - Bernama

default

Gambar anak Datuk bakal isteri Hairie Othman??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ini kisah Hairie Othman dan bukan berkaitan aktiviti aktif beliau dalam politk dan parti pembangkang buat pertama kali sejak beberapa bulan ini. Apa khabar Abby Abadi?

 Heh. Satu laporan di akhbar harian Kosmo! semalam menulis yang Hairie Othman bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan kad jemputan sudah pun mula di’edarkan.

 Pelakon dan kini bergelar aktivis politik berstatus duda ini telah memilih Dahlia Diana yang merupakan anak perempuan kepada seorang kenamaan bergelar Datuk.

 Dalam laporan tersebut, tidak pula di’nyatakan bilakah tarikh pasangan ini bakal di’satukan tetapi resepsi mereka bakal berlangsung di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.

 Jika benar Dahlia Diana yang sama pernah kami lihat, Beautiful Nara pernah berkongsikan gambar pasangan ini sekitar 2010 & secara teori, sudah lebih dua tahun mereka bercinta.- ROTIKAYA

default

Kuala Lumpur tersenarai 27 bandar utama dunia !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nama Kuala Lumpur terus terkenal di mata dunia apabila terpilih antara 27 kota raya dunia yang penting dalam kaji selidik perkembangan ekonomi " Cities Of Opportunity " yan dijalankan firma audit terkemuka dengan Partneship Bandaraya New York .Manakala di benua Asia , Kuala Lumpur diletakkan dalam 10 bandar utama dalam kaji selidik itu

Ini semua hasil daripada usaha pembangunan & tadbir urus ekonomi yang baik oleh Kerajaan BN sedia ada sekarang .  Tahniah MALAYSIA !!

Senarai 27 bandar terpilih 

- Abu Dhabi
- Beijing
- Berlin
- Buenos Aires
- Chicago
- Hong Kong
- Istanbul
- Johanesburg
- KUALA LUMPUR 
- London
- Los Angeles
- Madrid
- Mexico City
- Moscow
- Milan
- Mumbai
- New York
- Paris
- San Francisco
- Sao Paulo
- Shanghai
- Singapura
- Stockholm
- Sydney
- Tokyo
- Toronto

default

Pemimpin PAS kata rumah urut haram boleh dijadikan halal !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Rumah urut haram boleh dijadikan halal ?? Mudah je mohon lesen ...itu kata ostat PAS ye bukan pemimpin UMNO . Sepatutnya diharamkan je rumah urut ini tapi memandangkan boleh masyuk cukai dll , depa kata boleh jadi halal dengan cara mohon lesen ..

Patut la di negeri selangor banyak rumah urut sebab halal di mata kerajaan negeri ....


default

PANAS ! Hairie Othman bakal kahwin anak datuk !!

on Sunday, October 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




DIVA tak nak sentuh bab ideologi politik atau semangat juang pelakon popular Hairie Othman yang kini semakin jelas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Diva cuma terpanggil nak kongsi perihal Hairie memandangkan dia masih artis yang dikenali umum. Dalam sibuk berceramah, Diva dapat tahu bahawa Hairie yang berstatus duda itu akan naik pelamin tak lama lagi.

 Wah, hebat juga penangan Hairie ya! Sumber yang siap tunjuk kad undangan kahwin Hairie itu bagi tahu Diva, katanya Hairie dan bakal isterinya bukan main berseri-seri lagi, macam pinang dibelah dua. Pilihan pelakon yang terkenal dengan filem Leftenan Adnan kali ini dengarnya anak datuk lagi.

 Lihat daripada nama Dahlia Diana yang tertera atas kad, Diva percaya, wanita itu pasti cantik molek. Diva tak nak cakap pasal tarikh nikah mereka, tapi majlis resepsi Hairie dan Diana katanya akan dilangsungkan di Dewan Semarak Kayangan Felda, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

sumber 

** Selamat Pengantin Baru Hairie , bertemu jodoh selepas sertai PAS ...lepas ini giliran Ostazah  Abby pulak kot ..haha

default

Penyampai radio cun terima surat lucah ajak seks !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dilaporkan menerima sepucuk surat lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali. Berita ini telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi. Selain menerima surat lucah, anak kelahiran Johor Bahru ini turut menerima gangguan seksual daripada individu tersebut.

 Malah, pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

 Sungguhpun tatkala ini pihak murai.com.my masih belum dapat menghubunginya, tetapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri. Malah, ramai kenalan dan peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dalam kadar segera.


 Berikut adalah status Facebook yang ditulis Feeya:

 Kali ni saya x kan berdiam.kau berani sgt antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya.sebelum ni kau penah buat tapi aku diam.tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!!

sumber : murai.com


default

PANAS ! Van Wanita UMNO diconteng perkataan BABI & SIAL !!

on Saturday, October 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nampaknya ada pihak tertentu  semakin panas punggung dengan gerak kerja  Wanita UMNO bertemu pengundi & rakyat .  Itu yang sampai melepaskan geram pada van Skuad Sayang Wanita UMNO Bandar Tun Razak .

Contengan tertera BABI & SIAL dengan cat merah di body van adalah ugutan kepada Wanita UMNO untuk melemahkan semangat mereka berkhidmat untuk masyarakat . Tapi yang bangangnya tu , ada pencacai Pakatan menuduh ini kerja orang UMNO sendiri.

Awat la bodoh sangat , tak kan la orang UMNO nak pergi conteng kenderaan parti sendiri . Pasti nya ini kerja pihak yang dengki dengan Wanita UMNO yang aktif bekerja & membantu rakyat .


Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.

 "Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini. 

 "Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini. Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut. 

 Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. SH

default

AWAS ! Ostat Ustaz ini punca 11 gadis menjadi JANDA !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Ini lah punca utama ramai gadis  bergelar status JANDA . Lepas puas main , Ostat berperwatakan alim ini cerai & terus mencari lagi gadis kononnya mencari isteri solehah  walhal untuk memuaskan nafsunya .






“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

 Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

 Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam. Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

 Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.


default

Apa hal poster korban tertera Shahrizat Lembu ??

on Friday, October 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


" Datuk Seri Shahrizat Lembu " ... Apa ni ?? Poster tertera pulak UMNO Bahagian Kangar .

Adakah ini kesilapan dari pihak UMNO Bahagian tersebut atau poster palsu dibuat pihak musuh ??

 Pihak UMNO Bahagian Kangar perlu menjawab segera berkenaan isu ini agar tidak dijadikan modal  pembangkang kononnya ada sabotaj dalam parti sendiri .


default

Nuno Gomes bakal sertai Liga Malaysia musim depan !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bukan saja pemain tempatan berstatus bintang dipancing Johor dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, malah bekas pemain Piala Dunia Portugal,
Nuno Gomes (gambar) dan pemain kebangsaan Belarus, Vitali Kutuzov turut menjadi buruan skuad Harimau Selatan itu.

 Usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membawa dua pemain import itu dilihat sebagai langkah proaktif dalam menghangatkan lagi kancah Liga M sekali gus menggambarkan betapa Johor bakal muncul pencabar utama dalam saingan liga elit negara.



**  Ada duit/dana  peruntukan yang besar , maju lah pasukan berkenaan .Pemain STAR dari negara mana pun boleh mai jika gaji mereka minta itu boleh dipenuhi . Tahniah JOHOR !!


default

PANAS ! Ostazah Ebby meroyan dituduh sesatkan orang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ostazah Ebby PAS meroyan  habis bila kenyataannya mengenai isu korban  dihentam pelbagai pihak. Sebaliknya beliau dengan nada sinis mempersoal pulak selama ini orang yang  tak ikut panduan Islam ( Al Quran & Sunnah ) tak tergolong sesat  .

Begitu la tahap ilmu Ostazah Ebby ...bila dah buat salah , lepas itu salahkan orang lain pulak.



default

PANAS ! Giliran Dr Asri komen pandangan Abby isu korban

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Panas beb!! Bekas mufti Perlis hari ni dah belasah Ostazah Ebbi pasal kenyataan mengarut Ebbi tentang ibadah korban.. Dr Asri kata, kenyataan Ebbi tu boleh membawa erti Ebbi mengharamkan binatang yang disembelih secara halal..




 Dan Asri menyifatkan, Ebbi patut sedar menyembelih binatang adalah tak sama dengan membunuh binatang seperti yang dinyatakan oleh Ebbi... Ketika dihubungi oleh portal SGB, Dr Asri enggan mengulas banyak berhubung kenyataan terbaru Ebbi itu.

 “Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat.

Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul” “(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai.

Tak sembelih sama dengan bangkai. “Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul”, tegas beliau lagi. - MPP ONLINE-


Komen GPB


default

Trafik jammed teruk malam ini sempena Aidiladha

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUALA LUMPUR - Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai tengah hari ini apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha esok. Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan sesak di plaza tol Jalan Duta bagi perjalanan ke utara dan Plaza Tol Sungai Besi untuk ke selatan dan trafik bergerak perlahan di plaza tol Karak menuju ke pantai Timur. Trafik juga perlahan menuju ke selatan ekoran kemalangan di KM279.4 berhampiran Hentian Nilai tetapi tiada lorong ditutup, kata jurucakap itu.

 Menurut Twitter PLUS, trafik bergerak perlahan di Jambatan Pulau Pinang, laluan berhampiran Bukit Tambun dan persimpangan Putra Mahkota ke R&R Seremban.

 Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS bagi perjalanan sehingga Ahad, dengan kenderaan bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan keluar lebih awal. Bagi laluan di Tambak Johor, Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap.

 Pengguna juga dinasihati mematuhi panduan tersebut bagi perjalanan pulang ke ibu negara selepas sambutan itu. - BERNAMA

default

Doktor gatal ramas buah dada janda sampai sakit !!

on Thursday, October 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




JOHOR BAHRU: “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

 “Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hsubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.



 Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.

 Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini. Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.


*** Kepada wanita semua , jangan benarkan Doktor gatal seperti ini ambil kesempatan ...

default

Bung sepatutnya bangga Syed Mokhtar berjaya - Zahrain

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menempelak tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mendakwa tokoh korporat Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

 Zahrain memberitahu, sebagai seorang ahli UMNO yang berjuang untuk orang Melayu, Bung Mokhtar seharusnya bangga serta menyokong kejayaan yang telah dikecapi oleh anak Melayu seperti Syed Mokhtar dan bukan mengkritiknya.

 Sambil melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan itu, Zahrain berharap Bung Mokhtar akan segera menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap tokoh perniagaan negara berkenaan.

 "Bercakap soal monopoli, sektor perniagaan dan perdagangan di negara kita dikuasai oleh golongan bukan Melayu.

 Kalau ada anak Melayu yang mampu bersaing dengan bukan Melayu dalam bidang ini, mengapa kita harus pertikaikan dan kritik, kita sepatutnya beri sokongan kepada beliau.

default

Nora Danish mahu berubah dan ingin bertudung

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nora Danish yang kini sudah berusia 30 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal, dikhabarkan bakal bertudung tidak lama lagi.

Nora yang juga pernah dihentam kerana kerana berpakaian seksi di dalam sebuah majalah sebeleum pergi mengerjakan umrah sebelum ini menyatakan hasratnya untuk berhijah sepenuhnya tidak lama lagi.


Menurut petikan dari Utusan Malaysia, Nor Danish menyatakan yang dirinya sudah berubah dan menyatakan hasrat untuk melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan dan bila kena pada masanya. Apapun ianya sudah tidak lama lagi.

Nora Danish yang sudah mengerjakan umrah sebanyak 2 kali juga menyatakan dia tidak mahu perubahannya ini bukanlah kerana mengikut trend.

default

Gambar mesra TMJ bersama Fazura

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Alahai manjanya pelakon cantik, Fazura di sisi buah hatinya, Tengku Mahkota Johor. Bagai pinang dibelah dua, sama kacak sama lawa!

Bilalah agaknya mereka akan menamatkan zaman bujang. Tidak elok perkara baik dilambatkan, takut nanti ada orang yang ‘dengki’ pula.

Bukan apa, menerusi gambar yang dimuat naik dari laman Facebook ni, ada insan yang mula cemburu dengan Tengku Mahkota Johor.

Mereka ni perasan yang Fazura tu ibarat kekasih hati mereka.

Kelakar pun ada, oleh kerana terlalu obses pelakon kesayangan mereka, ada yang mengatakan sanggup melakukan apa saja demi Fazura.

Biasalah tu, peminat.. Mereka memang sering bercita-cita untuk sentiasa dekat dengan artis kegemaran masing-masing.

Apa-apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka.

Sumber : suara people

default

Mengapa rakyat Kelantan ramai minta SPA ??

on Wednesday, October 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



GPB tidak terkejut dengan fakta dikemukakan SPA mengenai rakyat Kelantan paling ramai memohon kerja kerajaan melalui  SPA.

 Malah semasa GPB menghadiri temuduga di Putrajaya  ada seorang rakan memberitahu bahawa di Putrajaya sendiri adalah lokasi utama rakyat Kelantan memilih  untuk ditemuduga .Sebabnya , ramai pegawai besar  kerajaan  yang menemuduga calon berasal adalah berasal  dari Kelantan dan mereka ini akan  lebih favour kepada calon negeri asalnya .

Budaya diskriminasi kenegerian  ini sepatutnya tidak wajar berlaku kerana ia jelas tidak adil kepada  rakyat dari negeri  lain  .Apakah rakyat negeri lain tidak layak /berhak mendapat peluang bekerja dengan kerajaan   ?

 Dari segi politik pulak , kejayaan Nik Aziz  mencatat  rekod cemerlang   gagal menambah peluang pekerjaan di negerinya membuktikan pentadbiran PAS gagal . Kalau 10 tahun lagi PAS berkuasa  di negeri ini, GPB yakin angka rakyat Kelantan memohon SPA akan meningkat hingga 1 juta !!






– Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam.Beliau berkata, sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41. 


 "Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan. 


 "Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Zon Timur di sini hari ini.


 Mahmood berkata, sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta. – BERNAMA

default

Wartawan hiburan dakwa gambar bogel Rozita Che Wan original !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 22 Comments



Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pengedaran sekeping gambar bogel pelakon cantik, Rozita Che Wan yang tersebar luas di internet.

Namun demikian, Rozita sudah menafikan gambar itu adalah miliknya. Dia menyatakan terdapat tiga kemungkinan yang ada pada gambar berkenaan.




Pertama gambar itu sudah di ‘super impose’ kedua mungkin ada pelanduk dua serupa yang sama wajah sepertinya.

Atau yang ketiga mungkin juga ada muka pondan yang seakan-akan menyerupainya.

Tetapi menerusi laman portal Rotikaya.com, hari ini, mereka mendedahkan tentang pendapat salah seorang daripada wartawan hiburan terkenal.

Wartawan itu adalah Zubir dari Berita Harian.

Menerusi Facebook, Zubir atau nama sebenarnya Zubir Mohd Yunus, ada menulis yang gambar bogel Rozita Che Wan itu adalah tulen!

Zubir turut seakan-akan mencabar Rozita untuk tampil membuat laporan di balai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuktikan gambar itu benar-benar bukan miliknya.

Tidak pasti pula bagaimana Zubir dapat tahu yang gambar itu adalah asli.

Adakah Zubir sudah selidik terlebih dulu mengenai perkara itu? Tak tahulah…

Apa-apa pun tunggu saja apa tindakan Rozita selepas ini sama ada dia akan membawa perkara ini kepada pihak berkuasa atau sebaliknya. -mynewshub

default

Suami kecewa tertangkap isteri sedang beromen di bilik tidur !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.

 Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin.

 Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu. Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.

 “Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam. “Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.

 Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.

 "Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.

 Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.

 “Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya. 

 Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut. “Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu. "

Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya. Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.

default

Anwar kantoi !! Pakatan juga ada kepentingan dalam IPP & tol !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

 Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas). "Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut... ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.

 "Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau berkata, jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.

 Turut hadir dalam sidang media itu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng. Khairy berkata, Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen.

 Selain itu, pakatan pembangkang berjanji untuk memansuhkan tol di negara ini tetapi dalam masa sama kerajaan Selangor mempunyai kepentingan sebanyak 20 peratus dalam Lebuh Raya Kesas. Beliau berkata, sekiranya mengikut prinsip yang dinyatakan pembangkang dalam bajet alternatif dan Buku Jingga, mereka sepatutnya telah menjual pegangan saham berkenaan.

 "Mereka (pembangkang) tidak boleh kata apa yang terkandung dalam bajet serta buku tersebut hanyalah polisi dan pada masa sama mengekalkan pelaburan dalam kedua-dua sektor yang jelas menentang dasar mereka. Mereka hipokrit.

 "Ini membuktikan sikap tidak konsisten dan tidak jujur pembangkang dalam polisi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja manifesto tetapi tidak mampu melaksanakan segala apa yang dijanjikan," katanya. - Bernama

default

Polis serbu kerabat Diraja Kedah palsu bermesyuarat tauke disko/pub !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Polis P.Pinang  menunjukkan logo kerabat diraja yang palsu dipasang pada sebuah kereta mewah semasa membuat serbuan di sebuah hotel di George Town, P.Pinang, Selasa.

Kereta berkenaan digunakan untuk menghadiri majlis pelantikan Ahli Majlis Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia yang dihadiri oleh 120 individu yang terlibat dalam pengurusan pusat hiburan.

Seramai 13 orang yang menghadiri majlis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjutan. Pihak polis turut membuat siasatan terhadap penganjuran majlis berkenaan. -BERNAMA

default

Indonesia guna lagi pemain natrulisasi kalahkan Harimau Malaya !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menjelang Piala AFF Suzuki  2012  tidak lama lagi, semua pasukan sibuk melakukan persiapan  mantap termasuk Juara Bertahan Malaysia .  Datuk Rajagopal dalam akhbar hari ini  sudah mendapat bayangan 22  pemain yang akan beliau pertaruhkan untuk pertahankan piala kebanggaan Asia Tenggara ini .


“Kita turun sebagai juara bertahan dan sasaran kita memang untuk mempertahankan kejuaraan. Tapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana pasukan lain juga membuat persiapan rapi dan semakin meningkat.

Sebelum itu , Malaysia  akan menyertai  perlawanan persahabatan kelas A  dengan Vietnam di Hanoi 3 November ini. Malaysia akan bertemu Thailand (7 November di Chiangmai) dan Hong Kong (14 November di Kuala Lumpur) sebagai persiapan terakhir sebelum perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Singapura pada 25 November.



Senarai 35 pemain Malaysia

Mohd. Azmi Muslim dan Irwan Fadzli Idrus Ahmad Shakir Md Ali ,Ahmad Hazwan Bakri, Mohd. Affize Faisal Mamat , Mohd. Izham Tarmizi Roslan. Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha. S. Subramaniam dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim,Amri Yahyah Amiridzwan Taj Tajudin, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Zaquan Adha Abdul Radzak ,Christie Jayaselan ,Safee Sali, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong, Azamuddin Akil dan Baddrol Bakhtiar , Norazlan Razali ,  Farizal Marlias.Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat.


Arthur Irawan 

GPB juga dikhabarkan pasukan musuh tradisi , Indonesia telah mendapatkan khidmat pemain naturalisasi mereka, Arthur Irawan & Tonny Cussel , Stefano Lilipaly & Johny Van Vuekering  utk menghadapi Piala AFF 2012. Arthur Irawan berumur 19 tahun.

 Arthur seorang pemain dlm pasukan Espanyol U-19 yg bermain di posisi bek kanan manakala Tonny Cussel pula merupakan seorang pemain dalam salah satu pasukan di Liga Belanda. Nama-nama besar bintang Garuda seperti Bambang Pamungkas, Patrick Wanggai , Elie Aiboy , Irfan Bachdim juga turut tersenarai dalam 35 pemain terakhir untuk ke Piala AFF.

Johnny Van Vuekiring 

Tonny Cussel 

 Stefano Lilipaly 


Senarai  35 pemain timnas yang didaftarkan ke AFF adalah :

GK : Samsidar, Wahyu Tri Nugroho, Endra Prasetya.

Defender : Hengky Ardiles, Hamdi Ramdan, Wahyu Wijiasntanto, Diego Michels, Fahruddin, Valentino Telaubun, Novan Setya Sasongko, Nopendi, Hamka Hamzah, Yericho Cristianto.

Midfield : Ellie Aboy, Vendri, Taufiq, Oktavianus Maniani, Hendra Adi Bayauw, Jajang Paliama, Rasyid Assyahid Bakri, Firman Utina, Ahmad Bustomi, Stefano Lilipaly, Alfin Tuasalamony.

Striker  : Irfan Haarys Bachdim, Samsul Arif, M Nur Iskandar, M.Rahmat, Bambang Pamungkas, Patrich Wanggai, Cornelis Gedy, Andik Vermansyah, Johny Van Beukering, Syamsir Alam, Yandi Sofayan Munawar.


Walaupun ramai mana  pemain natrulisasi Indonesia, harus kita ingat bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan . Kita sebenarnya  harus rasa bangga walaupun menggunakan pemain tempatan , tetapi kita boleh  memperoleh kejayaan .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.