Isu kapal pengangkut USS George Washington yang dijadikan isu politik oleh Mahfuz & pencacai Pakatan bagi mengalihkan perhatian tentang isu SUARAM & Malaysiakini terima dana dari Soros .
Sebenarnya kehadiran kapal pengangkut berkuasa nuklear ini ke Malaysia juga adalah mengadakan latihan bersama TLDM selain mengeratkan hubungan diplomatik antara negara.
oleh : Navy The Best
TLDM mengadakan latihan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu Passage Exercise (PASSEX) bersempena dengan kunjungan tiga buah kapal perang Amerika Syarikat ke Pelabuhan Klang baru-baru ini. Latihan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan juga meningkatkan persefahaman di antara tentera laut kedua-dua negara.


Latihan manuvra bersama kapal pengangkut pesawat USS GEORGE WASHINGTON dan aksi akrobatik yang dipamerkan oleh pesawat Super Lynx serta Sea Hawk yang dimiliki oleh Tentera Laut Amerika Syarikat ternyata pengalaman yang mengujakan bagi kesemua warga kapal yang terlibat.

Ini membuktikan, bahawa visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia adalah tidak mustahil untuk dikecapi berdasarkan kemampuan dan kebolehan sedia ada sekarang. Bravo Zulu!!