Imigresen tak keluarkan pas pekerja asing di rumah urut & pusat hiburan !

on Friday, October 5, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk pekerja asing di pusat hiburan termasuk rumah urut melainkan pekerja dalam kategori spa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini, mengikut rekod Bahagian Pengurusan Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 148 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dikeluarkan kepada pekerja asing dalam kategori spa melibatkan 12 majikan antara Januari hingga Ogos lepas.

 Katanya, sebanyak 191 serbuan dijalankan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan 1,150 tangkapan atas kesalahan menyalahgunakan pas.

 Kes kesalahan menyalahgunakan pas membabitkan Pas Lawatan Sosial ialah sebanyak 1,324 pada tahun lepas dan 1,038 kes pada tahun ini setakat ini, katanya kepada soalan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang bertanya jumlah serbuan atau tindakan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut.

 "Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang membabitkan suami atau isteri warganegara membabitkan 75 kes pada tahun 2011 dan 48 kes pada 2012. Pas pelajar pula membabitkan 28 kes pada tahun lalu dan 64 kes pula pada tahun ini," katanya. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.