Ini lah punca utama ramai gadis bergelar status JANDA . Lepas puas main , Ostat berperwatakan alim ini cerai & terus mencari lagi gadis kononnya mencari isteri solehah walhal untuk memuaskan nafsunya .
“Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.
Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.
Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam. Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.
SALAM PERJUANGAN
pohon dipautkan http://rezabtanahmelayu.blogspot.com
dalam blog tuan
Terima kasih.
ini ostad pencipta sengsara bagi perempuan2 yg telah dijandakannya!!
dia sendiri GAGAL menjadikan mrk isteri solehah, dia salahkan semua org lain?
baguih punya dok ada!! celako! celako! celako!
Potong aja 'anu'nya. Mesti sengsara tak dapat main lagi. :)