Scorpene : Ketua Audit Negara dakwa pembelian ikut prosedur @Zahid_Hamidi

on Sunday, October 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak.

 Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.

 Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.

 Zahid berkata demikian selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program ‘offset’, latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Komen GPB 

Kalau dah laporan Ketua Audit Negara menyatakan pembelian kapal selam  Scorpene mengikut prosedur perundangan ,  jadi apa perlunya pembangkang  heret peguam Perancis untuk menipu  rakyat negara ini ?

Apa lagi skrip penipuan mereka yang dirancang mereka ?? GPB harap kerajaan dapat menyekat kemasukan lawyer asing ke negara kerana kehadirannya boleh jelas mahu memburukkan kerajaaan .


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.