Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan jumlah kehadiran golongan muda pada pelancaran majlis itu adalah kesan secara langsung daripada belanjawan tersebut. Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh pergerakan itu 48 jam selepas pembentangan Belanjawan 2013 Jumaat lepas menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali.
Katanya sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.
"Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.
Katanya, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno akan sentiasa turun padang selepas ini bagi memperjelaskan dasar-dasar kerajaan dan belanjawan itu kepada generasi muda. - Bernama
Komen GPB
Lepas ini kajian UMCEDEL tak boleh cari makan la .. ...hahaha..