Simbah cat umpama senjata makan tuan

on Saturday, October 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Usaha pihak tertentu menggambarkan kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak kurang disenangi rakyat nampaknya seperti senjata memakan tuan.

Ini gara-gara tindakan menyimbah cat merah ke billboard yang tertera wajah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di tiga lokasi di Manjung gagal memberi sebarang impak negatif.

Seperti Agendadaily lapor dan siarkan gambarnya kelmarin, tiga perempat wajah Dr.Zambry ditutupi dengan cat berwarna merah manakala Najib juga terkena tempiasnya dalam perbuatan khianat itu.

Namun apa yang berlaku sejak program bermula disebelah pagi di Hilir Perak sehingga ke Manjung pada sebelah tengahhari Khamis, orang ramai keluar berduyun-duyun menyambut dan meraikan rombongan Perdana Menteri.

Program yang diatur berjalan lancar sehingga mengundang komen dari Perdana Menteri yang amat teruja dengan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat.



Ketika berucap di majlis Jamuan Janji Ditepati yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung , Najib memberi penghargaan kepada orang ramai yang datang berpusu-pusu memberikan sokongan.

Ucapan penghargaan Perdana Menteri bermula dengan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Menteri Besar Perak kerana berjaya mengatur program bermula dari Teluk Intan lagi.

Mengenai program di Manjung, Najib menganggap program itu “sangat meriah dan amat luar biasa.” Kira-kira 20,000 orang hadir walaupun ia diadakan pada hari kerja.

Untuk rekod, Jamal Abdillah yang dikenali dengan jolokan raja pop menghibur orang ramai dengan mempersembahkan 20 buah lagu-lagu “kelasiknya”.

Masa Perdana Menteri menjamu selera, Jamal sekali lagi tampil mengadakan persembahan.

Najib juga mengulas program Majlis Minum pagi PM bersama Anggota dan Keluarga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut sebagai “amat memberangsangkan.” Hadir dalam program itu Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi serta para pegawai kanan ATM.

Mengenai program Sepagi Bersama YAB PM di Arena Square, Teluk Intan, Najib berkata program itu sangat meriah. Dianggarkan 15,000 orang membanjiri tapak program.

Ketua UMNO bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim turut hadir bersama-sama para pemimpin kanan parti-parti komponen BN.

Najib teruja apabila dibawa Menteri Besar melihat logo gagasan NAJIB iaitu akronim kepada Negeri Aman Jaya 1Malaysia Bersatu yang diilhamkan Dr.Zambry.

Sambil melemparkan senyuman dan dengan diiring musik latar serta “gimik pelancaran”, Najib melancarkan NAJIB.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.