Kebijaksanaan pemimpin Melayu membantu #Bangsamoro @NajibRazak

on Tuesday, October 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





GPB mengucapkan tahniah  akhirnya perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro ( MILF) & Kerajaan Filipida  telah ditandatangani secarah sah  bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

Yang membantu suku BangsaMoro pun  adalah pemimpin Melayu .

 Hebatnya bangsa Melayu ialah   kebijaksanaan mereka menggunakan kaedah  berdiplomasi   sepertimana  Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang  menjalinkan hubungan baik dengan negara China & Siam .


Malaysia yang  menjadi pengantara perundingan damai sejak era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad  iaitu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lepas.

Siapa sangka bila Datuk Seri  Najib Tun Razak menjadi PM Malaysia  , beliau menjadi saksi satu detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro .

Selain itu , beliau juga  telah berjanji kepada  anak bangsa Moro ini  selain menawarkan latihan dan pendidikan supaya kanak-kanak di wilayah itu boleh mengintai masa depan dan tidak seperti bagi ibu bapa mereka.

 "Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. 

Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.

 Ketika menyatakan kebanggaan negara diberi penghormatan dalam memainkan peranan mengatur perjanjian itu, Perdana Menteri berkata Malaysia sanggup membantu dalam membangunkan institusi di Mindanao supaya masyarakat Bangsamoro yang membesar di wilayah itu dapat diperkasakan lagi. 

 Malaysia juga sanggup membantu dalam bidang pembangunan tanah supaya golongan petani, yang merupakan bekas pejuang kemerdekaan di Bangsamoro, boleh menikmati hasil daripada keamanan yang dicapai, katanya. 

"Dekad yang lalu telah mengukuhkan ikatan di antara negara kita. Malaysia bersedia untuk membantu sebagai rakan kongsi untuk keamanan," jelasnya di dalam Dewan Rizal di Istana Presiden Manila. Namun kata Najib, perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak menyelesaikan semua masalah tetapi ia menetapkan parameter untuk keamanan, mengembalikan maruah kepada orang-orang di Selatan Filipina. 

 "Dakwat pada kertas ini tidak akan menyelamatkan nyawa melainkan jika semua pihak mempertahankan prinsip-prinsip yang ditandatangani ini...

"Ujar Perdana Menteri yang mempertegaskan sekali lagi komitmen Malaysia. "Kita akan berdiri bersama anda untuk memastikan perjanjian ini berhasil,"tegasnya.




Kebijaksanaan pemimpin Melayu  berdiplomasi telah membantu Bangsamoro 
menuntut hak  mereka. 




Sebenarnya Bangsa Moro ini adalah Melayu Mindanao. Gelaran 'Moro' ini diberikan  oleh penjajah Sepanyol kerana menyamakan mereka dengan pejuang-pejuang Islam Moors di Afrika Utara ketika pulau berkenaan dijajah pada tahun 1500.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.