Mahfuz tak dapat beza lawatan dengan campur tangan asing @Zahid_Hamidi

on Tuesday, October 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Cukup dangkal sekali pandangan pemimpin PAS Mahfuz Bean  yang mempolitikkan isu persinggahan kapal USS George Washington kononnya bakal mendirikan pengkalan tentera  . Ternyata beliau   tak boleh bezakan lawatan muhibbah oleh  tentera negara lain dengan campur tangan asing dalam hal kedaulatan negara.

Untuk pengetahuan Mahfuz , Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang tidak membenarkan pengkalan tentera asing  berada dalam negaranya .  Tak perlu risau selagi kerajaan BN memerintah Malaysia , tiada seinci pun tanah Malaysia dijadikan pengkalan tentera asing .

Yang hairannya , kenapa Mahfuz tak bersuara tentang SUARAM menerima dana asing seperti Soros ? Itu tak ada agenda tersembunyi ka ?? Siapa yang menjadi alat asing sekarang ni ??



Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut.

 "Lawatan muhibah tentera laut dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik. "Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak," katanya kepada Bernama, di sini, SElasa. 

 Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily, yang menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini. Mahfuz merujuk kepada kehadiran kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang pada Ahad dan dilaporkan persinggahan sulung selama lima hari itu bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia. 

 Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata menjadi dasar pertahanan negara untuk menerima kunjungan pegawai dan anggota tentera dari negara sahabat bagi mempertingkatkan diplomasi ketenteraan. 

 "Ini bagi menjalin hubungan yang baik antara angkatan tentera serantau dan negara ini. "Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerap mengadakan kunjungan muhibah ke negara luar bagi menjalin hubungan dan memperolehi pendedahan dan pengalaman baru. 

Kunjungan balas juga kerap diterima dari angkatan tentera negara luar," katanya. Pada masa yang sama, tegas beliau Malaysia bersikap tidak mahu negara asing campur tangan dalam hal ehwal pertahanan negara ini. 

Menurutnya kapal tersebut berpangkalan di Darwin, Australia dan Malaysia merupakan laluan kapal itu. USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dan sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.