Trafik jammed teruk malam ini sempena Aidiladha

on Friday, October 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUALA LUMPUR - Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai tengah hari ini apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha esok. Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan sesak di plaza tol Jalan Duta bagi perjalanan ke utara dan Plaza Tol Sungai Besi untuk ke selatan dan trafik bergerak perlahan di plaza tol Karak menuju ke pantai Timur. Trafik juga perlahan menuju ke selatan ekoran kemalangan di KM279.4 berhampiran Hentian Nilai tetapi tiada lorong ditutup, kata jurucakap itu.

 Menurut Twitter PLUS, trafik bergerak perlahan di Jambatan Pulau Pinang, laluan berhampiran Bukit Tambun dan persimpangan Putra Mahkota ke R&R Seremban.

 Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS bagi perjalanan sehingga Ahad, dengan kenderaan bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan keluar lebih awal. Bagi laluan di Tambak Johor, Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap.

 Pengguna juga dinasihati mematuhi panduan tersebut bagi perjalanan pulang ke ibu negara selepas sambutan itu. - BERNAMA


One Response

  1. Apakah ini petanda rakyat Malaysia susah?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.