Malaysiakini jumpa Soros seperti HAMBA - Ezam

on Monday, October 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyangak matawang George Soros adalah perjumpaan antara pesaing yang mempunyai kepentingan berbeza, kata Senator Mohamad Ezam Mohd Nor. Jelasnya, berjumpa antara seorang pesaing atau lawan dengan pertemuan antara tuan dan hamba tentulah berbeza.

 "(Bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir Mohamad dan Najib bertemu dengan Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza manakala Malaysiakini berjumpa Soros pertemuan antara tuan dan hamba.

 "Kepentingan mereka sama iaitu meruntuhkan negara yang berdaulat di mana satu pihak menadah tangan sebagai hamba manakala satu pihak lagi memberi dana sebagai tuan," katanya dalam satu kenyataan media pagi Ahad.

 Menurut Ezam, jika dilihat semula dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW juga pernah berjumpa beberapa ketua masyarakat Yahudi yang menjadi seterunya.

 "Malah kebiasaan seorang jeneral perang dulu dan kini bertemu lawan mereka terlebih dahulu," katanya. Sebelum ini, portal berita Malaysiakini yang tidak tahan dikritik berikutan sah menerima dana dari Soros mendedahkan Najib juga ada bertemu Soros pada tahun 2010.

 Najib dalam reaksinya mengakui memang benar beliau ada bertemu Soros pada 27 September 2010 ketika menghadiri sidang Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

 "Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu?. Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak,"katanya. Beliau juga selamba secara berjenaka kata ,"tak perlu dibimbangi.

 Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat." Menurut Perdana Menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah jumpa dengan Soros. 

Mengulas lanjut, kata Ezam, tindakan Soros yang menggunakan wangnya untuk meruntuhkan negara boleh dilihat dalam kes di Eropah Timur seperti negara Georgia dan Hungary, selain yang terbaru di Mesir ketika dan selepas revolusi menggulingkan Presiden Husni Mubarak.

 "Soros adalah tuan yg mempunyai agenda dan niat jahat, beliau meruntuhkan asas dan nilai budaya/agama sesuatu negara dan gantikan dengan nilai liberal tanpa batas atas topeng hak asasi manusia dan demokrasi," ujar beliau. Soros yang merupakan jutawan dari perniagaan mata wang diketahui umum menaja bermacam bentuk gerakan 'demokrasi' yang berselindung di sebalik nama NGO di seluruh dunia melalui beberapa saluran termasuk Open Society Institute (OSI) yang dipengerusikannya.

 OSI yang kini ditukar kepada Open Society Foundations (OSF) telah bertapak di lebih 70 negara yang membentuk jaringan yang amat besar melalui aktiviti NGO khususnya atas nama hak asasi manusia. Pengaruh Soros ke atas media antarabangsa juga tidak boleh disangkal dengan Stesen TV Fox News di AS pernah melaporkan lebih 30 organisasi media menerima 'bantuan' daripada beliau bagi memastikan kandungan berita mengikut percaturannya.

 Di luar AS pula, nama Soros turut dikaitkan sebagai antara individu dan kumpulan yang membiayai gerakan mengguling beberapa kerajaan Islam di Asia Barat dan Afrika Utara ketika rusuhan Arab Spring dan kini turut dikaitkan dengan agenda menukar kerajaan di beberapa negara Islam dan negara rantau Asia. Selain itu, dana asing daripada pertubuhan seperti OSF juga dikesan membantu gerakan pemikiran liberal khususnya budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kebebasan bersuara mutlak ala Barat serta melemahkan pengaruh Islam.

 Bagaimanapun, negara seperti China, Iran, Jerman, Perancis, Cuba, Jepun, Korea dan Thailand merupakan antara yang memantau dan menyekat bantuan dana mahupun campur tangan asing yang digerakkan melalui pertubuhan seperti OSF. Di Malaysia, NGO tidak berdaftar, Suaram dilaporkan menerima dana daripada Soros melalui OSI antara 2007 hingga 2010 berjumlah lebih AS$180,000 (RM553,074.13) sementara sebuah parti politik pembangkang dan Malaysiakini turut dikaitkan menerima bantuan daripada dana asing.-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.