Nampaknya ada pihak tertentu semakin panas punggung dengan gerak kerja Wanita UMNO bertemu pengundi & rakyat . Itu yang sampai melepaskan geram pada van Skuad Sayang Wanita UMNO Bandar Tun Razak .
Contengan tertera BABI & SIAL dengan cat merah di body van adalah ugutan kepada Wanita UMNO untuk melemahkan semangat mereka berkhidmat untuk masyarakat . Tapi yang bangangnya tu , ada pencacai Pakatan menuduh ini kerja orang UMNO sendiri.
Awat la bodoh sangat , tak kan la orang UMNO nak pergi conteng kenderaan parti sendiri . Pasti nya ini kerja pihak yang dengki dengan Wanita UMNO yang aktif bekerja & membantu rakyat .
Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.
"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini. Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. SH