Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan pembelian dua kapal selam Scorpene termasuk menabur fitnah kononnya, aset tersebut tidak boleh menyelam menghina kewibawaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) secara langsung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan dan seluruh warga TLDM mengetahui kapal selam itu bukan sahaja boleh menyelam tetapi merupakan antara kapal selam konvensional terbaik di dunia dari aspek kemampuannya.
Berucap di hadapan kira-kira 8,000 anggota dan pegawai TLDM dalam Majlis Mesra Warga TLDM Bersama Perdana Menteri di sini, Najib berkata, isu tersebut tidak wajar terus dipolitikkan kerana sudah banyak penjelasan dilakukan sebelum ini.
"Ini bukan sesuatu yang terlalu sulit, tetapi boleh saya sebut seperti yang kita semua tahu kapal itu boleh menembak peluru berpandu sewaktu berada di bawah permukaan laut dan kita telah pun cuba perkara ini. Peluru berpandu yang ditembak memang boleh kena sasarannya.
"Kita tidak buat keputusan membeli dengan sewenang-wenangnya tetapi malangnya ia dijadikan bahan politik yang secara tidak langsung menghina kewibawaan TLDM. Ini kerana TLDM sendiri bersetuju pembelian kapal itu kena pada tempatnya," katanya.
Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Armada TLDM, Datuk Abd. Hadi A. Rashid.
Najib berkata, selain penjelasan demi penjelasan berhubung isu itu kerajaan juga menjemput pemimpin pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merasai sendiri pengalaman menyelam dengan kapal selam Scorpene.
"Apabila Guan Eng tengok kapal selam itu boleh timbul, cerita kapal selam tidak boleh menyelam sudah tidak jadi modal. Selepas itu, dia kata pula terlalu mahal tetapi sebenarnya syarikat yang jual itu milik kerajaan Perancis.
"Mereka punya harga standard. Mana-mana negara itulah harganya. Mereka tidak boleh kenakan harga lebih daripada itu. Tapi masih banyak dakwaan yang cuba dijadikan bahan politik kerana maklum sahaja apabila sudah dekat musimnya (pilihan raya)," katanya.
Najib berkata, pembelian kapal selam itu bukan dibuat dalam tempoh singkat tetapi dengan penuh teliti selepas 30 tahun diminta TLDM.
Dalam pada itu, Najib berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan institusi yang amat penting dan perlu terus diperkuatkan dari semua dimensi.
Menurut beliau, jasa ATM kepada negara terlalu besar dan terbaharu menerusi peranan yang dimainkan sehingga termeterainya perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
"Kesannya amat besar. Konflik selama 40 tahun berakhir. Kawasan tersebut boleh dimajukan, Bangsamoro dapat mengembalikan maruah mereka dan mereka juga dapat menempa masa depan yang jauh lebih baik," katanya.
Pakatan hina TLDM melalui isu Scorpene
on Friday, October 19, 2012
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2012
(827)
-
▼
October
(78)
- 35 ribu pelabur nak cepat kaya jadi mangsa penipua...
- 2 portal web mempengaruhi rakyat Malaysia jadi pen...
- Johor beli penjaring terbanyak La Liga Sepanyol un...
- Pizza Hut Indon guna cewek model tarik pelanggan !!
- Syabas !! Pemuda UMNO turut bantah sistem AES @kh...
- Genneva Malaysia 2 X 5 Skim Cepat Kaya - Menteri
- Awas !! Hisap Shisha membahayakan kesihatan !!
- Pembohongan cerita Isteri muda tendang Ketua Mente...
- Misteri siapa yang mati kemalangan di Jambatan P.P...
- ATM pantau isu rakyat Malaysia jadi pengganas mi...
- Kuala Lumpur tersenarai 27 bandar utama dunia !!!
- Pemimpin PAS kata rumah urut haram boleh dijadikan...
- PANAS ! Van Wanita UMNO diconteng perkataan BABI ...
- AWAS ! Ostat Ustaz ini punca 11 gadis menjadi JAN...
- Apa hal poster korban tertera Shahrizat Lembu ??
- Nuno Gomes bakal sertai Liga Malaysia musim depan !!
- Trafik jammed teruk malam ini sempena Aidiladha
- Doktor gatal ramas buah dada janda sampai sakit !!
- Bung sepatutnya bangga Syed Mokhtar berjaya - Zahrain
- Nora Danish mahu berubah dan ingin bertudung
- Gambar mesra TMJ bersama Fazura
- Mengapa rakyat Kelantan ramai minta SPA ??
- Suami kecewa tertangkap isteri sedang beromen di b...
- Anwar kantoi !! Pakatan juga ada kepentingan dala...
- Polis serbu kerabat Diraja Kedah palsu bermesyuar...
- Indonesia guna lagi pemain natrulisasi kalahkan Ha...
- Fakta yang Anwar & Pakatan mesti sembunyikan !!
- Apa petanda bila Kamera AES rebah ke bumi ?
- Dap buta sejarah mahu isytihar Malaysia negara sek...
- Tahniah Harimau Muda menjuarai Piala Newspaper 2012
- Cowboy girl pakai jeans ketat daya tarikan jual da...
- Malaysia diperintah pemimpin UMNO jadi contoh duni...
- Kebodohan pencacai PAS di final Piala Malaysia 2012
- Mercedez Benz Nik Aziz disamakan unta Rasulullah ?
- Malam ini Piala Malaysia 2012 milik ATM
- Simbah cat umpama senjata makan tuan
- Proton guna Ratu Cantik Australia jual Preve
- Tun M dedah lagi perilaku moral rendah Anwar
- Pakatan hina TLDM melalui isu Scorpene
- Ahli Parlimen BN dedahkan AES untuk kaut keuntun...
- AES adalah undang-undang tak masuk akal !
- Cara terbaru untuk elak masuk perangkap kamera AES !!
- Blogger hentam sistem AES dituduh sokong pembangka...
- Misteri tengkorak & kematian Adolf Hitler
- Pelacur Siam guna ilmu sende pikat lelaki Malaysia ..
- DAP & Dong Zhong malu besar Malaysia negara iktira...
- Suami tangkap isteri berkhalwat dalam kedai pakaia...
- Sebab ini kapal USS George Washington berada di Ma...
- Hati saya sentiasa bersama Malaysia - Ong Kim Swe
- Kebijaksanaan pemimpin Melayu membantu #Bangsamor...
- Guan Eng mesti terkejut bila baca berita ini....
- Apek ditawar RM 3 juta tinggalkan Kelantan !!
- Malaysiakini jumpa Soros seperti HAMBA - Ezam
- Najib jumpa, bukan bekerja untuk Soros
- Tak perlu bimbang saya jumpa Soros -Najib
- Pegawai awam ke luar negara diperketatkan kerajaan
- Dinasti LIM DAP sama seperti dinasti komunis Korea
- Samsung Galaxy Note 2 jadi pilihan ramai blogger ...
- Zul Nordin tunjuk bukti doa Malaysia negara Kristi...
- Tahniah ATM layak ke final Piala Malaysia @Zahid_H...
- Pembangkang lemah matematik, bajet boleh bangkrap ...
- Panglima Awang@Enrique Melaka pertama mengelilingi...
- Sistem kamera AES wajar ditangguhkan...
- Mat Sabu tak tahu Mat Indera mengaku anggota Komu...
- Mahfuz tak dapat beza lawatan dengan campur tangan...
- Penutupan TUDM Sungai Besi & kebodohan PAS
- Adakah ini gambar Proton SUV terbaru ?
- Kapal USS George Washington tiba di Malaysia ...
- Hot ! Pusat hiburan di Kajang jadi mini Hanoi ...
- Scorpene : Ketua Audit Negara dakwa pembelian ikut...
- PANAS ! Bahaya langgan pelacur Vietnam ...
- 10 pegawai kerajaan disogok jadi dalang SUARAM !
- Imigresen tak keluarkan pas pekerja asing di ruma...
- Tiada siapa dipaksa hadir kenduri anak Ketua Mente...
- Khairy malukan lagi Anwar kat Parlimen dengan fakta !
- Persamaan antara Dr Maza & Anwar Ibrahim...
- Bajet 2013: Kajian pengundi muda meningkat sokong ...
- Buku panduan haji ada gambar Jesus !
-
▼
October
(78)