Kapal USS George Washington tiba di Malaysia ...

on Monday, October 8, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS), USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

 Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia. "Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

 "Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan di di Port Klang Cruise Centre, di sini hari ini.

 Beliau berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

 Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok. - BERNAMA


Komen GPB 

Satu hari nanti GPB yakin  ATM juga bakal memiliki kapal induk pesawat berkuasa nuklear ini ...

Tapi yang akan memburukkannya ialah pembangkang seperti mana berlaku kepada 2 kapal selam  Scorpene kononnya tak boleh selam & ada skandal komisyen .





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.