Awas !! Hisap Shisha membahayakan kesihatan !!

on Tuesday, October 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengharamkan penggunaan shisha yang didakwa semakin menular dalam kalangan masyarakat terutama remaja negara ini. Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, gejala menghisap shisha kian menular di Malaysia berikutan kewujudan banyak premis yang menyediakan kemudahan menghisap shisha yang menjejaskan kesihatan orang ramai itu. 

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Langkah perlu diambil memandangkan menghisap shisha merbahayakan kesihatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

 S.M. Mohamed berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan kerana penghisap shisha menyedut asap 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter asap.

 Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

 Tambahnya, penghisap shisha boleh mengalami ketagihan dan penggunaan arang dalam peralatannya boleh meningkatkan masalah paru-paru dan seterusnya memudaratkan kesihatan penggguna dalam jangka masa penjang.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.