Genneva Malaysia 2 X 5 Skim Cepat Kaya - Menteri

on Tuesday, October 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat tersebut. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, siasatan juga mendapati Genneva Malaysia mengambil deposit para pelabur baru untuk membayar pulangan pelabur lama dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu meneruskan operasinya.

 Menurutnya, BNM juga mendapati syarikat itu pada awalnya memang menjalankan urus niaga penjualan emas bagi menarik minat para pelabur, tetapi kemudiannya bertukar kepada hanya mengambil deposit dan jongkong emas yang sepatutnya diserahkan kepada pelanggan tergendala serta lambat.

 Oleh itu, beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia adalah sama seperti skim cepat kaya yang tidak sah dan skandal dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh syarikat milik kerajaan Pas Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT). “

Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti. “Jadi bagaimana Genneva mahu bayar apabila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan puluhan juta ringgit," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

 Pada awal bulan ini, BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu syarikat Genneva di ibu kota setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis.

 Ekoran itu, pihak berkuasa tersebut juga melakukan serbuan ke atas syarikat pelaburan jongkong emas Pageantry Gold Bhd., Caesar Gold Sdn. Bhd. dan Worldwide Far East Bhd. atas dakwaan mengambil deposit haram dan melakukan pengubahan wang haram.

 Awang Adek menambah, BNM masih meneliti tindakan sewajarnya ke atas Genneva Malaysia namun bank pusat itu tidak mungkin dapat membayar nilai pelaburan kepada para pelanggan syarikat itu.


Komen GPB 

Nak cepat kaya sangat melalui jalan mudah ,  ..sekarang lihat lah dah kena tipu .

Duit pelaburan confirm dah hangus ..ingat Bank Negara nak bayar balik  ke duit kepada pelabur ???hahaha...

Masa awal-awal penubuhan , semuanya nampak ok ..tapi bila dah lama rupanya  mereka berniaga dengan  ambil wang pendeposit baru dan bayar balik kepada pulangan pelabur lama..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.