Sistem kamera AES wajar ditangguhkan...

on Wednesday, October 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa itu kamera AES ??  menatang ini semua boleh menjahanamkan BN di  PRU 13 ... Sapa  dapat projek ini pasal ini haramjadah ini ??? Sapa ada info ...bagitau GPB , boleh kita londeh terus ...

Najib kalau nak menang PRU 13 dengan mandat besar, benda nama AES ini tolong tendang jauh2 dari jalanraya negara  . Jangan susahkan RAKYAT  dan bagi buta undi kepada pembangkang ..



Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pesalah lalu lintas kerana mendakwa ia membebankan pengguna jalan raya.

 Perkara itu pada mulanya dibangkitkan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, yang berpendapat sistem penguatkuasaan itu sepatutnya masih dalam tempoh percubaan.

 “Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

 Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan,” katanya. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.



 Fasa pertama pelaksanaan AES mulai 23 September lalu, mengenal pasti 63,558 pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

 Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES. “Sebelum ini dah tiga kali tangguh tapi bila dilaksanakan kita lihat lebih kepada membebankan rakyat.

“Kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.

 Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula mencadangkan lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di lokasi-lokasi AES supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

 Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang bangun menyokong, mahu kelemahan pelaksanaan AES dikaji semula supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu. “Kita bukan menggalakan orang memandu laju tetapi mekanisme pelaksanaan AES perlu dikaji semula supaya tidak membebankan dan memberi tekanan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA


One Response

  1. Dunia says:

    Tak payah tangguh, mana nk cari duit pru dh dekat sgt ni. Buat saja mudah mudahan bn kalah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.