PAS Kedah terus angkuh tidak mahu mohon maaf

on Thursday, April 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kerajaan Pakatan Rakyat terus angkuh dan sombong dengan institusi raja dan kenyataan terbaru MB Kedah Azizan Razak berkata Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah. klik di sini

Walaupun Azizan Razak cuba membela Adun Kubang Rotan ini berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama tetapi perkara pokoknya adalah tidak wajar seorang Adun mempertikai kuasa raja di dalam Sidang Dun yang sebelum tidak pernah berlaku .

Wakil rakyat PAS ini tidak wajarnya mengemukakan soalan yang menyentuh tentang kuasa Raja-Raja Melayu dan sultan sebagai Ketua Agama Islam.

Malah Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, wakil rakyat sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada pihak yang lebih pakar dan mahir dalam soal undang-undang serta kuasa institusi beraja.

Katanya, adalah tidak wajar untuk mereka mengemukakan soalan seperti itu pada sidang Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

"Eloklah soal kuasa sultan ini diletakkan di tempatnya.

"Kita sudah merdeka lebih setengah abad dan sepatutnya wakil rakyat sudah tahu dan faham tentang sejauh mana kuasa raja-raja Melayu dan apa yang wakil rakyat patut dan tidak patut buat.Soalan seperti itu hanyalah berbaur politik. Jangan soal dari segi prosedur sahaja yang pentingnya kita seharusnya menghormati apa yang sudah termaktub itu,"


Bila semua pihak termasuk NGO2 dan rakyat marah kepada puak2 biadab , mereka mudah menafikan perkara itu sepertimana wali selipar menafikan mempelekehkan titah Sultan Selangor .

PB melihat tindakan Azizan Razak yang tidak mahu mohon maaf @ menarik balik soalan itu menunjukkan kerajaan PR kini sudah besar kepala . Selepas episod di Perak dan Selangor sudah mereka tunjuk kuasa , kini nampaknya ni negeri kesultanan tertua di negara ini pulak mahu dipertikaikan kuasa raja.




Persatuan Kerabat Diraja Kedah minta MB Kedah & Adun PAS mohon maaf

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdu:l Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dituntut memohon ampun daripada Sultan Kedah berikutan soalan berkaitan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Kedah.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah berhubung soalan berkaitan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri itu.

Katanya, PKDK menganggap tindakan mempersoalkan bidang kuasa Sultan pada persidangan DUN tidak sepatutnya berlaku berikutan kedudukan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri.

“Tindakan Mohd Nasir dengan sokongan rakan-rakannya meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah. Kami menyeru rakyat Kedah memahami kedudukan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun termasuk wakil rakyat,” katanya pada sidang media di sebuah dewan di Anak Bukit, di sini, semalam.

Tengku Zainol berkata, walaupun soalan lisan bernombor 3(a) dan 3(b) ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, ia masih tidak ditarik balik sepenuhnya daripada rekod dewan.

Ditanya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Tengku Zainol berkata, pihaknya masih tidak memutuskan tindakan susulan namun tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi mempertahankan kedaulatan institusi diraja Kedah.
.


One Response

  1. Dok Lan says:

    memang kuajaq ah depa ni

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.