SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.
“Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.
“Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Komen GPB
Risau la suami kepada isteri yang bekerja guru ini kerana ada juga perogol dikalangan guru lelaki ...