Hutang negara terkawal , KDNK negara berkembang berbanding Singapura !

on Friday, July 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Katanya hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.

 "Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun. 


Bagi 2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas," katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di ibu negara, Selasa. 

 Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata walau pun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus.

 "Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut," katanya.

 Bernama melaporkan Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata KDNK Malaysia 4.7 peratus pada suku pertama masih mengembang manakala KDNK Singapura hanya berkembang 1.4 peratus berikutan kemelesetan di dalam ekonomi global.

 "Ini baik...dengan lebih banyak pelaburan mengalir masuk dan petunjuk yang positif," katanya. Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermatlamat mengumpul maklum balas dari orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula bagi Pemandu.

 GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu-isu dan peluang bidang pertumbuhan baharu, yang boleh dilaksanakan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA). -24/7/2012


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.