UPSR : KPM DEDAH LAPORAN MALAYSIAN INSIDER MENIPU ISU GANTUNG TUGAS

on Monday, September 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kementerian Pendidikan hari ini menyangkal laporanThe Malaysian Insider  mengenai penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Nai'mah Ishak  dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias Wan Saleh susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kementerian itu berkata penjelasan yang dibuat oleh Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Madinah Mohamad , seperti yang dilaporkan di dalam portal itu, adalah mengenai terma-terma 'gantung tugas' dan bukannya 'gantung kerja' sebagaimana yang ditanya pemberita.

“Adalah dimaklumkan kenyataan kepada media yang telah di buat oleh Dr Madinah adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Ketika di tanya pemberita selepas merasmikan Program Chill Fest @ Putrajaya, Dr Madinah menjelaskan terma-terma"digantung tugas" dan bukan"digantung kerja" sebagaimana yang di tanya oleh pihak media.

“Dr Madinah telah menjelaskan penggantungan tugas adalah merupakan satu langkah pentadbiran yang diambil oleh Kementerian di mana ia tidak berbentuk punitive atau hukuman yang bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran kertas UPSR.

“Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Tan Sri Muhyiddin, kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan.

“Oleh yang demikian, laporan Malaysian Insider dengan tajuk 'UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas' melaporkan bahawa Dr Na'imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata kenyataan itu.

Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas kedua mereka sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.

Susulan laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan.
  
Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi kedua-dua subjek yang dijadualkan pada 30 Sept.

Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Hari ini pula, Kementerian Pendidikan dan pihak polis dilaporkan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Ia dilaporkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis mengenai kebocoran itu dan siasatan sedang dijalankan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatan, turut memberitahu Astro AWANI bahawa Menteri Pendidikan akan menyetuai penyiasatan di peringkat kementerian.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.