Drama Godfather DAP berakhir , akhbar Tamil dipersalahkan

on Friday, December 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Macam sial sekali drama Tamil pertelingkahan antara Godfather dengan Ramasamy .  Yang jahatnya ialah akhbar Tamil kononnya membuat laporan silap .

Kalau laporan akhbar ini silap , mengapa Rayer yang penakut ini sanggup pi buat laporan polis disebabkan ugutan bunuh ??   Jangan ingat orang bodoh la dengan ending rekaan Kit Siang dan anaknya ini.








Rayer buat laporan polis, dakwa terima ugutan bunuh

ADUN Seri Delima, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy.

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.