Pemuda hantar kumpulan pemidato terbaik
BENTONG 5 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya untuk berdepan dengan penceramah pembangkang terutama Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan 'pentas' pertama bagi kumpulan pemidato yang baru diwujudkan oleh pergerakan tersebut.
''Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu mengambil bahagian dalam pidato, debat, ceramah dan panel dalam forum tertentu bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.
Kira-kira 120 pemimpin pergerakan itu menyertai kursus tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini.
Khairy memberitahu, penubuhan unit pidato tersebut bertujuan menyaingi kumpulan penceramah pembangkang yang selama ini bijak mengeksploitasi isu-isu tertentu sehingga mengelirukan rakyat.
Beliau mengakui ada di kalangan pemimpin UMNO gagal berdebat dengan pembangkang dalam menjawab isu-isu tertentu.
''Dalam keadaan tertentu, kita tidak mampu mengatasi strategi pembangkang yang bijak mengeksploitasi isu," jelasnya.
Selain di Manek Urai, kata beliau, unit tersebut akan bergerak ke seluruh negara untuk memberikan penerangan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Selain kursus asas tersebut, tambah beliau, Pemuda UMNO juga akan mengadakan kursus pengucapan profesional membabitkan 60 anggota pergerakan berkenaan.
Mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Khairy berkata, pergerakan itu sedang mengatur strategi untuk menarik golongan muda di kawasan berkenaan.
Mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung konsep 1 Malaysia yang dianggap gagal menyatupadukan rakyat, beliau menegaskan, tanggapan tersebut disebabkan oleh pemimpin pembangkang berasa terancam dengan gagasan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Tegas beliau, Abdul Hadi sepatutnya mewujudkan konsep '1 pembangkang' terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gagasan yang dibawa oleh pemimpin negara itu.
''Kita lihat sendiri pembangkang tiada perpaduan, parti-parti pembangkang sendiri bertelagah antara satu sama lain. Dalam Pas pun sudah terbelah dua, ada kelompok ulama dan kumpulan profesional," katanya.
Link
BN Ada Peluang Cerah Menang Di Manik Urai Jika Tampil Calon Tepat – Khairy
Pemuda mula gerak jentera di Manik Urai
on Sunday, June 7, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
June
(41)
- Hari Belia Negara PP - Tiada penglibatan kerajaan ...
- Manik Urai : Pengurus Kanan VS Penjual Ikan
- Debat : buang masa sahaja
- Manik Urai : Pemuda terus giat mendekati pengundi ...
- Nik Aziz riak dan mahu UMNO berdepan dengan saya
- Forum Antara Persepsi, Manupulasi dan Provokasi
- Khalid Ibrahim kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?
- Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau ...
- Pelancaran jentera Pemuda BN Manik Urai
- Cerita Pak Haji dari Perak dah muak , keluar dari...
- Manik Urai : BN umum calon Ahad ini
- PAS tak berguna satu sen pun di Pulau Pinang
- Hari Penentuan 8 Julai
- Ketua Dewan Ulama PAS Perlis pun tak betul ,dida...
- Pergi jalanlah DAP
- Kerajaan perpaduan wayang PAS sahaja
- Gagasan Melayu Perak - MB Perak & Tun M
- MPSP pilih bulu robohkan gerai peniaga Melayu
- Selamat Hari Bapa
- Perpaduan kini untuk semua rakyat Malaysia
- Saiful vs Anwar - Siap yang takut akan kebenara...
- Nik aziz marah betul sehingga minta Nasharuddin le...
- Nizar barua DAP sudah buat gila di Parlimen
- Pemuda Umno masuk bandar tumpu golongan muda
- Pro Kerajaan Perpaduan diminta jangan berkempen di...
- Presiden PAS perlu minta maaf dan dengar arahan DA...
- Forum Perdana : Politik - Agenda Perubahan
- Adun DAP Jawi nak letak jawatan pulak gara-gara ...
- Badrul Amin kutuk Mufti Perak
- SPM : Lulus BI wajib ?
- JKKKN Pakatan Rakyat zalim dan kurang ajar
- Mulakan muzakarah UMNO-Pas - Khairy
- Pemuda UMNO Bantu Dapatkan 18 Kad Pengenalan Anak...
- Pemuda mula gerak jentera di Manik Urai
- Ketua Erdogan balik bungkus ..
- Pemuda PAS pun mahu pertahan hak bumiputra
- PR di Pulau Pinang bergolak kembali
- Nama Pemuda UMNO di Muktamar Pemuda PAS
- Dr Mansor - TKM yang mendapat sokongan 46 % sahaja
- Ahmad Maslan guna pendekatan tersendiri dekati rakyat
- Undi PKR menurun di Penanti , Mansor TKM 1 PP
-
▼
June
(41)