..

..

GAMBAR MENARIK KETIBAAN PRESIDEN AS OBAMA KE MALAYSIA @NajibRazak

on Saturday, April 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Malaysia mengucapkan "Selamat Datang" kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan hamparan permaidani merah pada upacara sambutan rasmi bagi pemimpin Amerika itu di sini hari ini. Obama sebelumnya mendarat di Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke negara Asia Tengggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk. 

Beliau disambut di Bangunan Parlimen di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalon Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari.

 Lawatan Obama ke Malaysia, sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia, adalah yang pertama oleh seorang presiden Amerika Syarikat dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

 Obama sebelum ini melawat Jepun dan Korea Selatan. Negara terakhir yang akan dilawatinya dalam lawatan ke Asia ialah Filipina.

 Upacara sambutan di Dataran Parlimen dengan tembakan meriam 21 das. Presiden Obama kemudian diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet pada upacara sambutan yang juga dihadiri oleh anggota-anggota kor diplomatik.

 Obama akan berlepas ke Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya pada Ahad untuk mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum bertolak ke Cyberjaya bagi pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang akan menjadi platform bagi para usahawan mengembangkan sayap mereka.

 Jadual lain dalam lawatan Obama adalah mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan melawat Masjid negara. - Bernama








One Response

  1. Anonymous says:

    NAJIB dah jadi tali balut yahudi....kesian

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.