Pelantar minyak dijadikan pengkalan laut atau Sea Basing jarang sekali dilihat tetapi kini sudah ada di Sabah sebagai markas di barisan depan berdepan ancaman musuh negara .
Tahniah kepada DS Hishamuddin yang kreatif menggunakan bekas tapak pelantar minyak sebagai Sea Bassing bagi mengawal perairan Pantai Timur Sabah.
Ancaman IS merupakan cabaran kuat kepada negara di dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali. Pengaruh IS juga sudah mula menular dikalangan puak pemisah Selatan Filipina dan sudab baiah kepada pemimpin agong pengganas itu .
Semoga dengan adanya Sea Basing dapat membanteras penceroboh daripada menggugat kedaulatan negara !!
Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia
Sea Basing
Tawau, 12 Oktober 2015
Hari ini saya adakan lawatan kerja meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan dan sistem pertahanan di Sabah termasuk bertemu dengan anggota yang terlibat dalam Op PASIR serta menilai sendiri keupayaan Pangkalan Laut (Sea Basing) dalam berhadapan dengan pelbagai ancaman yang wujud dari dalam dan luar negara.
Ini kerana, situasi terkini berhubung ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah telah mengubah lanskap/skop keselamatan dan pertahanan negara. Meskipun situasi di Pantai Timur Sabah terkawal, namun adalah amat penting segala perancangan, pemantapan serta persiapan yang rapi dilakukan dari sekarang untuk mendepani ancaman ini.
Dalam konteks ini, terdapat 4 aktiviti/ gerakan utama yang berpotensi memberi ancaman besar kepada keselamatan dan pertahanan di Sabah, iaitu rancangan penculikan, rompakan laut, rancangan pencerobohan dan ancaman Islamic State (IS).
Berhubung ancaman IS, ianya melibatkan gerakan luar yang lebih bersifat sofistikated dan kompleks. Pada dasarnya tiada ancaman secara langsung daripada militan IS di Pantai Timur Sabah dan setakat ini belum ada bukti yang kredibel menyatakan elemen-elemen IS telah bertapak di Pantai Timur Sabah. Namun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana kawasan ini sering berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan yang membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari Selatan Filipina.
Pada ketika ini, pengaruh IS dipercayai mendapat sambutan di kalangan kumpulan-kumpulan pengganas dan pemisah di Selatan Filipina kerana pemimpin-pemimpin kumpulan ini seperti Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Moro National Liberation Front (MNLF) dan Rajah Solaiman Movement (RSM) telah menyatakan kesetiaan (Bai’ah) kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi pada tahun 2014. Secara tidak langsung, unsur ekstremis ini berupaya mempengaruhi sebuah kumpulan di Sabah melalui jaringan pengganas yang sedia terjalin. Selain itu, ancaman militan ini juga turut berkait dengan 5 anggota militan rakyat Malaysia yang kini bersembunyi di Selatan Filipina.
Maka bagi mengukuhkan lagi keselamatan di Pantai Timur Sabah, pihak Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia telah mewujudkan Pangkalan Laut atau Sea Basing. Sea Basing ini merupakan inisiatif baru menggunakan pelantar minyak sebagai pangkalan hadapan untuk menguatkuasa pertahanan Pantai Timur Sabah. Sehingga hari ini terdapat 2 Sea Basing utama iaitu Pangkalan Laut Tun Azizan dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang telah beroperasi sejak Mei lalu. YAB Perdana Menteri dijangka akan merasmikan Pangkalan Laut ini dalam masa terdekat.
Pelaksanaan Sea Basing ini adalah pendekatan luar kotak hasil inisiatif saya sendiri. Ia adalah pendekatan pertama seumpama di dunia dan kini menjadi model pertahanan kepada negara-negara lain. Tugas Sea Basing ini ialah bertindak sebagai cegah rintang bagi membanteras penceroboh pengganas, pengumpul maklumat perisikan taktikal dan komuniti maritim, berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan, menyediakan bantuan logistik kepada bot pemintas, bertindak sebagai pusat operasi hadapan untuk mengkoordinasikan operasi kawasan ancaman, berperanan sebagai platform pengoperasian helikopter dan bertindak sebagai pelantar untuk pasukan atur gerak cepat.
Demi memastikan fungsi Sea Basing dapat dimaksimakan, pihak Kerajaan telah menambah baik Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan dengan memasang peralatan komunikasi radar dan CCTV, jacking system, pemasangan Pontoon, motor air compressor, trouble shooting water marker parker dan trouble shooting Maralia dan HVAC. Keupayaan radar yang dipasang iaitu jenis CSS 1206 mampu mengesan sasaran permukaan sejauh 20KM dan akan ditambah baik dengan pemasangan Radar CSS AESA Spexer 2000 kelak. Kesemua kos pembinaan dan penambahbaikan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Petronas.
Selain daripada itu, pihak kerajaan Malaysia juga telah mengatur gerak aset daripada ATM seperti Bot Tempur CB90, aset-aset APMM dan aset Polis Marin bagi terus mengukuhkan lagi kedudukan dan fungsi Sea Basing. Ianya turut melibatkan krew TLDM dan Anggota PASKAL. Pada masa yang sama, kerjasama risikan antara ATM dan agensi keselamatan Filipina terus dimantapkan bagi mendepani ancaman yang wujud.
Idea ni bukan baru or kreatif. Idea ni dah lama Shah Paskal utarakan dalam militaryofmalaysia.net
Jadi jugak strategi nh
Betul ka IS ni jahat? Yang kata depa jahat ialah orang2 Barat kafir sahaja...dah tu ada orang Islam percaya pula. .elok pi bergaul dengan IS dulu dan analisa modus operandi mereka..kaji apa kebaikan dan keburukan mereka..baru buat keputusan...itu baru adil..kita suka menilai sesuatu dari kaca mata komen orang lain...kenapa Russia nak hantar 150,000 ground troops lawan IS? Kenapa? Orang kafir rasa tergugat dan takut dengan IS...kita pun tumpang takut pulak. ..alahai..itu lah padahnya banyak sangat makan Belacan China buatan apek2 Dapigs..