Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalimah Allah !!

on Tuesday, December 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ustaz  Ismail Mina Ahmad menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti memperlekehkan perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu perkataan 'Allah' digunakan semula dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.

Ismail berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi di kalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini.

 "Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini.

"Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada pengganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Guan Eng tadi menggesa kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi bahasa Malaysia.

Menurut Guan Eng gesaan ini datang atas sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun," katanya.

Ismail turut menyifatkan penganut Kristian di negara lain pun tidak menjadikan perkataan 'Allah' sebagai sandaran untuk sewenang-wenangnya mengelirukan orang ramai terutamanya penganut Islam.

"Orang Kristian sendiri pun tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Biblenya, kenapa tidak menggunakan perkataan Allah kerana di dalam Bahasa Melayu Tuhan kan?

"Sepatutnya dulu dalam tulisan Bible mereka, mereka menggunakan khalimah Allah, mereka sendiri pun tidak menggunakan khalimah Allah, maka sebab itu kita katakan ini adalah satu provokasi (Lim Guan Eng) kepada umat Islam sebab semua teks-teks di dalam Bible dalam bahasa tempatan, atau bahasa German ke, mereka tidak menggunakan perkataan Allah," katanya.

Untuk rekod sebelum ini akhbar Mingguan Khatolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan dengan masalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' dalam agama Kristian.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Malah tindakan menggunakan perkataan 'Allah' itu oleh The Herald mendapat teguran Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  yang juga sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Baginda bertitah bahawa Negeri Selangor hendaklah teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di Negeri Selangor.

Adalah penting kedudukan agama Islam dipelihara setiap masa sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan (Negeri Selangor) 1959 yang memperuntukkan bahawa Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam Negeri ini hingga kini hendaklah menjadi agama Negeri, dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang-orang yang menganutinya di mana-mana bahagian Negeri ini.- ANTARA POS-


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Guan Eng sial ni nak mampos kot. Makin lama makin melampau nak duga kesabaran org islam.Ada tak sempat lari balik Johor nanti. Jangan melampau sangat ya.....

  2. KZSO says:

    Diversion isu tanah dan anugerah dato dlm politik, itu jer. Jgn terperangkap dgn permainan licik kafir harbi ini

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.