Kalimah Allah: Desakan Guan Eng wujudkan Kristianofobia

on Wednesday, December 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Fathul Bari Mat Jahaya, DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.

 "DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP)."Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.

 Mengulas lanjut Fathul berkata, gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini.Malah Fathul berkata beliau yakin Guan Eng sendiri tidak menggunakan kalimah itu dalam kehidupannya seharian."Ini (merupakan) satu polemik yang tidak kunjung sudah.

 Sampai hampir dengan PRU isu ini dibangkitkan,"Berapa kali dia sebut kalimah Allah itu dalam kehidupan dia ?," soalnya.

 Selain itu Fathul berkata tindakan DAP yang agresif memainkan isu agama mewujudkan satu fenomena baru iaitu 'Kristianofobia' yang akan mengakibatkan orang Islam berasa takut akan agama Kristian.

 "Kenyataan Lim Guan Eng boleh menimbulkan kristianofobia. Orang Islam takut pada Kristian," ujarnya.Guan Eng dalam perutusan khas sempena sambutan Krismas sebelum ini menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu.Desakan beliau itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.