Pembangkang panik Malaysia perbaiki indeks rasuah ke tangga 54 !!

on Thursday, December 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) Paul Low berkata Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini namun skandal politik besar menjejaskan prestasi negara.

Katanya, Malaysia mencatat 49 daripada 100 mata yang meletakkannya di tangga ke-54 daripada kesemua 176 negara yang diselidik. Malaysia mencatat kedudukan di tangga ke-60 pada tahun lalu.

 “Walaupun ia bertambah baik, kedudukan kita masih tidak berapa baik... Ada di antara perkara ini (skandal rasuah berprofil tinggi) menghalang kedudukan kita daripada meningkat.

 "Sepanjang pengetahuan saya, 49 (mata) tidak bagus, tapi dengan segala usaha yang dilakukan, ada sedikit peningkatan.

 “Walaupun dengan semua skandal, kita lebih baik daripada kedudukan kita beberapa tahun lalu. Contohnya, kita dapat membincangkan isu rasuah dengan lebih terbuka. Suasananya berbeza," katanya.


** Bila kerajaan Malaysia serius menangani gejala rasuah dan berjaya meletakkan Malaysia di tangga 54 daripada 176 buah negara ..  pencacai2 pembangkang panas  telinga la kerana sebelum ini rasuah lah antara isu  yang dibalun mereka kepada kerajaan .




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.