Palestin puji keberanian Malaysia & @NajibRazak

on Monday, December 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Palestin menghargai dan memuji keberanian Malaysia mengecam Israel serta menyuarakan bantahan terhadap negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat susulan keganasan rejim itu di Gaza Duta Khas Palestin ke Malaysia, AbdelAziz Abughoush, berkata semangat kesepaduan ditunjukkan rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik dalam isu membabitkan serangan terbaru Yahudi ke atas negara berkenaan dikagumi rakyat Palestin.

 Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai tokoh yang wajar dicontohi, Abdel Aziz menghargai keberanian Kerajaan Malaysia mengecam tindakan rejim Zionis dan menyuarakannya sendiri kepada Presiden Barack Obama. Palestin kagum

“Palestin amat memuji semangat Malaysia dalam isu ini.. kesepaduan ditunjukkan rakyat Malaysia amat kami kagumi. Sokongan konsisten Malaysia bagi pembebasan dan pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat sejak dulu juga membuktikan negara ini mengambil berat nasib menimpa kami.

“Keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati awal 29 November lalu juga merisaukan Yahudi, dan ini membuktikan dengan sokongan masyarakat dunia terutama Malaysia sudah membuka jalan kepada pembebasan penuh Palestin.

 “Dalam konflik lapan hari yang dimulakan rejim Zionis pertengahan November lalu, mengorbankan ramai orang awam, termasuk kanak-kanak. Mereka (Zionis) melancarkan 1,500 serangan udara dan darat...menggugurkan 1,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza, semuanya bagi menguji sistem persenjataan baru dimiliki mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Palestin anjuran UMNO Bahagian Kuantan, di sini, malam kelmarin. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; wakil UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Yusof.

Kira-kira 1,500 penduduk sekitar daerah ini hadir pada majlis itu yang bermula jam 8 malam. Derma RM60,000 Sementara itu, Wan Adnan yang juga pengerusi penganjur majlis berkenaan berkata, kerajaan negeri dan UMNO bahagian menyumbang RM60,000 kepada tabung berkenaan. “Kita harap dapat mengutip sekurang-kurangnya RM100,000 dan mengalu-alukan syarikat korporat turut memberikan sumbangan.

Selain wang, kita juga mengalu-alukan sumbangan lain, seperti pakaian dan barangan keperluan harian lain. “Tabung ini kita akan edarkan ke 24 pusat daerah mengundi (PDM) bahagian ini. Kita juga sedang berbincang dengan pimpinan UMNO bahagian lain untuk memperluaskan kutipan tabung ini ke kawasan mereka,” katanya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.